Tags:

Cerita Sebenar Disebalik Laporan Kapten Pesawat MH370 Ditemui Selamat

By Hafiz.H Friday, February 12, 2016
Semalam gempar berita kononnya juruterbang pesawat MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu ditemui selamat, lapor sebuah portal dari Taiwan.
Worldnewsdailyreport.com, sebuah portal berita semasa dari Taiwan yang telah memuatnaik berita tersebut telah menimbulkan beberapa keraguan.

Dalam laporan tersebut mengatakan, Kapten Zaharie Ahmad Shah telah ditemui penduduk kampung di tebing Sungai Tangshui pada isnin lalu.

Keraguan timbul apabila portal berkenaan menggunakan gambar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan(Perubatan), Dr S Jeyaindran sebagai Dr Syed Boon Sulong yang kononnya sedang merawat juruterbang utama pesawat MH370 tersebut.


Menurut laporan dari BeritaHarian semalam, gambar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan itu dipercayai diambil dari sebuah portal pada 11 Oktober tahun 2015.

Manakala gambar pesakit yang terbaring di katil kononnya adalah Kapten berusia 53 tahun itu sebenarnya adalah warga Myanmar yang dirawat di ibu negara pada Jun 2013.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara menyifatkan penyiaran berita sebegini sebagai palsu dan beliau sempat menemplak secara ringkas dengan berkata "Pembohong".

Kehilangan pesawat MH370 terus menjadi misteri dan sejak peristiwa tentang kehilangan pesawat ini dua tahun lalu, pelbagai teori konspirasi dan berita palsu muncul sehingga kini. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Cerita Sebenar Disebalik Laporan Kapten Pesawat MH370 Ditemui Selamat "