Tags:

Dibimbangi Lelaki Malaysia Akan Kahwini Wanita Bangladesh

By Hafiz.H Monday, February 22, 2016
Minggu lalu, Malaysia dalam satu perjanjian MOU telah memeterai satu perjanjian yang ditandatangani antara Kuala Lumpur dan Dhaka. Perjanjian tersebut adalah meliputi kemasukan pekerja asing termasuk pekerja wanita dari negara itu.

Sejurus selepas termeterainya perjanjian tersebut, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) melahirkan rasa bimbang kerana berkemungkinan besar masalah sosial akan berlaku susulan pekerja asing wanita bakal memasuki negara ini.


Pengarah MEF, Datuk Shamsudin Bardan dalam kenyataannya semalam melahirkan rasa bimbang kerana berkemungkinan besar bahawa lelaki tempatan bakal berkahwin dengan pekerja-pekerja wanita dari negara ini. (Bangladesh)

Shamsudin turut melahirkan rasa kebimbangan ini kerana selain perkahwinan diantara lelaki tempatan dengan warga asing, perkahwinan sesama pekerja Bangladesh yang diikuti kelahiran anak juga akan menimbulkan isu masyarakat.

Di bawah syarat permit yang telah ditetapkan, kerajaan membenarkan perkawhinan dan kelahiran dari warga asing yang berada disini.

Pengarah MEF itu turut menambah, negeri Sabah dan Sarawak tetap dengan pendirian menolak kemasukan warga asing ke negeri itu walaupun kedua-dua negeri itu menghadapi kekurangan pekerja, tetapi keperluan tersebut perlu diisi oleh warga tempatan. -HarianBlogger.Com

Rujukan: Malaysiagazette

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Dibimbangi Lelaki Malaysia Akan Kahwini Wanita Bangladesh "