Tags:

Macam-macam Teori Kini Muncul Susulan Gol Ajaib Faiz Subri

By Hafiz.H Thursday, February 18, 2016
Setelah 'gol ajaib' pemain bola sepak skuad Pualu Pinang ini mendapat perhatian dunia termasuklah bekas legenda bola sepak dunia Roberto Carlos turut kagum dengan gol yang dihasilkan, kini muncul pula pelbagai teori dan perbincangan yang mula disebarkan oleh netizen di alam maya.
Tidak dapat dinafikan, kehebatan gol pemain ini mendapat perhatian dari segenap pelusuk maya, dengan analisis dari pelbagai sudut ilmu mula hangat diperbincangkan.

Laman Facebook Daily Sukan adalah antara yang memperincikan penghasilan gol berkenaan.


Video ni #abgdin dah share minggu lepas tapi tak tau la korang tengok ke tidak, Mari kita belajar balik Fizik dizaman...

Posted by Daily Sukan on Wednesday, February 17, 2016

The physics behind one of the most magnificent goals in the hi...
The physics behind one of the most magnificent goals in the history of footballIn 1997, Brazilian football player Roberto Carlos set up for a 35 meter free kick with no direct line to the goal. Carlos’s shot sent the ball flying wide of the players, but just before going out of bounds it hooked to the left and soared into the net. How did he do it?
Posted by Abeden Sports on Tuesday, February 9, 2016
Pada laman itu, mereka membincangkan mengenai teori fizik, di mana Teorem Bernoulli digunakan sebagai medium analisis.

Sebuah lagi laman Facebook, Axello Tacts, lebih gemar melihat gol yang dihasilkan itu dari sudut teknikal bola sepak, tanpa menafikan kewujudan elemen saintifik.



Anda terpegun dengan freekick Faiz Subri ? KNUCKLE BALL KE TU ?Ciri Ciri bola knuckle ballBola bergerak deras...
Posted by Axello Tacts on Tuesday, February 16, 2016
Menurut pemain yang berusia 29 tahun itu, katanya, 'rahsia' mendapatkan tendangan yang cantik itu adalah beliau sering membuat latihan tendangan percuma selama 15 minit setiap kali selepas tamat latihan.

Gol yang dijaringkan oleh pemain yang memegang posisi attacking midfielder ini disifatkan lebih menarik daripada gol yang dijaringkan Roberto Carlos ketika Brazil menentang Perancis pada tahun 1997. -HarianBlogger.Com

Rujukan: AstroAwani

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Macam-macam Teori Kini Muncul Susulan Gol Ajaib Faiz Subri "