Tags:

Lelaki Pukul Isteri Guna Kasut Akhirnya Ditahan

By Hafiz.H Tuesday, February 16, 2016
Minggu lalu telah tersebarnya klip video yang dimuatnaik di laman sosial Facebook dimana menunjukkan seorang lelaki telah memukul isterinya di sebuah plaza tol di Johor Bahru.

Terkini, dalam laporan dari portal mStarOnline memberitahu, lelaki berusia 44 tahun yang didakwa pelaku utama di dalam video itu telah diatahan polis di rumahnya semalam.


Lelaki tersebut telah ditahan di rumahnya di Taman Sri Kluang kira-kira jam 7.30 malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat memberitahu kepada sumber, penahanan itu dibuat selepas satu laporan polis dibuat berhubung insiden tersebut.

Lelaki tersebut mengaku menggunakan kasut untuk memukul isterinya di tepi jalan dekat Plaza Tol Ayer Hitam..

Lelaki tersebut turut memberitahu kepada pihak polis, punca dirinya bertindak sedemikian adalah kerana wanita itu suka berleter.

Klip video yang telah dimuatnaik di laman sosial itu telah ditonton hampir 250,000 kali dan kebanyakan netizen mengutuk tindakan lelaki itu yang menggunakan kekerasan terhadap isterinya. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Lelaki Pukul Isteri Guna Kasut Akhirnya Ditahan "