9 Tips Penting Jika Ingin Hantar Anak Ke Sekolah SJKC

By Hafiz.H Thursday, February 18, 2016
Perkongsian ini telah dimuatnaik oleh Encik Mohd Emil Azril Bahari, seorang bapa yang berkongsikan pengalamnnya menghantar anak peremupannya ke sekolah beraliran jenis kebangsaan(SJKC).

Katanya posting ini adalah hasil pengamatan dari isterinya sendiri dan juga anaknya.

Menurut Encik Emil, sebenarnya agak mudah jika kita betul-betul menuruti segala terma yang ditetapkan jika inginkan anak anda berada di SJKC. Tetapi, adakalanya ia terdapat juga kesukaran dalam mengurus anak dimana majoriti pelajar tersebut adalah bukan dari bangsa dan anutan agama yang sama.

Oleh itu segala ilmu persiapan perlu untuk tidak berlaku dimana anak-anak akan kekok apabila menjejakkan kaki ke sekolah beraliran jenjis kebangsaan ini.

Ironinya, Encik Emil menambah, pembelajaran di sekolah SJKC adalah sangat-sangat berbeza di sekolah yang beraliran kebangsaan. Cuma ibu bapa perlulah bersiap siaga dari segi mendidik mentaliti anak-anak dalam menempuhi sistem pembelajaran yang begitu ketat dan berdisiplin.

Ikuti sepenuhnya nukilan beliau di bawah:
Gambar Screenshot Dari Facebook Emil Azril


Perkongsian tentang menghantar anak kita ke sekolah jenis kebangsaan Cina, SJKC. 

Ada pro dan kontra menghantar anak-anak kita ke SJKC. Antara pro yang paling jelas ialah, anak-anak kita dapat mempelajari tiga bahasa. Kontranya pula ialah anak-anak kita hanya ada kelas agama dua kali seminggu sahaja.

Oleh itu, ada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kelas mengaji atau SAR selepas sekolah. Berikut adalah beberapa tips berdasarkan pengalaman kepada mereka yang berhajat untuk menghantar anak-anak ke SJKC agar dapat mengurangkan stress mengendalikan anak-anak kelak.

1. Mulakan dari tadika

Hantar anak-anak kita ke tadikan yang ditempatkan di sekolah Cina yang hendak kita tempatkan anak kita di darjah 1 kelak. Contohnya, jika kita mahu menghantar anak kita ke SJKC Lai Meng, hantarlah anak kita ke Tadika Lai Meng dari umur 5 tahun.

Ini bagi memudahkan transisi ke darjah 1. Pengalaman mengajar menghantar anak ke tadika yang glamour kononnya mengajar mandarin adalah tidak digalakkan. Tadika sedemikian hanya mahukan duit sahaja sedangkan silibusnya entah apa-apa.

2. Kenali Cikgu

Kenalilah cikgu-cikgu anak anda bagi mengenalipasti perkembangan anak-anak anda. Perlu kejar cikgu kerana cikgu di SJKC ini semuanya sibuk-sibuk belaka. Ini kerana mereka akan periksa homework anak-anak murid setiap hari.

3. Tubuhkan 'Support Group'

Tubuhkan satu kumpulan sokongan dengan ibu bapa yang lain agar dapat bantu membantu. Oleh kerana sekolah Cina wajib dan harus buat homework yang banyak, kadang-kadang 10 ke 15 homework sehari. Senarai homework (kongker) selalunya akan disalin di papan hitam. Jika anak-anak kita lembab nak menyalin, kelak dia tidak tahu homework mana yang perlu dibuat.

Semasa buku homework di"pass-up" dan anak kita tak buat homework, dia akan dimarahi oleh guru secara 'kaw-kaw'. Bila guru marah, bukan salah guru dan guru marah kena dia mahukan anak kita 'improve'.

Jika kita campur tangan dalam hal guru memarahi anak kita, kelak anak kita bakal diboikot oleh guru. Selagi guru yang menghukum dengan tidak menjatuhkan maruah anak kita, kita tidak sepatutnya marah. Oleh itu, pastikan anak-anak kita buat semua homework.

