Tags:

Tindakan Seorang Pramugari Terhadap Penumpang, Dapat Perhatian Jutaan Netizen (3 Gambar)

By Hafiz.H Saturday, January 2, 2016
Tindakan prihatin seorang Pramugari terhadap seorang penumpang kurang upaya menyentuh hati dan perasaan pengguna laman sosial apabila gambar beliau membantu menyuap makanan kepada penumpang tersebut menjadi viral oleh jutaan netizen.
Menyaksikan pramugari Fan Xuesong berlutut untuk memberi makanan kepada seorang lelaki berusia 71 tahun yang bernama Encik Niu itu membuatkan penumpang lain terharu dengan kebaikan yang dilakukan oleh Pramugari tersebut. Menurut sumber, En Niu merupakan seorang Professor perubatan yang sudah bersara dan tidak mampu lagi untuk memegang sudu malah berkerusi roda akibat lumpuh disebabkan strok.


Encik Niu terpaksa dipindahkan ke kabin baris pertama agar mempunyai lebih banyak ruang dan masa yang lebih mudah untuk ke bilik air. Manakala, isteri beliau terpaksa duduk berpisahan dengan Encik Liu untuk menjaga anaknya yang lain. Pramugari Fan menyedari kesukaran Encik Liu untuk makan makanan yang disediakan lantas membantu dengan menyuapkan beliau. Rasa belas kasihan Pramugari Fan terhadap kesukaran yang dihadapi membuatkan Encik Liu berasa dirinya begitu dihargai dan menyebabkan beliau tidak dapat menahan air matanya.
Penumpang lain yang melihat kejadian itu sempat mengambil gambar dan terus memuat turun ke Weibo dimana ianya merupakan satu aplikasi seperti Twitter yang akhirnya dikongsi oleh jutaan orang ramai yang melihat gambar tersebut.

Rujukan: SajaKongsi
Sumber asal: Dailymail

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Tindakan Seorang Pramugari Terhadap Penumpang, Dapat Perhatian Jutaan Netizen (3 Gambar) "