Tags:

Perjumpaan Tertinggi Illuminati/Freemason Didakwa Akan Diadakan Di Malaysia

By Hafiz.H Thursday, February 11, 2016
Kuala Lumpur: Perjumpaan peringkat tertinggi melibat pertubuhan yang dikenali seluruh dunia iaitu Illuminati atau Freemason bakal diadakan pada penghujung Februari ini lapor portal MalaysiaGazette.
Menurut dakwaan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah, perjumpaan akan diadakan di salah sebuah negeri di Malaysia.

Tambah beliau lagi, pihaknya akan memulakan pembongkaran dimana pertemuan tersebut dikatakan dilakukan secara rahsia dan pihaknya akan mempertikaikan kenapa kerajaan negeri terbabit memberi kebenaran.

"Kita semua wajib bantah pertemuan puak-puak ini. Walaupun saya dinasihatkan tidak mengacau kerana dikatakan gerakan mereka kuat dan besar tetapi saya yang berpegang pada agama Islam.

"Berpandukan perjuangan al-Quran rasa ianya harus dihentikan dan dibatalkan serta mohon pihak kerajaan negeri tersebut berikan penjelasan," jelas Armand Azha.


Armand Azha sebelum ini pernah membidas penggunaan logo Illuminati seakan-akan mata yang didakwa digunakan oleh Astro Hitz dan TV3.

Iluminati atau Gerakan Freemason adalah suatu gerakan yang tertubuh lebih seabad lalu bertujuan untuk melemahkan umat Islam dan mempunyai agenda tersendiri dalam menyebarkan propaganda dunia.

Ia lebih dikenali sebagai gerakan Dajjal sungguhpun sehingga kini tidak dapat dibuktikan secara terang akan kewujudannya. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Perjumpaan Tertinggi Illuminati/Freemason Didakwa Akan Diadakan Di Malaysia "