Tags:

'Hisap Ganja Untuk Hilangkan Tekanan Kos Sara Hidup' - Syed Rosli

By Hafiz.H Thursday, February 18, 2016
Syed Rosli Jamlullaill merangkap Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan,  hari ini dalam satu temubual meminta kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan penggunaan ganja dikalangan rakyat.

Ini adalah kerana ganja jelas tidak menjadikan individu itu agresif atau hilang pertimbangan seperti yang berlaku pada mereka yang mengambil alkohol berlebih, katanya.

Katanya lagi, pengambilan rokok dan vape juga membawa ancaman kepada kesihatan sedangkan penggunaan ganja terbukti memberi ketenangan dan boleh mengurangkan jenayah.

Beliau turut membandingkan negara Belanda dimana meluluskan penggunaan ganja dan didapati penjara di sebahagian negara itu telah ditutup kerana kurangnya jenayah yang berlaku.


"Jadi apa salahnya kerajaan benarkan sahaja ganja di negara ini. Banyak kajian membuktikan tekanan kos sara hidup boleh ditenangkan dengan ganja," katanya ketika dalam satu temubual bersama sumber Astro AWANI di sini hari ini.

Syed meminta kerajaan menggunakan pendekatan terbaik dalam melihat contoh negara-negara yang membenarkan penggunaan ganja.

"Banyak contoh negara luar yang membenarkan ganja mencatat bilangan jenayah yang rendah, mungkin itu pertimbangan yang boleh diambil untuk membolehkan penggunaan ganja dibenarkan di negara ini," ujarnya.

Dalam pada itu, semalam Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli selaku Ahli Parlimen Belia mencadangkan supaya kesalahan menghisap ganja atau marijuana dikaji semula kerana golongan muda tidak menganggapnya sebagai dadah.

Sungguhpun beliau tidak menyokong amalan menghisap ganja, beliau hanya mencadangkan agar kegiatan ini dikawal selia.

Menurutnya, hanya lapan peratus penyumbang ketagihan berbanding 60 peratus lagi adalah dari ketagihan morfin dan 30 peratus adalah daripada heroin.

Cadangan itu mendapat reaksi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di laman twitternya. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 'Hisap Ganja Untuk Hilangkan Tekanan Kos Sara Hidup' - Syed Rosli "