Tags:

Ustaz Trauma Akibat Dibelasah Polis Dalam Roadblock

By Hafiz.H Monday, February 15, 2016
GURUN, KEDAH: Seorang Ustaz trauma apabila mendakwa dipukul dan disepak dua anggota polis yang menahannya dalam satu sekatan jalanraya di Gurun Kedah.

Sebelum kejadian pada 9 Februari lalu, mangsa Mohamad Naim Zakaria 30 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Haji Majid, Guar Chempedak.


Menurut laporan Astro Awani, mangsa adalah guru agama di sebuah sekolah kebangsaan telah ditahan oleh dua orang anggota berpangkat Sarjan dan Koperal untuk pemeriksaan lanjut pada malam kejadian berkenaan.

Naim berkata, beliau terus digari dan dibawa masuk ke dalam balai berkenaan secara paksa tanpa mengetahui kesalahan yang dilakukan.

"Depa cekak baju saya, tarik rambut belakang dan tolak saya masuk dalam balai macam penjenayah betul, selepas saya melangkah kaki ke dalam pagar balai terus depa(mereka) tumbuk, sepak dan tendang"

Selepas ditahan hampir 5 jam di lokap, Mohammad Naim kini mahu maruah dirinya dipertahankan. Seketika itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Mat Zuki Mat Isa mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut seksyen 323 kanun keseksaan.

Katanya lagi, siasatan dalaman turut dilakukan terhadap dua anggota polis terbabit. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Ustaz Trauma Akibat Dibelasah Polis Dalam Roadblock "