Tags:

Tinted Cermin Kereta: Kadar Denda Baru JPJ Tidak Munasabah

By Hafiz.H Saturday, February 20, 2016
Suslan berita kementerian pengangkutan mengenakan denda kepada pesalah yang melanggar spesifikasi penggunaan cermin gelap, hari ini melalui laporan sumber, memberitahu denda yang dikenakan oleh kementerian adalah suatu tindakan yang tidak munasabah.

Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) berkenaan akta yang telah digubal oleh kerajaan pada awal Februari lalu.

Kadar denda yang dikenakan dimana kesalahan pertama adalah kompuan sebanyak RM2000 atau penjara 6 bulan dan untuk kesalahan berulang pula adalah kompuan RM4000 atau penjara 12 bulan merupakan hukuman yang tidak wajar sama sekali.
GambarHiasan


Badan NGO berkenaan turut menyifatkan kadar berkenaan adalah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kadar lala iaitu denda RM500 atau penjara 2 minggu.

Turut berkata, kerajaan perlu menimbang semula penggunaan cermin gelap ini faktor penggunaan cermin gelap adalah disebabkan keadaan cuaca suhu semasa yang semakin tinggi.

Penyelaras NGO berkenaan turut menyoal mengapa kenderaan rasmi kerajaan dan VIP dikecualikan dari dan ada kenderaan rasmi kerajaan yang menggunakan cermin gelap dengan kadar 0 peratus ketelusan cahaya.

SAMM turut menemplak sesetengah alasan dari kerajaan yang mengatakan kenderaan rasmi kerajaan bercermin gelap adalah tujuan keselamatan, sedangkan rakyat biasa juga perlu menjaga keselamatan mereka malah pelbagai laporan polis telah dibuat berkenaan kes pecah cermin dan kecurian. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Tinted Cermin Kereta: Kadar Denda Baru JPJ Tidak Munasabah "