Kenapa Ramai Rakyat Malaysia Berpindah Ke Perth?

By Hafiz.H Monday, February 22, 2016
Titipan ini telah dikongsikan oleh seorang ibu kepada tiga anak di laman garis masa Facebook beliau.

Lebih mesra dipanggil Kak Kay dalam coretannya, Kamalia Kamal berkongsi kepada netizen mengapa kian banyak rakyat di negara ini telahpun berhijrah ke benua kangaroo itu.
Dalam coretan beliau yang disiarkan pada 22 Februari ini mendapat 'feedback' dan respon yang sangat memuaskan daripada netizen dengan perkongsian setakat ini mencecah 1883 shares di Facebook.

Kak Kay dalam titipan beliau mendedahkan, kehidupan di bumi Perth sangat-sangat meuaskan hati beliau. Beliau berkata dengan kemudahan pengankutan awam yang begitu efisien dan kemudahan bas yang sentiasa ada sepanjang waktu memudahkan pergerakan penduduk disana.

Mereka tidak perlu menunggu berjam-jam untuk mendapatkan bas.

Lebih terjamin lagi, bagi mereka yang berkeluarga kemudahan train turut tidak kurang hebatnya. Kemudahan keretapi untuk pengguna disediakan dengan meletakkan 'Special rate' pada hari Sabtu dan Ahad.
Kak Kay turut menambah, keadaan suhu disana yang panas tetapi berangin menjadikan pergerakan seharian menjadi selesa dan nyaman.

Beliau dalam titipan tersebut turut mendedahkan gaji yang diperoleh penduduk Perth adalah sangat tinggi.

Katanya lagi, gaji bagi mereka yang bekerja dalam mana-mana sektor dibayar per jam bagi setiap perkhidmatan atau servis yang dijalankan.

Jika anda menetap di Australia, berkeinginan untuk memiliki kereta tidak menjadi penghalang kerana 'rate' harga kereta disana amat begitu murah dan berpatutan.

Jika wanita yang kematian suami, kerajaan amat menitikberatkan kepada golongan ibu tunggal. Pelbagai manfaat dan kelebihan disediakan bagi mereka yang bergelar 'single mother'.

Kehidupan di bumi Perth sememangnya menjamin dari segi kualiti masa bersama keluarga, mana tidaknya apabila tiba saja malam, seluruh pekan disana umpama 'pekan mati' yang wujud hanyalah pub. Dan disebabkan inilah masyarakat disana lebih selesa meluangkan masa dirumah sepanjang malam bersama keluarga.


Kak Kay turut menambah, barangan keperluan lain seperti lampin bayi dan susu tepung turut dijual dengan harga yang jauh lebih murah.

Selama bermastatutin disana, beliau menambah masyarakat yang majoritinya orang kulit putih sangat menghormati orang luar. Tiada istilah islamophobia dan komuniti muslim adalah sebahagian komuniti yang besar di bumi perth.

Ini menjadikan masyarakat Malaysia yang menetap disini berasa tenteram dan tidak kekok untuk bergaul sesama masyarakat lain yang berbeza warna kulit, dan anutan agama.

Katanya lagi, kemudahan untuk mendapatkan makanan halal adalah menjadi faktor utama rakyat kita terus untuk menetap disini.
Kemudahan seperti terdapat pelabagi juadah makanan arab dijual, serta kemudahan lain seperti surau turut dibina di kawasan tumpuan awam seperti lapangan terbang dan sebagainya.

Apa yang menariknya dalam coretan Kak Kay, beliau menyatakan kehidupan disana sememangnya sangat mudah dari segi skop pekerjaan.

Jika ada yang tertanya pekerjaan apakah yang akan kita lakukan disana untuk menyara hidup, beliau berkata tidak perlu untuk menjawat jawatan tertentu atau bekerja di bidang professional, di Perth kerja sebagai pencuci sahaja dibayar $25 per jam bersamaan RM75 duit Malaysia.

Ada kalangan rakyat Malaysia yang berhijrah kesana dengan mewujudkan pekerjaan sendiri dengan berniaga.

Di akhir coretan, beliau memberi tips cara mudah untuk berhijrah kesana adalah dengan menyambung pengajian.

Katanya lagi, "belajar kalau bayar sendiri pun masih mampu, trsut me".

Artikel diatas ditulis semula untuk pembaca HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Kenapa Ramai Rakyat Malaysia Berpindah Ke Perth? "