Tags:

Kerajaan Bekukan Pengambilan 1.5 Juta Pekerja Asing Serta-merta

By Hafiz.H Friday, February 19, 2016
Susulan berita kerajaan menimbang untuk membawa masuk seramai 1.5juta pekerja asing ke negara ini, hari ini memetik laporan TheStar, melalui kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah membuat keputusan untuk menggantung pengambilan kesemua pekerja asing termasuk dari Bangladesh.
Ahmad Zahid Hamidi


TPM turut menambah dalam kenyataannya itu, beliau menyarankan para majikan mengutamakan pengambilan pekerja tempatan berbanding pekerja asing.

Zahid dalam satu majlis mesra ramah bersama anggota tentera di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan berkata, penggantungan itu akan berkuatkuasa sementara kerajaan mengkaji semula program levi dua peringkat untuk pekerja asing.

Beliau turut menambah, mana-mana pekerja asing tanpa izin yang sedia ada dalam negara ini bakal dihantar pulang.

Dengan penggantungan ini, perjanjian persefahaman (MoU) diantara Malaysia dan Bangladesh yang telah dimeterai untuk membawa masuk seramai 1.5juta pekerja secara berperingkat akan ditangguh untuk seketika. - HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Kerajaan Bekukan Pengambilan 1.5 Juta Pekerja Asing Serta-merta "