Tags:

Pemain PQPTRW Kena Khatam Al-Quran Jika Mahu Tunggakan Gaji - DS Vida

By Hafiz.H Wednesday, February 17, 2016
Baru sahaja reda isu yang melibatkan Datuk Seri Vida dengan dakwaan yang mengatakan beliau terlibat dengan mempromosikan perniagaannya di sekolah, hari ini penaja utama skuad bola sepak negeri Kelantan itu mengeluarkan kenyataan yang beliau akan mempertimbangkan untuk melelong sebentuk cincin kesayangannya bagi membantu Persatuan Bola Sepak negeri itu untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain.
Dr Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata,  pertimbangan itu hanya akan dibuat dengan bersyarat iaitu sekurang-kurangnya lima pemain Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) perlu mengkhatam al-Quran.

Dr Vida menegaskan jika ingin gaji tertunggak diselesaikan segera, pemain perlu bersungguh-sungguh untuk menuruti syarat yang ditetapkan.

Walaubagaimanapun, syarat yang diberi adalah membabitkan tunggakan gaji pemain yang masih kekal bersama PQPTRW musim ini.



Beliau menambah, tunggakan gaji itu melibatkan pemain sekarang dan tunggakan gaji tersebut dibayar secara berjadual.

Dalam pada itu, Dr Vida mendedahkan mendedahkan semua pemain Kelantan yang beragama Islam diwajibkan untuk membaca al-Quran setiap petang sebelum memulakan sesi latihan.

Sesi tersebut adalah sebahagiaan prosedur operasi standard (SOP) yang wajib dipatuhi setiap pemain skuad Kelantan.

Katanya lagi, prosedur standard tersebut akan bermula seawal April ini.

Tujuan beliau menetapkan sesia tersebut adalah untuk menerapkan bukan sahaja aspek kesukanan, malah aspek kerohanian perlu diterapkan supaya pemain memperoleh ketenangan jiwa ketika beraksi di padang.

“Pemain PQPTRW bukan sahaja pandai bermain bola tetapi mereka turut akan dilengkapi nilai kerohanian. Saya cuba bawa ibadah ke dalam sukan agar apa yg kita impikan musim ini mendapat keredaan dan keberkatan-Nya,” kata Dr Vida. - HarianBlogger.Com

Rujukan: mStarOnline

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Pemain PQPTRW Kena Khatam Al-Quran Jika Mahu Tunggakan Gaji - DS Vida "