Browsing "Older Posts"

Ibu Halang Bercinta Dengan Teman Lelaki, Gadis Cuba Terjun Dari Roda Buai

By Hafiz.H → Monday, February 29, 2016
Akibat kebebesannya disekat untuk bersama teman lelaki, seorang remaja berusia 17 tahun cuba untuk terjun dari roda ferris setinggi hampir enam meter, di Tawau Sabah.
REMAJA perempuan cuba terjun dari permainan buaian roda di tapak pesta ria, kelmarin. - Gambar HarianMetro


Menurut laporan, suasana di tapak pesta berkenaan berubah menjadi kecoh apabila orang ramai melihat seorang remaja perempuan seolah-olah cuba untuk terjun dari roda berkenaan.

Walaubagaimanapun, remaja tersebut turun dari roda itu setelah dipujuk oleh anggota bomba dan polis dalam kejadian yang berlaku hampir 20 minit.

Laporan polis memberitahu, ibu kepada gadis berkenaan menceritakan punca gadis itu bertindak sedemikian, katanya, ia berpunca akibat perselisihan faham dimana kononnya ibu remaja terbabit cuba menyekat kebebesan remaja itu untuk bersama teman lelakinya. -HarianBlogger.Com

Rujukan: HarianMetro

Kejam, Bayi Tidak Cukup Bulan Dicampak Dari Tingkat 18 Sebuah Flat

By Hafiz.H →
Sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Itulah kejadian yang berlaku di sebuah flat di Danau Kota, Kuala Lumpur pagi tadi.
Bangunan flat di mana seorang ibu mencampak bayinya dari tingkat 18. - Gambar Astro AWANI
Menurut laporan AstroAwani, bayi perempuan yang tidak cukup bulan itu dikatakan dicampak dari tingkat 18 sebuah flat.

Bayi malang itu menurut laporan sumber kelihatan masih lagi beruri manakala laporan forensik mendakwa bayi itu dilahirkan dalam tempoh 24 jam dari waktu penduduk menemui mayat bayi itu pada jam 9 pagi.


Polis memeriksa tempat di mana bayi itu ditemui di dalam keadaan berkecai pagi tadi. - Gambar Astro AWANI
Dalam pada itu, seorang suspek berusia 36 tahun telah ditahan polis sejurus selepas kejadian.

Wanita yang berusia 36 tahun itu dikatakan tinggal bersama seorang anak perempuannya berusia lima  tahun dan telah menyewa sebuah bilik di salah sebuah unit flat berkenaan.

Laporan polis menambah, wanita itu telah ditinggalkan suaminya sejak 2 tahun lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -HarianBlogger.Com

Harga Minyak Dijangka Turun Bagi Mac 2016

By Hafiz.H →
Harga minyak dijangka mengalami penurunan sekali lagi menjelang Mac 2016 esok.

Pengumuman harga minyak akan diumukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada jam 9 malam 29 Februari.


Menurut laporan dari portal Melvister, harga minyak dijangka akan menurun bagi RON95 dan manakala bagi bahan api Diesel pula dijangka akan naik sedikit berdasarkan purata harga minyak semasa disepanjang bulan Februari.

Walaubagaimanapun, angka rasmi penurunan akan diumukan sepenuhnya pada malam ini.

Harga runcit RON97 mununjukkan pada 1 Februari lalu turun sebanyak 20 sen menjadikan RM2.05 seliter.

Diesel pula mencatatkan penurunan kepada 25 sen menjadikan harga bahan api itu RM1.35 seliter.

Harga bagi bahan api RON95 pula adalah RM1.75 Seliter. -HarianBlogger.Com

6 Makanan Yang Putihkan Kulit Anda Secara Semulajadi, Wanita Wajib Baca!

By Hafiz.H →
Pelbagai produk di pasaran yang menarik golongan pembeli untuk memutihkan kulit mereka.

Dari set kecantikan kepada pelabagi jenis kolagen, semua ini adalah produk yang bakal menarik minat individu yang ingin cantikkan kulit.

Tapi tahukah anda bahawa kulit kita sebenarnya tidaklah sangat memerlukan kesemua produk yang mengeluarkan kos yang tinggi ini.

Mudah sahaja jika amalkan makanan yang secara semulajadi akan memberi kesan kepada kesihatan kulit anda.

Tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli segala set kecantikan, cukuplah anda berkunjung ke Tesco dan singgahlah di bahagian yang menjual sayuran dan buah-buahan.

Dan disitu anda akan dapati segala 'set kecantikan' yang mampu mencerahkan kulit secara semulajadi.

Di bawah memetik dari sebuah Portal Saja Kongsi ada menyiarkan beberapa jenis makanan yang anda patut amalkan untuk kesihatana kulit.

Kepada kaum wanita yang masih lagi tercari-cari bagaimanakah tips untuk memutihkan kulit, untuk kelihatan gebu, anda wajib baca entri di bawah.

1. Buah Kiwi
Buah kiwi adalah salah satu buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Vitamin secara semulajadi mampu melindungi kulit daripada degenarasi sel-sel kulit, disamping itu, buah ini juga berfungsi untuk membaiki warna pada kulit anda.

Ia juga dapat mengurangkan bintik hitam dan kesan jerawat yang sekian lama sebati pada kulit kita.

2. Buah Betik
Secara semulajadi, betik amat baik untuk sitem penghadaman. Bagi mereka yang mengalami masalah sukar buang air besar atau dalam konteks mengalami masalah sembelit, betik adalah jalan penyelesaiaannya.

Betik secara saintifik kaya dengan vitamin A dan enzim. Berfungsi untuk membuang segala sel-sel kulit mati sekaligus merawat dan mencerahkan kulit.

Amalkanlah selalu makan betik agar kulit anda terhindar dari masalah kulit kering.

3. Teh Hijau
Amalkanlah minum teh hijau jika anda inginkan awet muda. Teh hijau mempunyai antioksidan yang mampu melawan radikal bebas. Radikal bebas di dalam bada adalah punca kepada masalah penuaan.

Teh hijau amat baik untuk sistem pencernaan. Amalkan sebagai pengganti kafein jika anda bercadang untuk diet, kerana teh hijau terbukti dapat menyingkirkan segala sisa makanan yang sekian lama tersangkut di usus.

Minum 2 kali sehari, pada waktu pagi dan sebelum tidur. Diingat, minum teh hijau tanpa gula!


4. Salad hijau
Salad hijau mahupun segala jenis sayuran lain adalah kaya dengan serat dan antioksidan.

Bagi wanita yang ingin menjaga kesihatan kulit disamping kekal langsing, amalan memakan salad adalah salah satu pilihan yang baik.

