Tags:

Gaji Minimum RM1,500 Kepada Golongan Muda

By Hafiz.H Monday, February 15, 2016
SHAH ALAM: Gaji 1500 untuk tarik golongan muda.

Itulah yang digesa oleh Parti Keadilan Rakyat(PKR) dalam meminta kerajaan untuk melaksanakan gaji minimum RM1500, serta menguatkan kesatuan sekerja sebagai menarik golongan belia di negara ini bagi mengambil alih tenaga kerja yang sebelum ini dilakukan majoriti pekerja asing.
Fahmi Fadzil - Foto Sinar Harian
Dalam pada itu, Fahmi Fadzil, Naib Angkatan Muda Keadilan berkata, gesaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi meminta anak muda mengambil alih kerja yang diisi pekerja asing cukup menarik tetapi ia separuh matang.

Fahmi berkata dalam satu kenyataanya semalam,“Saya nak tanya adakah Ahmad Zahid benar-benar memahami kenapa anak muda hari ini enggan bekerja di sektor perladangan atau mana-mana sektor yang disebut 3D atau Dirty, Difficult and Dangerous (kotor, sukar dan bahaya)?

“Sepatutnya beliau melalui mesyuarat Kabinet menggesa supaya melaksanakan langkah meningkatkan gaji minimum sebanyak RM1,500 dan memastikan pekerja bukan sahaja terjamin tetapi diperkukuh terutama dengan menguatkan kesatuan-kesatuan sekerja,”


Tambah Fahmi, beliau mencadangkan Timbalan Perdana Menteri agar menggesa Putrajaya mewujudkan langkah untuk memastikan sistem pendidikan vokasional menyediakan golongan muda dengan rangkaian atau jaringan industri lebih menyeluruh.

Beliau juga menyarankan kerajaan untuk memberi insentif kepada pemodal, pemilik syarikat dan paling penting bagi golongan muda adalah untuk mengambil alih kerja yang selama ini dimnonopoli sekian lama oleh pekerja asing.

Di akhir kenyaatan beliau, jika perlaksaan ini tidak diwujudkan, gesaan Timbalan Perdana Menteri itu hanyalah retorik semata-mata dan bukanlah niat asal seperti yang diperkatakan untuk membantu golongan belia mengambil alih kerja yang diisi pekerja asing. -HarianBlogger.Com

Sumber asal: SinarHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Gaji Minimum RM1,500 Kepada Golongan Muda "