Tags:

Anggota Polis Malas Solat Dipaksa Baring Tengah Panas

By Hafiz.H Saturday, February 13, 2016
Seramai 78 orang anggota polis semalam dikenakan denda dengan melakukan tekan tubi, scout jumping dan pelbagai jenis senaman di tengah panas di hadapan berek mereka gara-gara malas melakukan solat.
ANGGOTA polis dipaksa baring di tengah panas sebagai hukuman kerana tidak bersolat di masjid.


Hukuman tersebut diberikan kerana mereka enggan untuk pergi ke masjid berdekatan ketika azan berkumandang.

Menurut laporan HarianMetro, ketua ibu pejabat polis Surabaya, Toni Sugiyanto melahirkan rasa kesal kerana ada sebilangan anggota mereka lebih rela untuk berada di berek masing-masing ketika waktu solat sungguhpun mereka bukan di dalam waktu bertugas.

Sugiyanto menegaskan kesemua anggota polis yang beragama Islam diwajibkan menunaikan solat di masjid berdekatan ibu pejabat polis itu.

Hukuman yang dikenakan itu sebagai teguran untuk anggotanya mentaati perintah agama. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Anggota Polis Malas Solat Dipaksa Baring Tengah Panas "