Tidak perlu fokus pada salad sahaja, amalkanlah segala jenis sayuran yang lain dan anda dapat lihat perubahan pada kesihatan tubuh.

5. Ikan 
Berita baik bagi pengamal diet atkin! Ikan kaya dengan protein, bagi mereka yang mengamalkan diet tinggi protein, ikan adalah pilihan yang terbaik. Kandungannya yang tinggi protein dan kurang lemak serta 0 peratus karbohidrat ini akan membuatkan kulit mereka yang mengamalkannya akan jadi lebih sihat dan kandungan Omega-3 didalamnya akan melindungi kulit dari UV berbahaya yang menjadi punca kepada kulit gelap.

6. Telur
Seperti ikan, telur juga terdapat banyak protein di dalamnya. Telur terbukti sangat bermanfaat kepada kesihatan kulit. Telur mampu menegangkan kulit dan menghindarkan dari terjadinya jerawat. -HarianBlogger.Com

Koleksi 'Jubah Pahlawan' Viral Di Media Sosial

By Hafiz.H → Saturday, February 27, 2016
FESYEN baju tradisional kini berkembang begitu meluas dengan pelbagai jenis rekaan ditawarkan oleh pereka fesyen yang memaparkan kreativiti pelbagai serta mengikut cita rasa golongan muda serta mengikut evolusi zaman.
Memang tidak dapat dinafikan, ada di kalangan pereka fesyen yang terlebih berani dengan menampilkan koleksi pakaian ala hipster sehingga boleh mengundang kritikan orang ramai.

Baru-baru ini, netizen dikejutkan dengan pelancaran 'Jubah Pahlawan' oleh Farbel Exclusive yang dikatakan direka mengikut ‘trend’ terkini.

Koleksi pakaian tersebut dikongsi oleh Rizal Hakimm menerusi laman Facebooknya, pagi semalam.

Pengenalan 'Jubah Pahlawan' itu dibuat dengan menampilkan beberapa jejaka-jejaka berbadan tegap atau lebih dikenali dengan panggilan "abang sado".


Rekaan moden inspirasi Jepun itu dilancarkan dengan aneka warna, antaranya ialah merah jambu, biru dan kuning.

Susulan itu, pelbagai reaksi membanjiri media sosial berkenaan koleksi pakaian tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial mengkritik rekaan jubah tersebut dengan menyifatkan ia berkelihatan ‘pelik’.

Antara komen yang ditujukan ialah jubah tersebut berkelihatan sebagai pakaian ibu bersalin, sebagai jubah golongan wanita dan jubah pakar perubatan.

Ada juga menjadikan ia sebagai satu bahan jenaka di media sosial.

Jubah tersebut ditawarkan dalam pelbagai saiz bermula dari saiz S sehingga XXXL dengan harga pengenalan iaitu pada RM199.

Rujukan: AstroAwani

Lelaki Rantai Isteri Akibat Leka Main WhatsApp

By Hafiz.H →
Akibat berang dengan isteri yang terlalu leka dengan aplikasi WhatsApp, seorang penganggur di Kangar telah merantai isterinya.

Kejadian tersebut berlaku pada 19 Februari lalu di kediaman mereka di Kampung Tok Kuning, Kangar Perlis lapor SinarHarian.
Mohd Hamdan Ahmad (tengah) mengaku tidak bersalah merantai leher isterinya yang terlalu leka menggunakan aplikasi WhatsApp


Menurut laporan, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi, Hamdan Ahmad 32 tahun telah merantai isterinya Junifawin Dasari dengan rantai besi kerana didakwa leka bermain aplikasi tersebut sehingga mengabaikan kerja rumah.

Dalam masa yang sama, bagaimanapun Junifawin telah melaporkan tindakan suaminya di balai polis sambil rantai masih lagi di leher.

Sumber memberitahu, Hamdan dan Junifawin berkahwin mendirikan rumahtangga selama 4 tahun dan dikurniakan 2 orang anak.

Lelaki berusia 32 tahun ini didakwa mengikut seksyen 342 kanun keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara hingga setahun. Mohd Izni menetapkan jaminan RM5,500 dengan seorang penjamin.

Kes itu ditangguhkan untuk memberi masa kepada Mohd Hamdan melantik peguam bela. -HarianBlogger.Com

Keluarga Di Malaysia Disaran Miliki 4 Orang Anak

By Hafiz.H → Friday, February 26, 2016
Setiap keluarga di negara ini disarankan untuk memiliki sekurang-kurangnya 4 orang anak bagi setiap keluarga.

Itulah saranan yang dicadangkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim ketika mengulas mengenai penyusutan kadar kelahiran di Malaysia yang dikeluarkan oleh Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-5 (KPKM5).


Rohani turut menambah, memiliki 4 orang anak bagi satu keluarga adalah perancangan yang ideal.

Rohani turut menambah,  purata kadar kelahiran di negara ini adalah 2.0 dalam konteks yang sama, pasangan muda di negara ini majoriti memiliki anak seramai dua orang.

Beliau turut menambah, untuk memenuhi keperluan populasi, disamping meluaskan sumbangan asas domestik dalam merancakkan ekonomi, jumlah yang ideal untuk sebuah keluarga adalah empat orang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu turut berkata, populasi penduduk Malaysia yang kini mencecah 30.5juta orang perlu bertambah kerana jika ia berkurang, situasi ini akan memberi kesan kepada ekonomi.

48 peratus daripada 30.5juta populasi penduduk adalah wanita dan dapat dijangkakan menjelang tahun 2020, jumlah itu dijangka meningkat antara 32 hingga 34 juta orang. -HarianBlogger.Com

Rujukan: AstroAwani

2 Minuman Ini Mampu Mencuci Usus Dan Kempiskan Perut Sekaligus

By Hafiz.H →
Pasti ada dikalangan anda yang mengalami kesukaran untuk membuang air besar lebih-lebih lagi di waktu pagi.

Masalah ini boleh diklasifikasikan dengan masalah sembelit dan pastinya ia sangat-sangat membuatkan kita tidak selesa dan menggangu aktiviti harian.
Masalah usus jika dibiarkan mampu memberi kesan yang sangat merbahaya kepada sistem tubuh badan lebih-lebih lagi sistem pencernaan.

Dan lebih membimbangkan lagi, penyakit yang berpunca dari masalah penghadaman adalah punca keenam kematian di hospital kerajaan sepanjang 2008.

Masalah usus lebih terdorong kepada masalah perut buncit dan semestinya ia akan mencacatkan penampilan seseorang.

Tahukah anda bahawa amalan minum yogurt drink seperti yakult, vitagen dan sebagainya dapat menjadikan usus anda sentiasa dalam keadaan baik.

