Tags:

Jumlah Pekerja Asing Atasi Populasi Kaum Cina Pada 2030, Bangla Bakal Jadi Kaum Ketiga

By Hafiz.H Wednesday, February 17, 2016
Peratusan terkini menunjukkan jumlah pekerja asing di negara ini bakal mendominasi jumlah penduduk kaum Cina menjelang tahun 2030.
Ini menunjukkan bahawa peratusan kaum Cina di Malaysia telah menyusut ke paras bawah 20 peratus.

Dalam laporan dari sebuah akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, penduduk keturunan Cina di negara bakal menyusut ke 19.6 peratus pada tahun 2030 dan lebih mengejutkan lagi peratusan bakal menurun kepada 18.9 menjelang tahun 2035.

Kaum Cina adalah kaum kedua terbesar di Malaysia, tetapi jika 1.5juta warga asing yang bakal memasuki negara ini direalisasikan, ditambah dengan anggaran pekerja asing berdokumen dan tanpa izin mencecah enam juta orang, keadaan tersebut akan menggugat kaum kedua terbesar di negara ini.

Statistik terkini menunjukkan, penduduk yang berketurunan Cina adalah enam juta diikuti kaum India, dua juta.


Laporan dari Ketua Perangkawan, Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, anggaran populasi kaum Cina akan meningkat menjelang 2040 dengan pertambahan bilangan penduduuk kaum itu 7.1juta, tetapi peratusan kaum lain dijangka menurun kepada 18.4 peratus pada tahun sama(2040).

Kata ketua Perangkawan itu lagi, Kaum Bumiputer pula akan meningkat daripada 19.2juta orang kepada 26 juta orang.

Beliau menambah, kaum India menunjukkan pertumbuhan populasi, tetapi dari segi peratusan pula ia mengalami penurunan yang sama seperti kaum Cina.

Berdasarkan anggaran kadar kelahiran dan kematian di negara ini, kaum India dianggar mempunyai 2.3juta orang menjelang tahun 2040.

Peratusan bagi kaum ini ialah 5.9 peratus dari jumlah penduduk di Malaysia.

Abdul Rahman menambah, jika dilihat pada tahun 1957 ketika negara baru mencapai kemerdekaan, wanita Cina pada ketika itu melahirkan anak dengan purata 7.4 orang tetapi jumlah tersebut kini menyusut pada purata 1.4 orang sahaja.

Kaum India pula pada ketika itu mempunyai purata kelahiran 8 orang anak manakala kaum bumiputera mencatat purata 6.1 anak pada 1957.

Bagaimanapun, peredaran tahun demi tahun menyebabkan purata kelahiran anak bagi semua kaum di negara ini semakin menurun.

Warga Bangladesh Bakal Jadi Kaum Ketiga Terbesar Atasi Kaum India
Badrul Hisham Shahrin
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diasaskan oleh Che'gu Bard atau Badrul Hisham Shahrin mendakwa pengambilan 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh bakal membawa kesan kritikal kepada demografi sosial rakyat di negara ini.

Sambil membantah pengambilan pekerja asing berjumlah besar itu ke negara ini oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Chegu Bard mendakwa kemasukan warga asing itu ditambah 600,000 warga Bangladesh sedia ada akan menyaksikan bilangan mereka melebihi kaum India.

"Kami mengutuk keras pengambilan pekerja asing Bangladesh ke negara ini untuk berkhidmat dalam sektor sukar, bahaya dan kotor atau 3D dalam sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan. Ketika ini, masyarakat India kita lebih kurang 1.8 juta orang manakala warga Bangladesh sekitar 600,000, sekiranya 1.5 juta pekerja Bangladesh masuk, jumlah mereka akan berada pada paras 2.1 juta orang, sekali gus menjadi golongan ketiga terbesar negara.

"Saya rasa negara perlu merancang dan menetapkan kuota dalam segala agihan sama rata kerajaan kepada penduduk Bangladesh yang pasti akan menyesakkan lagi demografi sosial dengan pelbagai masalah.

"Kita tidak mahu perkara ini berlaku, jumlah pekerja asing sedia ada telah pun mencukupi, kita tidak memerlukan pekerja asing baharu," katanya pada sidang media di sini.

Tambah beliau, kerajaan perlu meneliti semula perkara itu secara serius dengan mengambil kira kepentingan rakyat tempatan berjumlah 30 juta.

Dalam perkembangan sama, Chegu Bard berkata, alasan pekerja tempatan tidak mahu menceburi bidang pekerjaan kotor seperti kata Ahmad Zahid tidak boleh diterima memandangkan ramai warga Malaysia telah melakukannya.

"Jika pemuda kita didakwa pemalas tidak mahu menceburi bidang 3D seperti didakwa menteri, bagaimana pula dengan ratusan ribu rakyat Malaysia yang bekerja dalam industri sama di Singapura sehingga tambak Johor sesak setiap hari sedangkan di sini pekerjaan itu diisi pekerja asing.

"Menteri perlu berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan sebegitu. Malah media turut melaporkan kononnya syarikat adik Timbalan Perdana Menteri itu juga terlibat menimbulkan konflik kepentingan berprofil tinggi.

"Ini sangat tidak wajar umpama menyerahkan negara ini untuk disesakkan oleh warga asing," katanya.

Sementara itu, ahli SAMM, Edy Noor Reduan mendakwa warga asing tidak boleh dibiarkan kerja dalam sektor peniagaan dan restoran dan ia perlu diisi dengan warga tempatan yang akan menjamin pendapatan tinggi.


Malah dakwa beliau, sekiranya kemasukan pekerja asing Bangladesh dibenarkan, populasi bukan warganegara Malaysia akan meningkat kepada 8.2 juta, sekali gus memintas 6.64 juta penduduk Cina berdasarkan statistik November 2014 yang meliputi 27 peratus daripada populasi 30 juta penduduk negara ini.

Rujukan: Malaysiagazette

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Jumlah Pekerja Asing Atasi Populasi Kaum Cina Pada 2030, Bangla Bakal Jadi Kaum Ketiga "