Unit 731 WW2 Kisah Kekejaman Jepun Yang Disenyapkan

By Hafiz.H Monday, February 8, 2016
Ketika Perang Dunia meletus terutama di Asia, tentera Jepun pada ketika itu melakukan perluasan kuasa di negara-negara jajahannya seperti di China, Filipina, Malaysia, Singapura, Hindia Timur Belanda(Kini Indonesia) dan lain-lain negara Asia ketika imperialisme Jepun.

Jika di Eropah kita sedia maklum dengan perluasan kuasa Nazi dimana peristiwa Holocaust mula tercetus tidak kurangnya di Asia turut berlaku persitiwa yang serupa digelar Holocaust Asia hasil kekejaman anggota tentera empayar Jepun.

Peristiwa ini tercetus sekitar abad ke 19 perluasan empayar Jepun di Asia ketika di era Showa.

Era Showa adalah nama yang diberi kepada pemerintahan Maharaja Hirohito, sehingga kekalahan tentera Empayar Jepun, pada tahun 1945.
Umum tidak mengetahui dimana ketika perang dunia kedua suatu ketika dulu terdapat unit rahsia tentera Jepun ditubuhkan yang diberi nama Unit 731.

Unit adalah berperanan untuk menjalankan eksperimen ke atas orang awam dan tawanan perang di China.

Unit 731 pada ketika itu dikendalikan oleh General Shiro Ishii.
Leftenan General Shiro Ishii


Mangsa yang bakal diujikaji akan menjalani eksperimen seperti pemotongan tangan tanpa sebarang bius kerana mereka percaya jika bius dimasukkan terhadap mangsa, maka ia akan menjejaskan keputusan eksperimen tersebut.

Dalam satu ujikaji, mangsa dibedah hidup-hidup dan organnya direntap keluar.

Pemimpin Jepun pada ketika itu melihat senjata biologi mungkin dapat memurahkan lagi kos dalam mengawal China dalam taklukan mereka sambil meluaskan empayar baru mereka ke Timur Jauh.

Dalam sistem pertahan Jepun, Unit 731 lebih sinonim dikenali sebagai  ‘Kempeitai Political Department and Epidermic Prevention Research Laboratory’.

Ironinya, Unit 731 bukan sahaja menjalankan eksperimen terhadap manusia, tetapi lebih kepada menghasilkan senjata pemusnah besar-besaran terhadap China dan Soviet.
‘Kempeitai Political Department and Epidermic Prevention Research Laboratory’.
Seumpaman seperti kem Yahudi ketika peristiwa Holocaust di Eropah, mangsa dijadikan 'tikus makmal' dan ditempatkan di kem tahanan.

Kawasan unit 731 dilengkapi dengan sebuah lapangan terbang, laluan kereta api, berek, penjara, makmal, bilik operasi, tempat pembakaran mayat, panggung wayang dan bar dan kuil.

Dikatakan, mereka yang menjadi bahan kajian Unit 731 tidak pernah keluar daripada kompleks tersebut hidup-hidup. Dari tahun 1936 hingga 1942, dianggarkan hampir 12,000 termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak diseksa hingga mati di dalam kompleks tersebut manakala hampir 200,000 yang terbunuh dalam ujikaji senjata biologi.

General Shiro Ishii yang pada ketika itu berperanan sebagai Pegawai Perubatan tentera Jepun dan anak didik kepada tentera menteri Sadao Araki ditempatkan dalam Makmal Penyelidikan Pencegahan Wabak Tentera.

Shiro Ishii berperanan sebagai pencetus utama menganjurkan Penyelidikan berkumpulan rahsia, "Unit Togo", bagi menjalankan pelbagai bahan kimia dan penyiasatan biologi di Manchuria. Ishii telah mencadangkan penciptaan satu unit penyelidikan Jepun biologi dan kimia pada tahun 1930.

Tikus Makmal
Di unit makmal kem tahanan tersebut, pembedahan hidup-hidup adalah suatu perkara biasa yang dilakukan mereka. Dalam satu kejadian, Ishii memerlukan otak manusia untuk dibuat ujikaji, maka seorang mangsa tawanan perang diperlakukan kejam dengan tengkoraknya dibelah dengan kapak dan organ terebut direntap keluar. Wanita yang tengah hamil dibelah perutnya dan dikeluarkan untuk dikaji. Tawanan perang lain dipotong kakinya dan disambungkan kebahagian lain di badan mereka.
Dalam eksperiman lainnya, dua orang tawanan dikurung dalam bilik dan yang udaranya dipenuhkan dengan gas Phosgene. Ada yang disuntik dengan Potassium Cyanide dan ramai yang rentung akibat renjatan elektrik yang berkuasa 20,000 Volt. Dalam satu insiden lain, tawanan perang yang tertangkap dilupuskan dengan suntikan racun dan dibiarkan mati secara perlahan-lahan.