Tolong menolong antara ibu bapa adalah kunci. WhatsApp group itu pasti akan membantu. Lantiklah seorang ketua ibu bapa dalam WhatsApp group yang 'caring' dan suka membantu.

Sebagai contoh dalam group parents kelas 2B, seorang ibu bernama Vivian selalu membantu anak-anak dan ibu bapa. Silalah bersedia untuk membantu anak-anak membuat homework sehingga larut malam.

4. Peranan Ibu Bapa 100%

Anak-anak darjah 1 hingga 2, perlukan penglibatan ibubapa yang lebih untuk memeriksa buku-buku yang perlu dibawa. Jangan tak bawa buku kerana anak anda akan dikenakan hukuman seperti berdiri di luar kelas dan ini akan memberikan tekanan kepada mereka.

Salin jadual waktu dengan cermat dan 'know what is going on. Jika ada ujian ejaan bahasa Cina, pastikan anak-anak membuat hafalan. Kalau salah, pasti kena!

5. Pastikan Anak Berdisiplin

Disiplin adalah keutamaan di SJKC. Peraturan adalah peraturan dan tiada sebarang kelonggaran yang diberikan. Oleh itu, ibubapa seharusnya peka terhadap peraturan sekolah. Jangan hantar anak-anak lewat, rambut harus pendek seperti yang ditetapkan, kuku kena pendek, lencana dan tag nama harus dijahit kemas. Di hari murid-murid pakai baju sukan mesti pakai baju sukan. Hari Isnin, sila datang awal kerana ada perhimpunan sekolah. Jika langgar peraturan, anak kita akan dilabel sebagai murid bermasalah dan ini akan menganggu prestasi akademik mereka.

6. Bekalkan Makanan

Bagi orang Islam, sediakanlah bekal pada anak-anak jika berasa was-was dengan makanan yang dijual di kantin sekolah. Jika tiada masa, cari ibubapa yang buat bisnes bekalan halal untuk anak-anak kita.

7. Homework siap sebelum tidur

Jika kita tidak mahu menghantar anak kita ke tuition sekolah (sampai jam 3 petang), cari tuition untuk dia. Jika hantar anak kita ke SAR, pastikan homework siap sebelum tidur.

8. Jangan sensitif

Anak kita dimarahi oleh cikgu adalah perkara biasa terutamanya cikgu yang suka bising-bising. Jadi usahlah terlalu sensitif dan ibubapa diminta sediakan mental anak anda untuk menerima keadaan tersebut.

9. Pastikan silibus agama diajar

Bagi yang beragama Islam, kenalilah ustazah atau ustaz di sekolah anak anda. Pastikan juga silibus agama diajar. Ajarlah anak-anak anda sendiri membaca al-fatihah, surah lazim dan lain-lain.

Tolonglah jangan saja-saja nak meletakkan anak-anak anda ke SJKC tanpa persediaan. Main hantar saja tanpa tahu apa-apa, naya anak kita! Kasihan pada mereka, cikgu juga tertekan nak menguruskan anak-anak yang mana ibubapa mereka bersikap lepas tangan.

InshaAllah jika kita istiqomah, anak-anak kita akan mendapat kebaikan jika kita hantar mereka ke sekolah SJKC ini. Mereka akan berdisiplin dan hormat kepada ibu bapa dan guru. Jika kita masukkan elemen agama setiap masa di luar sekolah, itu lebih baik, akhirat juga terbela.

Cuma saya lihat, anak-anak menjadi skema sikit kerana adakalanya SJKC ini terlalu tegas namun ada kebaikannya.

Ini sajalah perkongsian yang saya boleh berikan. Maaf jika penulisan ini agak panjang. Sebenarnya perkongsian ini merupakan pengalaman isteri saya, Sharifah Suhaiza Tuan Sidek dengan anak kami Batrisyia Emilyn Bahari. Saya tukang tulis sahaja. - Emil Bahari

Dimuatnaik semula untuk pembaca HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 9 Tips Penting Jika Ingin Hantar Anak Ke Sekolah SJKC "