Tetapi ada satu lagi elemen yang wajib ada untuk menyingkirkan segala sisa makanan dan selaput yang tersangkut pada saluran usus sekaligus mengempiskan perut.

Memetik dari portal Vitdaily ada mendedahkan rahsia paling mudah dan murah yang anda hanya boleh dapatkan di kedai atau pasaraya dengan kos lebih kurang RM9.

Jika anda sayangkan usus anda, sila ikuti tips di bawah;


Nata De Coco + Yakult
RM 4.00 + RM 5.00
RM 9.00

Minum Yakult bersama Nata De Coco. Itu sahaja.

Kos untuk kedua-kedua minuman ini hanyalah lingkungan RM9. Jika anda berkunjung ke Tesco, mungkin harga kedua-dua minuman ini lebih murah dijual.

Cara penyediannya pula amatlah ringkas, buang air manisan nata de coco dan gantikan ia dengan air putih.

Ambil sebotol minuman yakult dan campurkan bersama-sama 12-15 kiub nata de coco.

Amalkan minum setiap kali bangun tidur (sebelum sarapan) dan sebelum tidur. (2 kali sehari)
Menurut Vitdaily, rahsia minuman bajet ini telah disyorkan oleh seorang doktor perubatan dan pastinya ia selamat dan berkahsiat.

Kesimpulannya, tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk membeli sebarang supplemen atau ubat. Hanya perlukan RM9 di dalam poket, usus anda sihat, perut anda kempis! -HarianBlogger.Com

Siapakah Individu Terkaya Di Malaysia Dalam Senarai Forbes 2016?

By Hafiz.H →
SINGAPURA: Robert Kuok kekal sebagai individu paling kaya dalam Senarai Individu Terkaya Forbes Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut dengan aset bersih bernilai US$10 bilion.
Pengasas Kuok Group berusia 92 tahun itu masih mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia meskipun banyak aset individu lain di Malaysia mengalami penyusutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Senarai penuh berkenaan boleh diperoleh menerusi www.forbes.com/malaysia selain menrusi terbitan terkini Forbes Asia di pasaran.

Tokoh telekomunikasi, Ananda Krishnan menduduki tempat kedua dengan kekayaan bernilai US$2.3 bilion hingga US$7.4 bilion.
Senarai individu terkaya di Malaysia yang disenaraikan Majalah Forbes bagi tahun 2015


Saham Maxis, unit telekomunikasi utamanya, susut ekoran cadangan kerajaan mengagihkan semula dan melelong spektrum telekomunikasi, yang mencetuskan kebimbangan berlakunya perang pembidaan yang tinggi.

Operator TV berbayarnya, Astro Malaysia turut menyaksikan prestasi sahamnya terjejas selepas Netflix memasuki negara pada Januari.

Quek Leng Chan kekal di tempat ketiga walaupun aset bersihnya menyuncup kepada US$300 juta berbanding US$5.3 bilion sebelum ini.

Hong Leong Co. (Malaysia) miliki peribadinya, mempunyai kepentingan dalam sektor kewangan, hartanah dan makanan.

Berikutan pasaran saham susut 8.7 peratus dan nilai ringgit menyusut 12.6 peratus berbanding dolar US, 2016 merupakan tahun yang sukar bagi kumpulan jutawan Malaysia.

Ekonomi China yang perlahan juga menjejaskan perniagaan manakala penurunan harga minyak dan gas dunia turut menjejaskan pendapatan berkaitan industri terbabit.

Antara yang paling teruk terjejas dalam senarai tahun ini ialah jutawan Goh Peng Ooi.
Tahun lepas aset bersih beliau bernilai US$1.55 bilion, namun pada Ogos, sahamnya jatuh selepas penjual jualan singkat yang tidak dikenali berkata syarikat perisian kewangan, Silverlake Axis, mengumumkann keputusan kewangan yang lebih tinggi berbanding kedudukan sebenarnya.

Walaupun dakwaan ini dinafikan, ia sudah terlambat.

Tahun ini, kekayaan Goh merosot 53 peratus kepada US$725 juta.

Hanya enam daripada 50 individu terkaya meningkat tahun ini.

Jumlah individu yang sebelum ini memiliki aset bersih berbilion dolar semakin merosot.

Tahun lepas 16 memiliki aset berbilion dolar namun tahun ini hanya 12 individu.

Vincent Tan di tempat ke-17, dengan aset US$900 juta, menyertai Goh yang hilang status 'billionaire', manakala saudara lelaki Tan, Danny Tan Chee Sing di tempat ke-13 dengan US$975 juta.
Di tempat kesembilan, Syed Mokhtar AlBukhary, dengan aset bersih bernilai separuh daripada yang dimilikinya tahun lepas sebanyak US$1.45 bilion, susut daripada US$2.9 bilion.

Enam individu yang terkeluar daripada senarai tahun ini ialah Khoo Kay Peng, yang memiliki kepentingan besar dalam Laura Ashley Holdings.

Pembuat sarung tangan, Kuan Kam Hon, meningkat ke tempat ke-11 dengan aset bernilai US$1.1 bilion, menyertai senarai baharu 'billionaire', meningkat berbanding US$120 juta tahun lepas.

Lima nama memasuki senarai tahun ini termasuk Wong Teek Son, yang juga terlibat dalam industri pembuatan sarung tangan, di tempat ke-40 dengan US$255 juta.

Berikut senarai 10 individu paling kaya di Malaysia : 1) Robert Kuok USS$10 bilion 2) Ananda Krishnan US$7.4 bilion 3) Quek Leng Chan US$5.3 bilion 4) Teh Hong Piow  US$4.65 bilion 5) Lee Shin Cheng US$4.6 bilion 6) Lim Kok Thay US$4.55 bilion 7) Yeoh Tiong Lay US$2.25 bilion 8) Lau Cho Kun US$1.55 bilion 9) Syed Mokhtar AlBukhary US$1.45 bilion 10) Surin Upatkoon US$1.15 bilion.

Sumber: AstroAwani

Sebab Portal The Malaysian Insider Disekat SKMM

By Hafiz.H →
Semalam, beberapa pengguna perkhidmatan internet telah mengalami kesukaran untuk mengakses ke laman portal The Malaysian Insider(TMI) ekoran portal tersebut telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut laporan AstroAwani, portal berkenaan disekat SKMM berhubung beberapa kandungannya yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



SIARAN AKHBARMCMC SEKAT LAMAN THE MALAYSIAN INSIDER CYBERJAYA, 25 Februari 2016 --- Suruhanjaya Komunikasi dan...
Posted by Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia on Thursday, February 25, 2016

SKMM turut memberitahu, sekatan dibuat adalah berdasarkan aduan yang diterima dan maklumat dari orang ramai.

