Kerja Sambilan Apakah Yang Popular Di Kalangan Rakyat Malaysia?

By Hafiz.H Wednesday, February 10, 2016
Memasuki tahun 2016 adalah suatu tahun baru dimana rakyat perlu sekali lagi 'survive' dalam negara yang semakin hampir dengan kegawatan ekonomi.

Ketidakseimbangan ekonomi, kekurangan peluang pekerjaan dan segala yang berakaitan membuatkan rakyat tidak boleh sentiasa berada di zon selesa.

Kesediaan dalam menghadapi segala kemungkinan, pengurusan kewangan yang baik adalah penentu kehidupan anda hari pada masa akan datang.

Dan tidak hairanlah jika ramai masyarakat kini telah melakukan lebih dari satu pekerjaan demi mengekalkan kestabilan ekonomi kehidupan mereka.

Tiada lagi zon selesa, malah kita lihat ramai yang telah memulakan pekerjaan tambahan disamping memiliki pekerjaan tetap.

Di bawah adalah beberapa pekerjaan yang dapat disenaraikan untuk panduan anda yang tercari-cari apakah sumber pendapatan tambahan yang sesuai.

Kerja sambilan apa yang popular di kalangan rakyat Malaysia? Senarai lapan kerja di bawah  ini mungkin boleh memberi anda serba sedikit idea:

1. Pegawai Promosi.
Deskripsi kerja sebagai pegawai promosi adalah mempromosikan barang jualan dan juga memberi penerangan berkaitan produk yang hendak dijual.

Gaji kasar sebagai seorang promoter adalah sekitar RM400-500 sehari bergantung pada jumlah 'sales' yang berjaya dibuat dalam sehari.

Manakala komisen turut dikira berdasarkan bilangan produk yang terjual.

Gaji tetap seorang promoter adalah lingkungan RM1,400-RM1,800 sebulan.

2. Pembantu Jualan di Kiosk@Pasaraya
Jika kita berkunjung di pusat-pusat membeli belah, pasti akan ada beberapa booth atau kiosk yang menjual barang-barang seperti case handphone, kerongsang, tudung dan ubat-ubatan.

Kebanyakan pemilik booth ini sering menggunakan pekerja sambilan dalam menguruskan kedai tersebut.

Gaji sebagai pembantu jualan booth sekitar lingkungan RM900-1,300 sebulan.

3. Restoran Makanan Segera
Restoran makanan segera umpama tumbuh seperti cendawan lepas hujan. Sejak dulu hingga kini restoran makanan segera atau fastfood sering kali mencari dan menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan muda khusunya yang baru tamat persekolahan dan universiti.

Hampir setiap masa jawatan kerja kosong diiklankan.

Skop untuk pekerja sambilan fastfood adalah seperti penghantar makanan, juruwang dan pelayan.

Gaji dibayar berdasarkan jam.

4. Blogger
Jika dilihat sepuluh tahun lalu, blogger salah satu medium media sosial dimana tempat sekadar mengisi masa lapang berkongsi apa sahaja.

Kini ia semakin beralih kepada suatu peluang membuat duit(lubuk duit).

Mana tidaknya kebanyakan blogger hari ini memilih blogger sebagai pekerjaan sambilan yang menyeronokkan.

Ada juga dikalangan blogger hari ini menjadikan pekerjaan ini sebagai kerjaya sepenuh masa kerana memperoleh pulangan lumayan disamping masa yang fleksibel.

Syaratnya, penulisan adalah tarikan utama untuk mengajak pelawat maya berkunjung ke blog anda.

Review produk atau menyediakan servis adalah sebahagian skop kerja sebagai seorang blogger.

Bayaran yang diperoleh bergantung kepada pihak pengiklan.


5. Pensyarah sambilan / guru tuisyen
Kebanyakan pusat pengajian terutamanya swasta seringkali menawarkan peluang sebagai pengajar di sesebuah institut terbabit.

Dan disebabkan itulah peluang untuk bekerja dalam bidang ini agak terhad berbanding pekerjaan sambilan yang lain.

Memerlukan kelayakan khusus paling tinggi berbanding kerja-kerja sambilan lain.

6. Despatch / runner
Menjadi depacth, runner atau budak penghantar adalah suatu kerja sambilan yang semakin mendapat tempat.

Banyak peniaga, individu di luar sana memerlukan khidmat seorang runner. Tidak hairanlah jika gaji seorang runner mampu mencecah RM100-150 sehari hanya dengan mengambil upah penghantaran.

Keadaan semasa masyarakat yang sentiasa sibuk sehingga tidak masa untuk melakukan sebarang urusan seperti pembayaran bil, membeli barang keperluan atau menghantar barang menjadikan ia sebagai peluang keemasan kepada seorang runner/despatch.

Caranya mudah, tawarkan perkhidmatan anda di Facebook, di media-media sosial lain seperti Instagram, Blog atau twitter.

Nyatakan skop kerja anda dan tawarkan bayaran upah pada harga yang berpatutan.

7. Ejen jualan
Ejen jualan syarikat MLM atau apa sahaja yang berkaitan adalah sangat popular dikalangan masyarakat Malaysia khususnya pelajar universiti.

Selain itu menjadi ejen syarikat insuran juga mampu memberi keuntungan lumayan buat anda.

Tidak perlu sebarang kelayakan, apa yang diperlukan adalah minat dan kesungguhan untuk menjadi seorang ejen jualan(latihan diberikan).

Bayaran gaji berdasarkan komisen setiap jualan, makin tinggi jualan maka makin tinggilah gaji anda.

8. Perunding Kewangan
Perunding atau konsultan sambilan mempunyai waktu kerja flexible. Syarikat-syarikat insurans biasanya menawarkan jawatan kosong perunding sambilan dengan kelayakan diploma atau ijazah yang mana pendapatan bulanan boleh mencecah RM2,000-3,000. Apa yang lebih menarik, latihan juga akan diberikan. -HarianBlogger.Com

Rujukan Tambahan: SinarHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Kerja Sambilan Apakah Yang Popular Di Kalangan Rakyat Malaysia? "