Tags:

Lelaki Kongsi Cara Didik Anak Yang Kian Ditelan Zaman - Ibu Bapa Patut Buat

By Hafiz.H Tuesday, February 2, 2016
Titipan ini telah dikongsikan oleh saudara Saiful Nang seorang figura yang tidak asing lagi di Malaysia dan dunia maya Facebook. Beliau terkenal dengan nukilan dan perkongsian kisah-kisah masyarakat di sekeliling yang membangkitkan inspirasi kepada kita.

Dari kisah kekeluargaan sehinggalah catatan travelog beliau.

Moga dengan perkongsian di bawah memberi manfaat dan menjadi garis panduan kepada semua khususnya pembaca HarianBlogger.Com


Semalam saya makan di sebuah kedai berhampiran office. Saya jarang makan di luar tetapi jika taqwim harian terganggu dari kebiasaan, maka itu akan jadi pilihan untuk makan di luar. 

Bersebelahan saya ada sekeluarga bersama dua anak. Seorang perempuan, seorang lelaki. Yang sulung saya anggarkan berumur dalam 7 atau 8 tahun dan yang adiknya masih kecil.

Mereka makan hanya bersebelahan meja sahaja. Selepas anak lelaki yang sulung itu selesai makan, maka dia mula bermain. Ini bukan main mainan biasa, ini main sembur-sembur air liur sambil buat 'effect' kapal terbang kejar mengejar dan tembak menembak berlaku dan bila meletup dia guna 'effect' air liur berhamburan keluar.

Kali pertama saya sabar lagi, sekadar mengelap sahaja lengan saya dengan tisu. Saya jeling mak ayah dia perasan saya mengelap air liur yang dihamburkan oleh anaknya. Namun dengan bahagianya mereka teruskan makan tanpa menegur anak mereka. Saya pun dengan extra sikit mengelap lebih lama sikit, mungkinlah mereka ini tak faham lagi.

Setelah 'confirm' mereka tak faham, maka saya beralih sedikit di meja yang sama tetapi di sudut lain yang menjauhi keluarga dan anak lelakinya itu.

Namun, jarak penerbangan mainan budak ini rupanya masuk ke kawasan saya melarikan diri juga. Nak juga dia tembak menembak dan entah apa nasib saya. Kapal terbang budak ini akan meletup juga dekat dengan saya. Sekali lagi air liurnya berhamburan dan saya mula bersuara dengan baik...

"Adik, masuk makanan abanglah air liur buat macam itu,"

Tak semena-mena pasangan bahagia 'kononnya' itu menoleh ke arah saya dengan muka ketat. Anaknya masih bebas terbang dengan jet-jet pejuangnya. Dah tiba-tiba saya pula yang kena jegil oleh mak dan ayahnya.

Hati saya menyirap dan lebih sirap dari air sirap yang mereka sedang hirup. Saya tekadkan dalam hati,

"Saiful, jangan cari gaduh,". 

Okay, lalu saya lemparkan senyuman kepada mereka berdua. Punyalah kekwat, aku dah senyum dia masih lagi stare macam aku pula yang tembak pesawat anak dia tu. Apa terjadi selepas itu sudah tidak penting. Tetapi saya nak cerita sikit cara orang sekarang mendidik anak dengan orang zaman dahulu. Saya ini kolot sikit dalam hal mendidik anak, tidak seperti orang generasi terkini.

Ayah saya dulu (Wak Nang) sekarang ini memang nampak macam kawan baik saja kan? Memang nampak kamcing kan? Tahu tak korang, dulu Wak Nang punya misai macam Wak Doyok terpacak tau? Dalam sejarah, ayah jarang rotan anak dia tapi tidak saya kata tak pernah. Tapi dari kecil kami diajar RETI BAHASA.

Pergi bertandang rumah orang, kemudian tuan rumah hidang sahaja makanan dalam talam terus kita nak menyambar kuih terus kena 'YELLOW CARD'. Macam mana cara 'Yellow card'? Bunyinya ringkas sahaja.

