Tags:

Segumpal Rambut John Lennon Dilelong RM147,000 (Gambar)

By Hafiz.H Monday, February 22, 2016
John Lennon dahulunya menganggotai kumpulan Rock n Roll terkenal dunia TheBeatles sekitar tahun 1960-an dan seterusnya beliau bergerak solo sebelum meninggal dunia pada usia 40 tahun.
John Lennon atau nama sebenarnya John Winston Lennon berdarah kelahiran Liverpool, England adalah penyanyi berbangsa Inggeris.

Pada tahun 2012, Album solo beliau terjual melebihi 14 juta di pasaran Amerika Syarikat menjadikan popularitinya meningkat naik setelah pemergiannya.

Hari ini, dalam satu laporan TheGuardian, sebuah firma lelongan Heritage Auctions telah melelong segumpal rambut sepanjang 10 sentimeter yang dikatakan milik pencetus revolusi Hippies itu.


Segumpal rambut tersebut telah dilelong dengan harga AS$35,000(RM147,105) dan telah berajya dibida oleh seorang pengumpul dari Britain, Paul Fraser di dalam satu lelongan semalam.

Menurut sumber, rambut John Lennon disimpan oleh seorang tukang gunting rambut Jerman yang dikatakan memotong rambut penyanyi itu sebelum kumpulan itu(TheBeatles) memulakan satu penggambaran filem komedi bertajuk How I Won the War pada 1967.

Rambut berkenaan itu dilelong kerana mempunyai sejarah tersendiri. Ini menurut kenyataan syarikat lelongan itu menyatakan, rambut yang digunting itu adalah selepas sebulan kumpulan TheBeatles melancarkan album Revolver.

Selain rambut Lennon, beberapa barangan peribadi anggota The Beatles juga tersenarai untuk dilelong termasuk LP Please Please Me yang ditandatangi keempat-empat anggota kumpulan berkenaan.

Ada juga gambar dengan tandatangan mereka yang berlatarkan konsert di Liverpool pada Disember 1963 terbuka untuk dibida. -HarianBlogger.Com

Rujukan lain: HarianMetro

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Segumpal Rambut John Lennon Dilelong RM147,000 (Gambar) "