Ada juga yang mati dipanggang secara perlahan dengan menggunakan kuasa volt yang rendah.Tahanan lelaki dan wanita dijangkitkan dengan sifilis dan gonorrhoea melalui seks paksa. Tahanan juga disuntik dengan kuman seperti Anthrax, Cholera dan Pubonic Plague dalam mengkaji kesan-kesan kuman tersebut ke atas manusia.
Unit tersebut juga sangat berminat dengan eksperimen ‘frostbite’ di mana ia mengurangkan kecekapan pertahanan tentera semasa musim sejuk. Tawanan dibogelkan dan disejuk bekukan hidup-hidup. Kemudian, mereka dinyah bekukan dengan pelbagai teknik ujikaji dalam mencari solusi untuk gangren. Adalah suatu perkara biasa untuk tawanan yang telah dibekukan ini, dipukul limpanya sampai berlubang untuk menandakan proses pembekuan sudah lengkap. Semua eksperimen yang dilakukan direkodkan dengan teliti.

Dalam eksperimen yang melibatkan ‘hanging material’, contohnya manusia, digantung secara terbalik dalam menentukan berapa lama ‘tikus makmal’ tersebut boleh tercekik hingga mati.

Buah pinggang tawanan perang kebiasaannya akan disuntik dengan air kencing kuda. Makanan dan minuman yang diberikan kepada tawanan perang dicampurkan dengan cholera, heroin, minyak biji kastor dan lain-lain patogen. Badan tawanan pula didedahkan dengan cahaya XRay secara berlebihan.
Untuk menguji senjata biologi kuman yang dibangunkan di Unit 731, pinggir bandar dijadikan padang ujikaji di mana sungai dan perigi di sekitarnya diletakkan kuman oleh pasukan khas yang ditugaskan oleh Unit 731.
Selepas beberapa hari, mereka kembali ke tempat kejadian dan membuang mayat penduduk ke dalam perigi dan kampung tersebut dibakar untuk memusnahkan bukti. Tidak cukup dengan itu, kapal terbang digunakan untuk menyebarkan plague jangkitan tikus yang telah dihasilkan di bawah kendalian Ishii di Bandar Ningbo yang menyebabkan ramai mati mengejut tanpa rawatan.
Tanpa rasa bersalah, Ishii mengedarkan hasil kajiannya ke seluruh masyarakat Jepun dengan menyebut para tawanan yang menjadi mangsa eksperimen sebagai ‘monyet’ di mana dia sendiri yang patenkan lebih 200 penemuannya melalui penyelidikan yang mengorbankan ramai nyawa manusia.
Latarbelakang Jeneral Shiro Ishii

Lahir pada 25 Julai 1892 di Tokyo, Ishi telah mempelajari bidang perubatan di Kyoto Imperial University dan telah menyertai Army Medical Corps.

Ishii seterusnya dihantar ke Eropah sebagai pegawai diplomatik pada tahun 1928.

Ketika di Eropah Ishii mempelajari bidang perubatan berkaitan Biologi dan melakukan penyeldikan tentang senjata Biologi selama dua tahun.

Selepas itu, Ishii dianikkan pangkat sebagai Mejar dan telah menubuhkan pusat mikrobiologi yang melibatkan penggunaan dan neutralisasi senjata biologi dan kimia di mana ia melibatkan manusia sebagai bahan eksperimen. Pada tahun 1932, Ishii dinaikkan pangkat kepada Leftenan Kolonel dan mengetuai Unit 731.

Dalam pemerintahan imperialisme Jepun, Ishii digelar Father of Biological Warfare (Bapa peperangan biologi).

Kecendurangan Ishii bukan sahaja terhadap eksperimen yang melibatkan manusia, malah dia dikenali sebagai kasanova kerana kerap mengunjungi rumah-rumah pelacuran (geisha) di Tokyo.

Unit 731 kekal menjadi misteri sebagai satu jabatan rahsia ketenteraan Jepun.

Setelah perang tamat, kompleks makmal dan kem tahanan unit 731 di China dimusnahkan dan ahli unit tersebut telah mengankat sumpah dimana perlu merahsiakan kegiatan gila yang dilakukan mereka.

Segala rekod penyelidikan, kemudahan di kompleks tersebut dan rekod pembunuhan besara-besaran dilenyapkan.

Shiroo Ishii pulang ke negaranya dan telah dinaikkan pangkat sebagai Leftenan General.

Rentetan dari kekejaman Unit 731 ini, Amerika dan Soviet telah mengimplikasikan peristiwa tersebut dan bermulalah era perang biologi.

Perang biologi secara simboliknya hanya hanya menggunakan kekuatan tentera yang kecil dan medium teknologi yang murah, mampu mengalahkan kekuatan batalion yang besar walaupun kuasa besar dunia sudah diperkasakan dengan senjata nuklear dan kimia.

Unit 731 meninggalkan sebuah legasi paling kejam dalam sejarah jenayah perang.

Lebih mengejutkan lagi, Ishii tidak dipenjarakan kerana telah diberikan imuniti oleh American Occupation Authorities.

Dia menamatkan hayatnya kerana menghidap kanser tekak. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Unit 731 WW2 Kisah Kekejaman Jepun Yang Disenyapkan "