Tags:

Proton Perdana 2016 - Tempahan Kini Dibuka, Harga Sekitar RM100k-RM150k

By Hafiz.H Tuesday, February 16, 2016
Berdasarkan laporan dari portal automotif terkenal, PaulTan.Org, Proton Perdana 2016 telah pun membuka tempahannya kepada orang ramai bermula hari ini.
Harga seperti yang disiarkan sumber adalah sekitar RM100k hingga RM150k.

Kata sumber lagi, model terbaharu Proton Perdana 2016 ini banyak berasaskan dari model Honda Accord generasi sebelum ini.

Pengerusi Proton Tun Mahathir Mohamed turut hadir dalam pelancaran model terbaharu ini dalam satu majlis yang berlangsung pagi tadi di Pusat Kecemerlangan Proton (COE) Shah Alam.

Walaubagaimanapun, pengerusi Proton itu enggan mendedahkan bilakah tarikh yang sesuai untuk pelancaran rasmi model ini.


Antara sebahagian spesifikasi yang terdapat pada Proton Perdana 2016 ini adalah:
Kapasiti enjin: 2.4liter
Kuasa dan Pecutan sehingga 181 hp dan tork 222Nm.
Pedal kelajuan dan kawalan kelajuan.
Disertakan sistem hiburan dengan navigasi GPS dan fungsi kamera undur.
Penghawa dingin dua zon.
Cermin berkuasa anti-perangkap untuk bahagian depan.
Stereng boleh laras kecondongan dan teleskopik.
Tempat duduk pemandu boleh laras secara elektronik.

Model terbaharu Proton ini turut dilengkapkan dengan aspek keselamatan seperti dilengkapi beg udara(tidak dimaklumkan jumlahnya).

Kawasan kestabilan elektronik termasuk ABS dan EBD turut disediakan. -HarianBlogger.Com
Rujukan: Paultan

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Proton Perdana 2016 - Tempahan Kini Dibuka, Harga Sekitar RM100k-RM150k "