SKMM dalam laporan yang sama mengingatkan kepada portal-portal berita agar tidak menyiarkan artikel-artikel yang belum dietentukan kesahihannya.

Mana-mana portal berita yang menyiarkan artikel tanpa ada sumber yang sah akan menundang kekeliruan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini.

Sementara itu FreeMalaysiaToday melaporkan, Jahabar Sadiq, selaku Ketua eksekutif dan editor TMI mendakwa pihaknya tidak menerima sebarang notis berhubung perlanggaran undang-undang itu.

Laporan yang sama turut memberitahu, Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan  SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin mengesahkan sekatan tersebut. -HarianBlogger.Com

3 Sebab Utama Kenapa Golongan Muda Lambat Kahwin

By Hafiz.H → Thursday, February 25, 2016
Dalam masyarakat sibuk membincangkan perihal kedatangan pekerja warga asing ke negara, tak kurang juga golongan belia hari ini bimbang akan kesukaran mencari kerja ditambah pula dengan gaji minimum yang ditawarkan, menjadi satu perkara yang sebegitu lazim yang seringkali dibincangkan sehingga kini.
Lebih menyukarkan lagi fasa kehidupan belia hari ini adalah kesukaran untuk mendirikan rumahtangga yang menyumbang kepada sebab utama golongan muda hari ini memilih untuk kahwin lambat.

Pelbagai faktor antaranya mencari sumber kewangan yang kukuh, tidak ada pekerjaan tetap, risau akan kos perkahwinan yang semakin meningkat adalah sebahagian asbab mengapa belia hari ini mengeluh jika berbicara soal perkahwinan.

Berdasarkan kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) menunjukkan peratus wanita di negara ini memilih untuk berkahwin lewat disebabkan tiada calon yang sesuai, manakala 56 peratus lagi mewakili lelaki mengakui berhadapan masalah kewangan yang menjadikan faktor utama golongan ini lambat kahwin.

Berdasarkan infografik yang diterbitkan dari portal Astro Awani, dapat kita lihat beberapa faktor yang kerap kali berlaku mengapa belia di negara ini memilih untuk menangguhkan perancangan kehidupan mereka dalam erti sama memilih untuk hidup membujang atau kahwin lewat.

Berdasarkan kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima, bagi tahun 2016 menunjukkan; 

1. Golongan bujang di negara ini adalah lingkungan 25-49 tahun.

2. Purata perkahwinan di Malaysia adalah sekitar usia 31 tahun. Pada usia ini, golongan belia di Malaysia menamatkan zaman bujang mereka.

3. Kajian turut menyatakan, sebanyak 86.8% golongan dewasa di negara ini mempunyai keinginan untuk berkahwin.

4. Umur ideal untuk berkahwin mengikut pandangan masyarakat adalah 28 tahun bagi lelaki dan 26 tahun bagi wanita.

5. Manakala, umur perkahwinan lewat menurut tinjauan adalah sekitar usia 37 tahun bagi lelaki dan 33 tahun bagi wanita.

3 Sebab Utama Lewat Berkahwin

Berdasarkan tinjauan, Bagi golongan LELAKI;

1. 56% mengakui menghadapi masalah kewangan.

2. 18.4% tiada pasangan yang sesuai

3. 9.4% dari tinjauan menyatakan ingin fokus pada kerjaya

Bagi golongan WANITA;

1. 35.7% dari tinjauan mengakui masih lagi belum bertemu dengan pasangan yang sesuai.

2. 26% dari golongan wanita menghadapi masalah kewangan untuk merancang berkahwin

3. 18.1% memilih untuk fokus pada kerjaya.

Infogrik yang disiarkan dari kajian KPKMK 2016 ini turut menambah;

Antara kualiti pasangan yang dicari oleh golongan lelaki adalah,

1. 39.6% lelaki memilih pasangan yang memegang kuat pada agama(Beriman)

2. 30.4% lelaki memilih seorang wanita yang bertanggungjawab untuk dijadikan bakal pasangan dan

3. 26.4% daripada mereka menyatakan pasangan yang mempunyai adab dan sopan santun sebagai pilihan utama.

Manakala di pihak wanita, kualiti pasangan yang dicari oleh golongan ini adalah;

1. 47.1% dari tinjauan mengakui pasangan yang dipilih semestinya seorang yang bertanggungjawab.

2. Seramai 40.6% dari tinjauan memilih pasangan yang memegang teguh pada agama (Beriman) dan,

3. 33.4% daripada golongan mengakui memilih lelaki yang bekerjaya sebagai prioriti.


Menerusi tinjauan yang dibuat, turut mendedahkan persepsi masyarakat terhadap Perbelanjaan Perkahwinan.

Kebanyakan masyarakat hari ini memilih bajet sekitar RM19,8000. Jumlah tersebut termasuklah wang hantaran, perbelanjaan perkahwinan melibatkan pakaian, pelamin, majlis untuk tetamu dan sebagainya.

Manakala berdasarkan responden memberitahu, sejumlah RM13,443 adalah jumlah yang mampu disediakan untuk perkahwinan.

Tinjauan turut menambah, sebanyak 90.1% peratus rakyat Malaysia mempunyai simpanan untuk perancangan masa depan.
Ia termasuklah 71% adalah simpanan KWSP

65.9% adalah dari simpanan bank

36.8% pula simpanan dari insurans, dan

35.8% memilih pelaburan saham sebagai simpanan masa depan.
Tinjauan terhadap golongan yang belum berkahwin ini turut mendedahkan, sebanyak 19.2% dari golongan ini pernah melakukan hubungan seks, 58.2% dari hubungan tersebut tidak pernah menggunakan kaedah perancang.

Sebanyak 15.5% golongan wanita yang belum berkahwin pernah mengandung hasil dari hubungan seks yang tidak sah dan kajian turut mendedahkan sebanyak 10.8% dari golongan ini mempunyai pasangan seks lebih dari seorang. -HarianBlogger.Com

Wanita Baru Lepas Sejam Bersalin Diperkosa Atas Katil Hospital

By Hafiz.H →
Kejadian yang mengejutkan orang ramai itu berlaku di sebuah hospital swasta di Haryana India.
Serangan mengejutkan itu berlaku di sebuah hospital Brahm Shakti Sanjivani di Bahadurgarh, lapor akhbar Online Mirrror.co.uk.

Ibu muda yang berusia 23 tahun baru sahaja beberapa jam melahirkan bayi sulungnya telah ditempatkan di unit rawatan rapi untuk menerima rawatan susulan.
Kedatangan suspek dirakam oleh kamera CCTV dan ketika kejadian, kesemua pesakit lain sedang tidur di wad yang sama.


