Tags:

Kalau Ada Laporan, Kami Siasat Dr Mahathir, Kata Ketua Polis Negara

By Hafiz.H Tuesday, February 9, 2016
Siapa yang tidak berpuas hati dengan posting blog Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyerang peguam negara adalah sepatutnya tampil membuat laporan polis supaya mereka boleh memulakan siasatan, ujar Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menyiasat sama ada wujud sebarang unsur hasutan dalam posting di blog Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang didakwa sesetengah pihak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 Februari, 2016.


Katanya kepada sumber TheMalaysianInsider, "Dalam kes-kes tertentu, kita tidak perlukan laporan, tetapi dalam kes ini, kita akan menunggu laporan".

Menurut dakwaan sesetengah pihak, posting blog tersebut mengandungi unsur hasutan dan pihaknya akan menjalankan siasatan samada ia wujud atau sebaliknya.

Tambahnya lagi, "Sesiapa yang tidak berpuas hati boleh buat laporan. Kami akan menyiasat dan memeriksa jika terdapat pelanggaran undang-undang atau tidak."

Dr Mahathir dalam postingnya pada 5 Februari lalu menulis dan mempertikai Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung keputusannya tidak mendakwa perdana menteri, mengatakan pendakwa utama negara itu tidak ada kredibiliti.

Dalam posting itu juga beliau menulis, Datuk Seri Najib Razak perlu meletak jawatan jika Malaysia ingin mendapatkan semula reputasinya.

"Untuk membersihkan nama baik Malaysia dan beliau sendiri, Najib perlu membuktikan tanpa keraguan beliau tidak bersalah dalam semua tuduhan terhadapnya.

"Peguam negara kata beliau tidak bersalah tidak bermakna apa-apa. Beliau, peguam negara itu, tidak mempunyai kredibiliti.

"Sekiranya gagal berbuat demikian, Najib perlu meletak jawatan," tulis Dr Mahathir.

Dr Mahathir mengkritik Apandi sejak beliau membuat keputusan untuk tidak mendakwa Najib Razak berhubung derma 2.6bilion kerana keurangan bukti.

Tambah Dr Mahathir, beliau menyifatkan Apandi(Peguma Negara) berada di bawah kawalan Najib. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Kalau Ada Laporan, Kami Siasat Dr Mahathir, Kata Ketua Polis Negara "