Pekerja Asing Di Malaysia: 5 Fakta Penting Yang Anda Perlu Tahu

By Hafiz.H Saturday, February 20, 2016
Minggu ini sahaja pelbagai isu hangat melibatkan pekerja asing telah diperdebatkan.

Mana tidaknya, dengan berita dimana Malaysia telah memeterai perjanjian MOU dengan Bangladesh sekaligus menimbulkan keraguan dan kemarahan dikalangan rakyat negara ini.
Gambar Hiasan
Dalam pada masa yang sama, semalam memetik dari laporan mengatakan Kerajaan bakal membekukan kemasukan pendatang asing ke negara ini, kebanyakan netizen membalas dengan respon mengatakan itu hanyalah polemik yang diada-adakan oleh kerajaan untuk 'mengambil hati' rakyat.

Walaubagaimanapun, itu hanyalah pandangan segelintir masyarakat yang ada sebahagian mereka kecewa dan gusar dengan isu perbandingan gaji dan monopoli kerja seolah-olah rakyat negara ini tidak berpeluang mendominasi pekerjaan yang selama ini dimonopoli warga asing.

Kegusaran yang berlaku dikalngan rakyat mengatakan masalah kebanjiran warga asing di negara ini akan membawa kepada masalah lain seperti masalah sosial disamping peluang pekerjaan yang sepatutnya diisi oleh warga tempatan kini kian terhad.

Samada suka atau tidak, kemasukan pekerja asing di negara ini ada pro dan kontra, kerana mereka juga memainkan peranan penting dalam sebahagian sektor utama di Malaysia.


Berikut, menerusi laporan dari Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan 5 fakta mengenai pekerja asing di Malaysia.

1. Berapakah bilangan pekerja asing di Malaysia diantara tahun 2000-2014?

Pada tahun 2013, Malaysia mencatatkan jumlah kemasukan pekerja asing paling tinggi di negara ini, iaiatu seramai 2.25 juta. Manakala yang paling rendah dicatatkan adalah pada tahun 2000 dengan jumlah pendatang asing sebanyak 800,000 orang yang datang bekerja disini.
Gambar Hiasan
Pada tahun 2000, pembantu rumah yang majoriti dari Indonesia menyumbang 22 peratus dari jumlah kemasukan pada tahun itu.

Pada 2014, bilangan pekerja asing bagi sektor(pembantu rumah) tersebut telah menurun kepada 7.5 peratus.

2. Majoriti Pekerja asing di Malaysia. Adakah mereka semua warga Bangladesh?

Pada tahun 2014, terdapat lebih 490,000 pekerja asing yang terdiri dari warga Nepal. Menjadikan warga Nepal sebagai pekerja asing kedua terbesar di negara ini.

Indonesia 817,000 orang

Nepal 490,000 orang

Bangladesh 296,000 orang

3. Adakah terdapat mana-mana pekerja asing lain selain dari Indonesia, Nepal dan Bangladesh?

Selain ketiga-tiga warga dari negara diatas, Malaysia adalah tuan rumah kepada pekerja dari Filipina, India, Myanmar dan Pakistan.

Menariknya lagi, bilangan pekerja asing dari Pakistan meningkat 11 kali ganda pada tahun 2004 dan 2005 dimana angka tersebut melonjak daripada 1156 orang kepada 13,297 orang.

Pekerja Nepal pula melonjak daripada bilangan 666 orang pada tahun 2000 kepada 48,000 orang pada tahun 2001.

5. Pekerjaan yang dilakukan oleh warga asing di Malaysia.

Tidak semua pekerja asing yang datang ke negara ini memilih pekerjaan dalam sektor pembinaan, malah pada tahun 2014,

747,000 orang pekerja asing bekerja di sektor pembuatan.

488,000 orang di bidang pertanian.

411,000 orang di bidang pembinaan.

Ironinya, majoriti pekerja asing yang datang kenegara ini tidak memilih sektor pembinaan sebagai keutamaan mereka.

5. Trend pekerja asing di Malaysia.

Laporan menunjukkan bilangan pekerja asing dari Kemboja, China, Myanmar dan Laos juga telah meningkat secara konsisten.

Pada tahun 2000 pekerja dari negara-negara ini hanya 2300 orang tetapi telah meningkat dengan konsisten dalam masa 4 tahun dengan bilangan mencecah 92,000 orang pada tahun 2014. -HarianBlogger.Com

Rujukan: AstroAwani

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Pekerja Asing Di Malaysia: 5 Fakta Penting Yang Anda Perlu Tahu "