Tags:

Wanita Luah Rasa Kecewa, Ada Individu Jual Nombor Giliran Di JPJ

By Hafiz.H Friday, February 19, 2016
Berurusan dengan premis kerajaan adalah suatu perkara yang sinomin bagi masyarakat kita.

Kesulitan yang seringkali wujud apabila berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan adalah perkara biasa yang kita perlu hadapi kerana setiap hari hampir puluhan malah ratusan pelanggan yang datang untuk menyelasaikan urusan masing-masing.

Tetapi malangnya, ada juga segelintir individu yang mengambil kesempatan disebalik kesulitan ini.

Kemudahan yang disediakan telah diaplikasikan oleh golongan ini demi mengaut keuntungan.

Menerusi garis masa Facebook seorang wanita yang menggunakan nama E-en Barbarra La' Perez meluahkan rasa kecewa apabila dia didatangi oleh golongan ini.

Apa yang mengejutkan wanita ini adalah, individu yang datang kepadanya menawarkan nombor giliran yang lebih awal untuk segera berurusan dengan pihak JPJ.

Dengan tawaran itu, dia perlu membayar sejumlah yang dinyatakan untuk mendapatkan angka giliran tersebut.

Kejadian yang begitu janggal ini berlaku di sebuah Jabatan kerajaan JPJ disebuah daerah di negeri Selangor.

Ikuti sepenuhnya rentetan kisah di bawah.


Dari Facebook E-en Barbarra La' Perez - Masih menunggu nombor giliran di JPJ untuk memperbaharui lesen memandu, tiba-tiba saya didatangi oleh seorang individu dan dia menawarkan kepada saya,

"Adik awak nak cepat ke? Kalau nak cepat saya boleh tolong.." ujar lelaki terbabit.

Saya pun pelik, nak tolong bagaimana?

Lalu lelaki tersebut memberitahu, Dia meminta agar membayar sejumlah wang RM50 dan nombor giliran awal diberi.

Nombor tersebut telah diambil pada masa yang awal ketika premis tersebut mula beroperasi.

Tak sangka dekat JPJ ada manusia yang sanggup buat perniagaan sebegini rupa.

Patutlah pelanggan menunggu hampir berjam-jam kerana nombor giliran beribu-ribu untuk menunggu, pada awalnya telah diambil oleh golongan seperti ini di kaunter. Dan malangnya mereka sibuk menjual kepada pelanggan yang lain.

Yang lagi memelikkan adalahkejadian sebegini berlaku di Jabatan Kerajaan.

Golongan ini sering memenuhi di luar pintu pejabat semata-mata ingin menawarkan angka giliran yang lebih awal.

Menurut apa yang diperkatakan diatas, kejadian ini berlaku di sebuah JPJ daerah Padang Jawa di Selangor.

Bayangkan jika mereka menawarkan dengan harga RM50 bagi setiap seorang, berkemungkinan besar purata pendapatan yang diperoleh sehari melebih dari seorang pelanggan maka ratusan ringgit dapat dikaut sebagai 'collection' harian mereka.

Dalam pada itu,wanita ini meluahkan rasa kecewa kerana kegiatan sebegini bukan dilakukan oleh seorang individu, tetapi ia dilakukan lebih dari itu.

Beliau turut meluahkan rasa hairan seolah-olah pihak keselamatan dan pegawai disitu seumpama tidak menghiraukan kegiatan ini berlaku.

"Saya pergi ambil nombor pada jam 12, pada jam 3 baru nombor dipanggil, tapi malangnya kaunter untuk saya berurusan telahpun ditutup menyebabkan urusan saya di disitu terpaksa ditangguhkan, sedangkan apa yang saya lihat tidaklah ramai sangat pelanggan di JPJ itu." Ujarnya. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Wanita Luah Rasa Kecewa, Ada Individu Jual Nombor Giliran Di JPJ "