Menurut laporan, suspek menyamar sebagai doktor dan berjaya memperdaya pengawal sebelum memasuki ke wad terbabit pada jam 3.30 pagi.

Suspek berdasarkan rakaman CCTV menunjukkan telah memeriksa setiap katil pesakit lain sebelum melakukan serangan terhadap mangsa.

Mangsa dikatakan menjerit meminta pertolongan sebelum suspek melarikan diri.

Polis kini sedang menjalankan siasatan dan keluarga mangsa mendakwa pihak kakitangan ICU hospital terbabit terlalu cuai dalam menjaga keselamatan pesakit. -HarianBlogger.Com

(Gambar) Penjenayah Tarik Mesin ATM CIMB Guna Jengkaut

By Hafiz.H →
Pelbagai cara dilakukan oleh penjenayah semata-mata untuk mengeluarkan duit dari mesin ATM.
Terkini, memetik laporan HarianMetro yang disiarkan pada jam 12 tengah hari tadi, sebuah jengkaut digunakan oleh penjenayah untuk mengeluarkan dua buah mesin pengeluaran automatik (ATM) dari dalam sebuah bank CIMB.

Menurut sumber kejadian berlaku pada jam 5 pagi tadi di CIMB cawangan Bistari Jaya, Kuala Selangor.


Laporan polis memberitahu, suspek telah menggunakan kabel untuk mencabut mesin ATM tersebut sebelum ia dipindahkan kedalam pacuan empat roda yang dinaiki suspek.

Manakala, jengkaut yang digunakan ditinggalkan supsek dihadapan bank tersebut. -HarianBlogger.Com

Pemain Negara Bakal Saman Filem Ola Bola

By Hafiz.H →
Setelah 18 hari ditayangkan di pawagam, pengarah dan penerbit filem Ola Bola bakal berdepan kemungkinan disaman oleh bekas pemain negara yang pernah membawa pasukan bola sepak ke Sukan Olimpik di Moscow 36 tahun lalu.

Filem tersebut yang setakat ini berjaya mengutip kutipan sebanyak RM12 juta itu adalah hasil arahan Chiu Keng Guan yang pernah mempunyai rekod tertinggi tayangan filem arahan beliau sebelum ini, The Journey pada 2014.

Khalid Ali dalam kenyataannya berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbit filem tersebut atas dakwaan filem itu telah memutar belit fakta berdasarkan kisah sebenar.


Khalid Ali turut menyatakan, watak Ali dalam filem tersebut adalah beliau, tetapi menafikan yang menjaringkan gol bukanlah watak Ali.

Berdasarkan pada fakta sebenar, yang menjaringkan gol adalah James Wong dan pasukan harimau malaya berjaya menjaringkan gol 2-1 dan bukannya 3-2 seperti yang disiarkan dalam filem Ola Bola.

Khalid meminta pihak penerbit filem Ola Bola agar menghormati dan bertanggungjawab ke atas bahan sejarah ini demi kebaikan generasi akan datang.

Mneurut laporan pada minggu lalu, Hassan Sani seorang lagi legenda bola sepak negara yang turut sama beraksi pada ketika itu mendapati beberapa fakta kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan pada ketika itu telah diubah.

Berdasarkan fakta, pasukan bola sepak kebangsaan berjaya menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam kelayakan ke Sukan Olimpik Moscow.

Fakta lain yang diubah seperti pemain yang menjaringkan gol kemenangan sebenarnya memakai jersi bernombor 9, tetapi disiarkan di dalam filem dengan pemain itu memakai jersi nombor 10.

Seorang lagi bekas pemain bola sepak kebangsaan James Wong turut melahirkan rasa kecewa dan berkata fakta sejarah tidak boleh diubah kerana ia akan mengelirukan generasi muda hari ini. -HarianBlogger.Com

Rujukan: TheMalayMailOnline

Jabatan Meteorologi Dedah Punca Gempa Bumi Di Tasik Kenyir Malam Tadi

By Hafiz.H → Wednesday, February 24, 2016
KUALA TERENGGANU: Gempa bumi lemah yang berlaku di kawasan Empangan Tasik Kenyir malam tadi berpunca daripada tekanan dihasilkan air di dalam empangan itu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Strategi dan Teknikal jabatan itu Dr Rosaidi Che Abas berkata daya yang terhasil daripada air dalam empangan itu menyebabkan batu batan di sekitar empangan melepaskan tenaga dan menghasilkan gegaran kecil itu.
Daya yang terhasil daripada air dalam Empangan Tasik Kenyir, menyebabkan batu-batan di sekitar empangan melepaskan tenaga dan menghasilkan gegaran kecil itu. - Foto arkib Bernama


"Ini bukan kali pertama gegaran kecil berlaku di kawasan empangan berkenaan. Malah gegaran yang berlaku semalam adalah yang ke-27 selepas gegaran kali pertama berukuran 4.6 pada Skala Richter berlaku di kawasan berkenaan pada tahun 1984.

"Sehubungan dengan itu penduduk setempat tidak perlu risau kerana ia hanya gegaran lemah yang tidak akan memberi kesan kepada kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter dikesan di Tasik Kenyir dan gegaran boleh dirasai di Kuala Berang pada 9.25 malam tadi.

Pusat gempa bumi itu terletak di 5 darjah Utara dan 102.9 darjah Timur, iaitu 16 km Barat Daya dari Kuala Berang.

Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar.

Ditanya sama ada kemungkinan gegaran kecil tersebut akan berulang, Dr Rosaidi berkata ia mungkin berlaku lagi tetapi tidak dalam masa terdekat.

"Keadaan sekarang adalah terkawal tetapi gegaran mungkin akan berlaku lagi tetapi bukan dalam masa sekarang mungkin ia akan berlaku dalam masa setahun dua ini," katanya.
Katanya, walaupun berlaku gegaran pada skala yang lebih tinggi ia tidak akan mencetuskan tsunami kerana ia (tsunami) hanya berlaku di kawasan lautan.

"Saya pasti pihak yang menyelenggara empangan mempunyai pelan tindakan yang khusus bagi memastikan semua keadaan terkawal dan penduduk sekitar adalah selamat sekiranya gegaran melanda kawasan tersebut," katanya.

Rujukan: AstroAwani

Menangis, Takut Pada Orang, Antara Petanda Awal Anak Dikasari Pengasuh

By Hafiz.H →
Semalam, netizen dikejutkan dengan penyebaran gambar seorang bayi berusia 10 bulan yang dikatakan telah ditampar oleh pengasuh sehingga lebam. 

Gambar yang dimuatnaik oleh seorang ibu muda pada garis masa Facebook beliau itu benar-benar mengejutkan pengguna laman maya.

