Tags:

Netizen Kecam Gambar Photoshop Boleh Menang Peraduan Dianjurkan Nikon

By Hafiz.H Tuesday, February 2, 2016

Kuala Lumpur – Tembelang sudah pecah apabila gambar yang memenangi satu pertandingan yang dianjurkan oleh Nikon merupakan satu gambar yang telah diubahsuai.
Posting Nikon mengumumkan kemenangan Yu Wei.
Menurut laporan dari portal SuaraTV, peserta dari Singapura yang dikenali sebagai Yu Wei itu dikatakan menipu kerana mengunakan imej palsu kapal terbang melalui sebuah tangga.

Yu Wei sebelum ini mendakwa beliau telah merakam imej tersebut dengan mengunakan lensa kamera dan menghantar ‘hasil kerja’ yang telah diubahsuai itu untuk sebuah peraduan yang dianjurkan oleh Nikon.

Rata-rata pengguna media sosial kemudiannya menyelar tindakan tersebut sambil mempertikaikan kemenangan Yu Wei.

Selain menggesa agar pihak Nikon meneliti kembali gambar tersebut, mereka turut memuatnaik pelbagai imej dan status berbaur sindiran.

Antara komen menarik yang telah dimuat naik ialah dari John Hryniuk yang mendakwa Yu Wei berjaya mengulangi ‘kejayaannya’ merakam imej kapal terbang yang lebih banyak.


“Anda patut lihat gambar terbaru Yu Wei. Dia berjaya menangkap gamabar 10 kapal terbang yang baru berlepas serentak dengan sempurna” katanya dalam komen tersebut.

Richardson Lau turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu dari Nikon yang menguruskan pemilihan gambar ini.

"Saya bertaruh yang lelaki bo.doh di Nikon yang memilih gambar ini sebagai pemenang, tak dapat bezakan ianya jurugambar atau pengguna Photoshop” ujar beliau.

Benjamin Gerard Jose Byrne juga meluahkan rasa kecewa terhadap pihak Nikon yang tidak melihat perkara ini secara terperinci.

“Wow Nikon, sangat mengecewakan, jangan hanya memandang gambaran yang besar sahaja, tapi harus melihat perkara-perkara yang kecil juga kerana sejak bila kapal terbang boleh terbang rendah di Chinatown.” katanya.

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Netizen Kecam Gambar Photoshop Boleh Menang Peraduan Dianjurkan Nikon "