Tags:

'Rakyat Sekarang Semakin Malas & Memilih Kerja' - Nurulhidayah

By Hafiz.H Tuesday, February 16, 2016
Selepas Timbalan Perdana Menteri mendapat kritikan dan teguran dari pelbagai pihak berhubung kenyataannya mencabar golongan belia untuk melakukan  kerja 3D iaitu ‘dangerous’, ‘difficult’ dan ‘dirty’ jika tidak mahu pekerja warga asing dibawa masuk, Nurulhidayah Ahmad Zahid lantas bangkit untuk mempertahankan kenyataan bapanya.
Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid
Menurut laporan FreeMalaysiaToday, Zahid dalam mengatakan belia tempatan hanya mampu bertahan sebulan sahaja jika mereka bekerja di sektor yang selama ini dimonopoli warga asing.

NurulHidayah semalam, di akaun Instagramnya menulis, “Ingat TPM tu cakap suka2 dia? Ingat dia bercakap sebab dia lahir terus jadi TPM? Dia bercakap dari pengalaman dia. Berbanding dengan zaman 70’s dia, rakyat Malaysia sekarang memang semakin malas dan memilih kerja,” (Dipetik dari akaun instagram - @limatangonovzulu)


Ikon Belia negara itu turut menceritakan pengalamannya yang pernah bekerja dengan menerima gaji sebanyak RM1700 selepas sahaja tamat dari pusat pengajian tinggi suatu ketika dulu.

Beliau berkata demikian kerana gaji yang diperolehnya pada ketika itu pada masa yang sama bapanya masih belum lagi memegang jawatan sebagai menteri.

NurulHidayah sempat menambah, beliau juga pernah bekerja sambilan di sebuah medan selera ketika itu masih lagi dibangku sekolah semata-mata untuk menambah duit poket.

“Masa zaman sekolah dulu i curi-curi kerja medan selera kat Jaya Jusco Alpha Angle, Wangsa Maju sebab nak tambah duit poket. Cuti semester i kerja ikut production house cari pengalaman,”. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 'Rakyat Sekarang Semakin Malas & Memilih Kerja' - Nurulhidayah "