Tags:

Laporan Penuh Susulan Kes Pengusaha Restoran Nasi Kandar Ditembak Mati Di George Town

By Hafiz.H Thursday, February 11, 2016
George Town: Amin Beyond Carwash atau nama sebenarnya Syed Amin Jainul, 46 tahun mati ditembak di Jalan Dato Keramat awal pagi Khamis hari ini.
Semakan latar belakang mangsa menunjukkan Syed Amen sedang menanti perbicaraan berhubung kes mengaibkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November lalu. - Foto Astro AWANI
Dia yang juga pengusaha restoran nasi kandar dan pusat mencuci kereta telah ditembak dari jarak dekat ketika berada di dalam kereta Mercedes Benz miliknya yang berhenti di depan sebuah pusat pameran motosikal berkuasa tinggi Ducati, kira-kira jam 3.30 pagi.

Lapor portal AstroAwani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa maut di tempat kejadian akibat lima das tembakan pada badan dan kepala.
"Mangsa diekori sebuah motosikal yang dinaiki dua orang dipercayai penjenayah. Salah seorang daripadanya turun dan melepaskan enam das tembakan, lima mengenai badan dan kepala mangsa manakala satu das tersasar.



"Pada masa sama, satu das tembakan turut dilepaskan ke arah dua orang anggota RELA yang sedang berkawal di premis tersebut namun tidak mengenai mereka," jelasnya.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan juga sedang dikenal pasti.

Menurut sumber, ahli perniagaan itu pernah menerima beberapa ancaman dan ugutan bunuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Amin Beyond pernah mendapat perhatian netizen gara-gara tersebarnya video dia pada tahun lalu.

Video tersebut dimana dia tampil menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan JPJ cawangan Batu Uban, Bayan Lepas berkaitan isu keretanya.

Video yang berdurasi 4 minit itu yang viral di media sosial mendapat sokongan ramai netizen. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Laporan Penuh Susulan Kes Pengusaha Restoran Nasi Kandar Ditembak Mati Di George Town "