9 Cara Dapat Anak Kembar

By Hafiz.H Monday, February 22, 2016
Ramai dikalangan ibu-bapa hari ini yang mengidamkan untuk mendapatkan sepasang anak kembar.

Tetapi tahukah anda peratusan untuk mendapatkan anak kembar sebenarnya hanyalah 1% bagi setiap mereka yang sedang hamil.
Melalui satu perkongsian yang dimuatnaik pada 2013 di garis masa Facebook Persatuan Ibu-Ibu Mengandung Comel ada membincangkan beberapa tips bagaimana untuk mendapatkan anak kembar.

Di dalam posting yang bertarikh 3 Mac 2013 itu dapat kita perhalusi setiap tips dan cara yang dikongsikan ini.

Sebenarnya peratusan untuk mendapatkan anak kembar ada pada setiap wanita, cuma ia bergantung pada genetik, umur serta bentuk fizikal yang dimiliki oleh seorang ibu itu.

Ikuti perkongsian tips sepenuhnya di bawah:

1. Genetik
Jika mereka yang mempunyai keturunan atau genetik yang pernah melahirkan anak kembar, maka peratusan untuk memiliki anak kembar pada generasi yang seterusnya atau pada salasilah ahli keluarga yang lain adalah tinggi.

Dalam konteks ini, kemungkinan besar wanita hamil yang dari genetik ini mampu melahirkan anak kembar.

Ini adalah disebabkan faktor trait atau lebih diistilahkansebagai penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2. Umur

Secara harfiahnya, wanita yang berumur lingkungan 35-40 mempunyai potensi untuk melahirkan anak kembar.

Ini adalah disebabkan faktor peningkatan umur seorang wanita itu mendorong untuk mereka menjalani rawatan kesuburan.

Wanita yang menjangkau sekitar lingkungan umur diatas lebih cenderung menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut terganggu oleh proses perimenopause.

3. Bilangan anak

Wanita yang pada awalnya kerap melahirkan anak berpotensi besar untuk mendapatkan anak kembar pada masa kehamilan yang seterusnya.

4. Berat badan dan ketinggian (Bentuk fizikal)

Bentuk fizikal juga memain peranan penting dalam penghasilan bayi kembar. Bagi mereka yang memiliki ketinggian dan berat badan yang lebih adalah cenderung untuk mendapatkan anak kembar.


5. Diet
Pengambilan makanan untuk meningkatkan hormon estrogen adalah sangat baik dalam membantu untuk memiliki bayi kembar.

Antara contoh makanan yang meningkatkan hormon estrogen adalah:

Makanan bersumberkan kacang soya - Tauhu, Tempe

Buah-buahan kering seperti plum, aprikot, kurma

Sayuran seperti kacang buncis

Sumber makanan dari kekacang

Sayuran-sayuran seperti kobis, dan Brokoli

Sumber makanan dari gandum

6. Pengambilan ubat kesuburan
Pengambilan pil-pil kesuburan adalah sewajarnya mendapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan terlebih dahulu.

Secara klinikal, pengambilan ubat kesuburan yang sesuai akan meningkatkan potensi seseorang wanita itu menghasilkan dua ovum dalm satu ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Supplemen kesuburan seperti Clomid dan Gonal F jika diamalkan mampu memberi peratusan peluang kesuburan untuk hamil anak kembar. (Perlu dapatkan nasihat dokotr)

7. Kahwin dengan keturunan kembar

Sama seperti Genetik, pasangan dari keturunan yang pernah hamil anak kembar juga berpotensi untuk meperoleh peluang yang sama.

8. Banyakkan pengambilan makanan seperti ubi kentang dan susu.

Tahukah anda bahawa makanan diatas mampu meningkatkan ovulasi pada telur dimana peluang untuk hamil anak kembar adalah cerah.

Kerana kentang dan susu dikatakan medium penting jika diamalkan bagi mereka yang bukan sahaja mengidamkan anak kembar, malah bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi belum ada rezeki untuk mendapatkan anak.

9. Doa untuk anak kembar

Bagi yang beragama Islam, adalah digalakkan untuk berdoa dan berserah kepadaNya setelah pelbagai usaha dilakukan.

Amalkanlah Surah As-Saaffaat Ayat 120 dan Surah As-Syura ayat 50.

-HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 9 Cara Dapat Anak Kembar "