Tags:

Pegawai Penjara Digantung Kerja Lepas Videonya Menari Jadi Viral

By Hafiz.H Friday, February 12, 2016
Gara-gara menari di sebuah perarakan dan videonya menjadi viral di media sosial, seorang pegawai penjara digantung kerja serta-merta.

Dia yang pada asalnya hanya membuat persembahan untuk rakan-rakannya di sebuah bilik tidak menyangka gelagatnya itu telah dirakam dan terus tersebar di media sosial.


Sankaran 58 tahun telah mengambil bahagian dalam satu perarakan dan aksi menari itu dilakukan sekadar suka-suka sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Republik India.

Menurut laporan AstroAwani, video pegawai Penjara Pusat Salem Tamil Nadu ini telah tersebar di YouTube, Whatsapp dan Facebook sekaligus dia menjadi popular sekelip mata.

Video yang mendapat perhatian netizen itu telah sampai kepada pihak berkuasa dan mereka bertindak menyoal siasat Sankaran kerana menganggap tindakannya itu kurang sopan.

Pihak penjara mendakwa Sankaran telah menaikkan nama buruk kepada jabatan penjara tersebut. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Pegawai Penjara Digantung Kerja Lepas Videonya Menari Jadi Viral "