"Ehemmmmm," berdehem Wak Haji Nang sambil mata menjeling tajam.

Saya terus menjadi kecut dan terus duduk dengan baik menunggu arahan seterusnya. Kena tunggu orang paling tua sekali menjamah makanan barulah yang lain ikut. Ini tidak, bukan sekadar main cekuh saja makanan itu, tetapi siap kejar mengejar jet lagi dan buat letupan air liur memang bukan sekadar berdehem yang dapat. Kalau standard Wak Nang itu memang dah kena pelempang Jawa pergi balik dah.

Prinsip Wak Nang masa itu lebih kurang begini;

"Biar aku cubit dan rotan anak aku depan tetamu atau tuan rumah daripada orang ingat aku tak didik anak aku," 

Itu orang dulu. 'Yellow card' berdehem itu korang jangan ingat boleh 'forgive and forget' bro. Balik rumah ada hidangan "Roti Panjang". Ini pantun orang lama. Agak-agak berdehem pun tak faham, masuk kali kedua akan keluar 'verbal reminder' yang agak lembut juga tapi sebenarnya SANGAT KERAS seperti berikut bunyinya;

"Angahhhh! Duduk sini, balik nanti ayah bagi 'roti panjang',"

DEMM!! Ketika ini memang wajib kecut punya. Memang nakal macam mana, terjal macam mana sekalipun akan terus 'landing' dan duduk bersila dan diam. Tapi itu orang-orang dulu-dululah.

Dalam pendidikan anak-anak saya juga, saya terapkan benda yang sama. Anak saya faham bahasa berdehem. Mereka faham intonasi suara saya marah atau suka. Hatta, saya jeling sahaja mereka tahu apa maksudnya. Bila mengenang balik kisah budak main air liur di tempat makanan saya itu, hati saya meruap dan rasa mengapalah ayah dia tunggul sangat? Mengapa mak dia tak nak ajar anak dia beradab? Dah besar dah anak kau tu, dah tahu tengok p0rno pun.

Orked, Seri, Lela dan Wafa bertuah kerana bukan sekadar saya sahaja tetapi bila bercampur dengan anak-anak Warga Prihatin kami di sana juga praktikkan cara pendidikan KUNO ini. Yang kiranya orang zaman sekarang rasa itu cara lama yang ketinggalan zaman. Sporting sangat mak bapak sekarang sampai anak umur 8 tahun kena romen dengan abang umur 10 tahun pun steady lagi.

"Alaaaa budak-budak tahu apa?"

Bila dah mengandung, baru menyalahkan takdir "Ya Allah kenapa aku ditakdirkan menerima ujian ini?"

Bullshit! Itu bukan ujian yang Allah sengaja bagi. Tapi itu BALA yang engkau sendiri tempah. 

Saya tak mahu cerita banyak apa yang terjadi dengan pasangan bahagia itu di restoran itu. Tetapi anda tahulah saya ini panas sikit hati bila jumpa orang-orang tak sensibel seperti ini. Saya terus meninggalkan restoran itu dalam keadaan sebuah kerusi jatuh dan sempat saya "letupkan" 2 jet anak lelaki mereka itu di atas makanan mereka. Saya dapat sabar dengan perangai budak tapi hilang sabar dengan perangai orang tua yang macam tak ada akal dah. Barulah pasangan bahagia ini nak minta maaf.

Dan saya katakan "Makanlah makanan ini. Takde apa pun, tadi lagilah 2 kali kapal terbang meletup atas makanan saya,"

Sebelum hantar anak umur 3-4 tahun korang belajar matematik tambahan, baiklah korang didik dengan ADAB dahulu. Senang bawa diri bila besar. Yang orang sanjung ialah ketinggian budi pekerti dan adab sopan. Hantar tusyen anak belajar matematik awal-awal nanti CGPA tinggi-tinggi tapi kena maki juga kerana ADAB TU OUT!!

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Lelaki Kongsi Cara Didik Anak Yang Kian Ditelan Zaman - Ibu Bapa Patut Buat "