Di dalam statusnya itu, Nadia mendedahkan perihal sikap anaknya yang suka menangis, berasa takut bila ditinggalkan rupanya adalah petanda anaknya menjadi mangsa kepada si pengasuh.
Dari Facebook Nadea Teja:

Bersabarlah duhai hati.. kuatlah duhai anak..Nawra sayang..maafkan ummi dan papa terpaksa meningalkan Nawra dgn orang...
Posted by Nadea Teja on Sunday, February 21, 2016
Anak sulung kepada pasangan muda ini yang diberi nama Nawra berdasarkan gambar yang dimuatnaik kelihatan lebam dan bengkak dibahagian pipi, dan setelah disoal, pengasuh terbabit mengaku telah menggasari bayi kecil kepada pasangan ini.

Ibu muda ini meluahkan rasa kecewa dek kerana sikap pengasuh tersebut.

Dalam pada itu, status yang mendapat ribuan respon dari para netizen menggesa suapa pasangan ini membuat laporan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap bekas pengasuh anaknya.

Nadia akui ramai dikalangan rakannya dan netizen lain yang menghntar mesej untuk mendesaknya membuat laporan polis.


Ibu muda ini mengambil keputusan untuk tidak berbuat demikian kerana kasihan memikirkan anak bekas pengasuhnya yang masih lagi kecil.

Nadia turut menyatakan bahawa bekas pengasuhnya itu telahpun memohon maaf dan yakin bahawa dia telah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan yang sama.

Kerana memikirkan tidak mahu perkara itu lebih panjang, pasangan ini menganggap perkara tersebut telah selesai.

Dia turut menasihatkan kepada para pengasuh agar lebih sabar dalam mengurus anak kecil, dia turut meminta masyarakat agar tidak mengecam keputusannya itu kerana dia lebih mengetahui situasi sebenar.

Natijahnya, kepada para ibu bapa yang menghantar anak-anak ke pusat asuhan, diharap lebih peka dengan peruabahan anak-anak.

Perubahan sikap mereka yang dari seorang periang dengan tiba-tiba berubah menjadi pendiam dan takut dengan orang lain adalah sebahagian tanda anak itu telah dikasari atau dicederakan.

Ibu bapa juga dinasihatkan untuk lebih banyakkan berhubung dengan pihak pengasuh, berkongsi masalah selain menjadi rakan yang baik kepada penjaga anak-anak.

Ini kerana dengan pendekatan tersebut hubungan akrab diantara pengasuh dan rasa hormat yang tercetus dapat mengelakkan perkara-perkara negatif berlaku terhadap anak-anak. -HarianBlogger.Com

Wajib Baca: Tips Mudah Atasi Masalah Angin Terlalu Banyak Dalam Badan

By Hafiz.H →
Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita jika tidak terlepas dari sebarang penyakit, semua penyakit berpunca dari gaya hidup, suasan sekeliling dan corak amalan pemakanan yang kita amalkan setiap hari.
Salah satu penyakit yang sering menyerang semua individu tidak mengira usia adalah masalah angin.

Menurut beberapa sumber, dan kajian yang dilakukan terhadap gejala ini, masalah angin disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar terhadap makanan yang tidak hadam.

Gas yang dihasilkan biasanya karbon dioksida, oksigen, nitrogen dan ada kalanya gas methana.

Kebanyakan mereka yang mengalami gejala ini akan berasa lesu, sakit kepala dan kerap pening.

Kebanyakan yang melalui masalah ini akan menganggap mereka telah mengalami migrain tetapi pada hakikatnya ia sebenarnya berpunca dari masalah angin.

Jangan terlalu endah akan perkara ini kerana masalah angin yang lama dibiakan akan mengundang kepada masalah kesihatan yang lain.

Ada pakar memberitahu ketulan angin yang terlalu lama boleh membentuk cyst di dalam badan. Cyst adalah sejenis ketulan yang terhasil dari masalah angin yang sekian lama berada di dalam usus.

Penyakit arthitis/sakit sendi adalah juga adalah asalnya bermula dari masalah angin yang membentuk diatas tulang, pinggang, rusuk belakang dan dada kerana dibiarkan terlalu lama tanpa menjalni sebarang rawatan.

Tips paling asas untuk anda atasi masalah angin adalah JAGA WAKTU MAKAN.

Waktu makan yang teratur adalah asas utama untuk menghindar masalah angin. Jangan sesekali 'skip' waktu makan anda lebih-lebih lagi waktu sarapan pagi.

Tabiat makan makanan yang tidak sihat adalah sebahagian penumbang utama kepada masalah ini.

Makanan yang terdiri dari zat yang tidak sepetutnya akan membentuk toksin yang akan mengundang kepada terjadinya gas dalam tubuh badan.

Berbalik kepada mereka yang mengalami masalah angin, antara simptom yang menunjukkan angin banyak di dalam badan ialah:

Badan berasa lesu, letih dan tidak bermaya untuk menjalankan aktiviti harian.

Rasa kebas dan lenguh disesetengah tempat seperti kaki, tangan dan belakang leher. (Belakang leher terasa tegang)

Tapak kaki dan tangan berasa sejuk

Kerap menguap

Nafas pendek ketika tidur. Kadang-kadang berasa mengah

Kulit kering, selalunya kulit kering dibahagian lengan dan kaki. Ini berpunca masalah toksin yang terlalu banyak dan kurangnya minum air.

Kerap kali berasa senak dan perut berangin secara tiba-tiba

Rasa stress dan emosi seringkali terganggu

Kurang nafsu seks

Kerap pening dan sakit kepala. Kerap berasa sakit kepala di bahagian sebelah atau tengah, pesakit kerap kali salah tafsir dan menganggap masalah itu sebagai migrain.

Amalan pemakanan tradisional untuk mencegah angin:

Ambil 3 sudu halba dan rendamkan di dalam air selama 2 minit, kemudian toskan bahan tersebut.

3cm halia muda diparut atau ditumbuk bersama 4 ulas bawang putih.

Kemudian, sebanyak 15 biji lada hitam dicampurkan bersama bahan-bahan diatas ditumbuk sehingga halus dan hancur.


Kesemua bahan-bahan yang selesai ditumbuk ini digentel membentuk seakan-akan majun.

Jamu ini diletakkan ke dalam bekas dan disimpan kedalam peti sejuk.

Amalkan 2 biji pada waktu pagi dan 2 biji pada waktu malam bersama-sama air suam.

Disamping memberikan kesan dimana perut akan kempis, badan turut berasa ringan akibat dari proses pengeluaran angin.

Amalan ini hanya sesuai bagi mereka yang mengalami masalah angin, dan diingatkan perempuan mengandung adalah tidak disyorkan.

Selain tips diatas, antara perkara tambahan yang wajib diamalkan adalah menjaga waktu makan, dan kurangkan pengambilan makanan yang menjadi faktor utama masalah angin.

Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.

Ikhtiar lain untuk membuang masalah angin adalah dengan mengurut dan menjalani kaedah berbekam.
Terdapat juga beberapa supplemen yang sesuai yang boleh diamalkan seperti supplemen yang mengandungi bawang putih dan halia.

Selain memberikan keselesaan pada perut dan usus, ia turut mencegah masalah gastrik dengan manjadikan pencernaan makanan menjadi lebih efisien. -HarianBlogger.Com

Rujukan tambahan: semulajaditerbaik.blogspot.my

Tak Semua Rakyat Malaysia Kata Australia Adalah Pilihan Terbaik Untuk Berpindah

By Hafiz.H → Tuesday, February 23, 2016
Semalam seorang wanita telah memuatnaik satu status menceritakan kenapa kita sebagai rakyat Malaysia perlu berpindah ke Perth, Australia telah menjadi viral di laman sosial Facebook.

Hari ini seorang netizen yang juga penduduk tetap di bumi Sydney Australia mendedahkan perihal kehidupan sebaliknya dari sudut pandang beliau pula.

Amar AB AZIZ dalam garis masa beliau menceritakan perihal kehidupan imigran disana.

Setelah menetap 2 tahun di Sydney dan memiliki perniagaan sendiri, Amar sangat bergiat aktif dalam sukan payung terjun dan wingsuit. Untuk info, Amar Aziz adalah merupakan anak Melayu pertama yang mendapat lesen Wingsuit dari Australian Parachute Federation.

Di bawah adalah coretan beliau menceritakan hasil pengamatan dan pengalamannya selama menetap disana.


Kenapa Ramai Rakyat Malaysia Berpindah ke Australia?

Aku menulis atas kapasiti penduduk tetap di Australia. Ramai yang cuba tutup mata hati sendiri dengan mengangkat emas di negara orang sambil menafikan berlian di negara sendiri.

Sejujurnya, sepanjang 2 tahun lebih duduk di luar Malaysia, aku tak pernah kata Malaysia tu susah cari rezeki. Yang menyusahkan rakyat Malaysia, adalah rakyat Malaysia sendiri.

Berikut antara pemerhatian aku selama 2 tahun di Australia sebagai seorang yang berstatus ‘Penduduk Tetap’.

  1. Tiada keistimewaan bumiputera. Hak itu adalah samarata, tapi tak semua hak kamu boleh dapat. Dalam erti kata lain, sedar diri.
  2. Kemudahan awam yang sangat efisien. Tiidak dinafikan dan memang sesuai dengan status 1st World Country.
  3. Sewa rumah tinggi, utiliti kos tinggi
  4. Perlu visa yang sah untuk bekerja. Kalau bagitau nak belajar dan guna bridging atau protection visa agak-agak berkat tak gaji yang diperolehi tu? Hanya Allah yang tahu. Most Malaysian did this.
  5. Islam adalah minoriti. Tak semua mat salleh menghormati orang Islam. Dan apabila berita mengenai ISIS atau pengganas (terrorist) keluar di Media, Islam akan menjadi mangsa. Ada yang kata kurang Islamophobia. Are you sure?
  6. Cuaca ada 4 musim. Setiap musim kita perlu ada pakaian khas untuk menyesuaikan diri.
  7. Waktu solat berubah-ubah. Waktu solat pada musim panas mirip seperti waktu solat di Malaysia. Tetapi musim sejuk dan luruh, waktu solat hanya 2 jam jaraknya.
  8. Hidup di bandar besar mudah cari makanan halal. Tetapi kos sara hidup sangat tinggi.
  9. Hidup di kawasan pedalaman sukar mencari makanan halal, tapi kos sara hidup rendah.
  10. Kedai kebab bersepah tapi jangan tertipu. Ada yang jual kebab tapi tak halal. (inilah jadinya bila mindset kita kebab adalah halal).
  11. Airport ada surau. Sesetengah airport ada Prayers Room (untuk kegunaan semua agama). Airport Malaysia pun ada surau kan? Sentiasa penuh rasa aku.
  12. Komuniti Melayu di bandar-bandar besar Australia sangat besar tetapi…. (aku tak nak cakap banyak pasal Melayu sebab aku pun Melayu. Cuma aku doakan yang terbaik untuk bangsa aku.
  13. Di sini tiada Bangla 3rd class seperti yang Malaysia bawa masuk untuk jadikan buruh. Tetapi ramai buruh kasar di sini berasal dari negara perang dan juga dari Eropah. Tak kurang juga yang datang sebagai pelarian. Ada yang English pun diorang tak pandai cakap.
  14. Nak bercucuk tanam susah nasib baik ada buku dari bro Ashraf. Boleh belajar tanam sayur di dalam rumah batu walaupun tan ada halaman sekali pun.
  15. Nak buat barbeque party susah sebab asap (smoke polution) bakal mengganggu jiran.
  16. Nak potong pokok dalam kawasan rumah sendiri pun tak boleh sebab ada council law.
  17. Nak pasang awning, khemah, semua kena minta kelulusan council sebab melibatkan keselamatan orang lain.
  18. Lebih dari pukul 10pm dah tak boleh bising. Kau ingat orang Malaysia ni adik beradik sikit? Kalau sekali rombongan datang nak ziarah, pukul 12am belum tentu tidur lagi.
Kita boleh senaraikan beribu kebaikan negara orang berdasarkan pemerhatian kita sepanjang 5 hari trips atau 6 bulan stay mahupun setahun duduk sebagai pelajar.

But please jangan butakan mata dengan harga sebuah negara Malaysia yang tidak boleh dijual beli.

Objektifnya kita keluar ke negara lain adalah dengan mencedok idea atau apa-apa perkara untuk diaplikasikan di dalam negara Malaysia.

Kalau menteri-menteri dah tak boleh diharap, janganlah dibuang Malaysia itu. Malah kita bangkit untuk membantu belia-belia kita menjadi pewaris bagi memartabatkan tanah air di mata dunia.

Migrate itu tak ada cacat celanya. Cuma pasanglah niat kita berhijrah untuk membantu tanah air kita pada suatu hari nanti. Jangan ditanam api kebencian di dalam hati dengan menyalahkan negara tercinta kita.

Ramai sahabat-sahabat aku datang dari Malaysia untuk bekerja di Australia secara sah dan tidak sah. Aku tak pernah bangkang kalau itu yang terbaik. Cumanya jangan dibiak cara bagaimana korang masuk kepada yang lain, kelak yang buruk adalah nama Malaysia.
Gambar dari Facebook Amar AB AZIZ
Malaysia adalah negara ke-2 dalam Immigration Top List 2013. Agak-agak tahun 2015 macam mana?

“According to an Immigration Department report, Migration Trends 2012-2013, visitors (44,800) and students (10,720) were the largest cohort of visa holders to overstay their visit. The highest number of visa overstayers in 2013 by nationality came from China (7690), Malaysia (6420), the US (5220) and the UK (3780).” – Syd Morning Herald, 2015.

Kalau bukan kita yang menaikkan negara kita, siapa lagi?

Malaysia Tanah Tumpah Darahku,
Amar Aziz
HarianBlogger: Setiap pandangan semestinya wujud pro dan kontra.

Berbalik pada pandangan Kak Kay dalam garis masa Facebook semalam, beliau menceritakan kebaikan berada di bumi Perth, tidak kurang juga dengan saudara Amar Aziz yang menceritakan perihal sebaliknya mengenai situasi tersebut.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah pandangan peribadi mereka mewakili dari sudut pengalaman dan pemerhatian masing-masing yang sekian lama menetap di bumi asing.

Natijahnya, ia terletak pada kehendak masing-masing, samada sukar ataupun tidak untuk memulakan penghijrahan ini, samada tersemat dihati kemahuan yang menebal untuk berhijrah atau sebaliknya, anda yang tentukan.

Ia terpulang pada pendapat dan keinginan individu itu, ada yang ingin memulakan kehihidupan baru dan tidak kurang juga yang ingin mencari rezeki yang lebih dan mengubah nasib hidup.

Jika ditanya kepada sebilangan rakyat kita yang menetap di negara luar, tentunya ada kisah dan sebab tersendiri mengapa mereka merantau dan mencari rezeki di bumi asing ini.

Kesimpulannya ia berbalik pada diri kita samada adakah anda bersedia sepenuhnya hidup merantau di bumi yang jauh berbeza dari amalan budaya, agama dan adat asal kita.

Inilah Gambar Yang Memenangi Anugerah World Press Photo Of The Year 2016 (12 Gambar)

By Hafiz.H →
Setiap gambar mempunyai kisahnya tersendiri.

Sempena ulang tahun World Press Photo ke 59, sebanyak 82,951 foto telah dipilih sebagai dinobatkan World Press Photo Of The Year 2016.

5775 jurugambar pelbagai syarikat penyiaran dan agensi akhbar dari 128 negara telah menyertai pertandingan paling berprestij ini demi mengangkat martabat disebalik setiap foto yang diambil mereka.

Keputusan telah diumumkan pada 18 Februari yang lalu dan setiap pemenang akan dinobatkan pada Hari Anugerah Tahunan World Press Photo 2016 yang berlangsung di Amsterdam pada penghujung April ini.

The World Press Photo Contest telah bermula sejak tahun 1955 bertujuan mengangkat setiap usaha jurugambar di dalam bidang kewartawanan. Segala usaha mereka mendapatkan foto yang bakal mendapat perhatian akan diletakkan sebagai foto tahunan terbaik yang dihasilkan oleh wartawan pada tahun itu.

Di bawah adalah 12 foto yang telah memenangi foto terbaik World Press Photo 2016.
1. Tempat pertama World Press Photo of the year 2016 adalah foto seorang lelaki menyorongkan bayi melalui pagar kawat di sempadan Hungary-Serbia di Rszke, Hungary pada 28 Ogos tahun lalu.

Foto ini diambil oleh jurugambar wartawan dari Australia, Warren Richardson.
2. Tempat kedua bagi kategori foto berita terkini telah dicetuskan oleh jurugambar dari Perancis, Corentin Fohlen. Foto menunjukkan sebuah demonstrasi menentang keganasan di Paris. Demonstrasi tercetus kerana berlakunya serangan di sekitar le-de-France. Sebanyak lima siri serangan berlaku di bandar Paris yang bermula di ibu pejabat akhbar satira Charlie Hebdo.
3. Bagi tempat pertama World Press Photo untuk kategori Isu Semasa/tempat pula didominasi oleh wartawan China dari akhbar Tianjin Daily, Zhang Lei.

Dalam foto tersebut menunjukkan keadaan sebuah bandar di Utara China yang diselebungi jerebu.
4. Tempat kedua kategori Ius Semasa dimenangi oleh jurugambar dari USA, Adriane Ohanasian. Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun telah terbakar badannya akibat dari serangan bom dari pesawat Antonov milik kerajaan Sudan. Kejadian tersebut berlaku di kawasan ruamhnya keluarganya di Burgu, Darfur Tengah, Sudan.
5. Tempat Pertama bagi kategori kehidupan harian dimenangi jurugambar dari Kanda, Kevin Frayer. Foto menunjukkan keadaan para pekerja China menarik basikal roda tiga di kejiranan bersebalahan loji kuasa berasaskan arang di Shanxi, China.


6. Manakala di tempat kedua bagi kategori sama(kehidupan harian) adalah sebuah foto kanak-kanak puak asli Munduruku children bermain di sungai Tapajos di petempatan puak di Sawre Muybu, Itaituba, Brazil. Foto oleh Mauricio Lima, Brazil / Al Jazeera America.
7. Seorang doktor menyapu salap pada kesan terbakar di tubuh Jacob, tentera Islamic State berusia 16 tahun, di hadapan poster Abdullah Ocalan, pemimpin Parti Buruh Kurdistan yang dipenjara, di perkarangan hospital Y.P.G. di pinggir Hasaka, Syria. Foto oleh Mauricio Lima, Brazil / The New York Times. Kategori: Berita umum, tempat pertama.
8. Pelarian meredah kegelapan di Eropah untuk mengelak dari dikesan di Lesbos, Greece. Foto oleh Paul Hansen, Sweden / Dagens Nyheter. Kategori: Berita umum, tempat kedua.
9. Siri foto menampilkan para wanita yang telah diperkosa atau diserang secara seksual ketika berkhidmat dalam US Armed Forces. Kategori: Projek jangka panjang, cerita tempat pertama.
10. 'Tsunami awan' gergasi muncul menaungi Sydney sambil seorang pengunjung asyik membaca tanpa menyedari awan yang menghampiri di Pantai Bondi. Foto oleh Rohan Kelly, Australia
11. Seorang kanak-kanak perempuan dilitupi baju hujan sementara beratur menunggu giliran mendaftar di kem pelarian Preevo, Serbia. Kategori: Manusia, tempat pertama
12. Peserta Czech Republic Ondrej Bank terjatuh ketika perlumbaan menuruni Alpine Combined pada FIS World Championships di Beaver Creek, Colorado, USA. Foto oleh Christian Walgram, Austria / GEPA pictures. Kategori: Sukan, tempat pertama. -HarianBlogger.Com

Rujukan Tambahan: AstroAwani