Browsing "Older Posts"

Cari Calon Isteri Keempat Bagi Bantu Capai Sasaran 100 Anak

By Hafiz.H → Thursday, March 31, 2016
QUETTA, PAKISTAN: Seorang doktor di bandar ini yang mempunyai 35 anak dari tiga isteri merancang untuk memiliki 100 cahaya mata kerana percaya anak yang ramai boleh membantunya masuk ke syurga.
JAN (berjambang) bersama anak-anaknya ketika ditemu bual wartawan di Pakistan.


Jan Mohammad, 43, berkata, untuk mencapai cita-citanya itu dia kini mahu mencari gadis untuk menjadi isteri keempatnya secepat mungkin.

“Saya mahu mempunyai 100 anak dan dengan izin Tuhan, anak-anak saya akan membantu saya masuk ke syurga,” katanya.

Tiga isteri Jan, Bibi Naz Gul, 32, Noor Bibi, 28, dan Hayat Bibi, 25, sudah melahirkan 14 anak lelaki dan 21 anak perempuan.

Dua isterinya baru melahirkan bayi perempuan beberapa minggu lalu, tetapi Jan sudah merancang untuk berkahwin sekali lagi.

Rujukan: HarianMetro

Awas: 10 Tanda Penyakit Kencing Manis Pada Wanita

By Hafiz.H →
Amalan pemakanan yang manis atau tinggi kadar gula menyebabkan baik lelaki mahu pun wanita berisiko tinggi untuk terkena penyakit diabetes atau kencing manis.
Namun tak ramai tahu simptom atau tanda-tanda penyakit kencing manis pada wanita berbeza sedikit dengan lelaki. 10 tanda ini antara yang dialami oleh pesakit kencing manis wanita. Sila awasi!

1. Jangkitan kulat

Jangkitan kulat yang sinonim dengan pesakit kencing manis wanita adalah Candida albicans. Ia penyebab kepada masalah keputihan yang sering dialami wanita.

Jangkitan kulat lain juga boleh berlaku pada bahagian badan lain seperti ulser pada mulut, celah jari kaki mahu pun kuku.

2. Jangkitan salur kencing

Sakit ketika hendak buang air kecil disertai rasa panas adalah antara yang dirasai oleh wanita yang mengalami masalah jangkitan saluran kencing.

Salah satu punca jangkitan ini adalah kesan dari kadar glukosa tubuh yang tidak teratur.

3. PCOS

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS), masalah kesihatan wanita yang terjadi akibat gangguan keseimbangan hormon. Ia boleh menjadi indikasi kepada penyakit diabetes.

Kebanyakan pesakit ini turut menghadapi masalah berat badan yang seringkali dikaitkan dengan penyakit kencing manis.

4. Disfungsi seksual

Tidak bernafsu untuk melayan suami sejak akhir- akhir ini? Salah satu gejala kencing manis manis adalah penurunan nafsu atau ghairah untuk seks.

5. Sering lapar dan haus

Kadar gula darah yang tinggi boleh menyebabkan anda lebih cepat rasa lapar dan haus. Jika anda berasa perkara ini dalam tempoh yang lama sila dapatkan pemeriksaan doktor.

6. Kerap buang air kecil

Tanda biasa pesakit diabetes yang dialami wanita dan juga lelaki adalah kerap buang air kecil.

7. Penyakit kulit


Sering mengalami penyakit kulit termasuklah gatal-gatal selain berasa kebas pada bahagian tangan dan kaki. Pesakit kencing manis memang kerap berdepan masalah penyakit kulit.

8. Berat badan turun

Walaupun kerap makan tapi wanita yang mengalami penyakit kencing manis akan tetap mengalami penurunan berat badan. Ada juga yang turut mengalami penambahan berat badan.

9. Mudah penat

Penyakit kencing manis juga menyebabkan anda mudah penat walau pun tidak melakukan kerja berat, pandangan kabur dan rasa mual. Awas jika situasi ini sering anda rasai.

10. Luka lambat sembuh

Satu keluhan yang biasa didengar dari pesakit kencing manis adalah luka yang dialami akan mengambil masa untuk sembuh. Jika ini berlaku pada anda setiap kali luka, sila dapatkan pemeriksaan.

Dapatkan pemeriksaan jika kebanyakan simptom di atas sudah anda alami untuk kepastian tentang penyakit ini.

Rujukan: Vanillakismis

RM35 Sehari Rawat Seorang Penagih Dadah - KDN

By Hafiz.H →
KUALA LUMPUR, 31 Mac - Sebanyak RM7.9 juta dibelanjakan kerajaan sejak 2013 hingga tahun lalu bagi kos rawatan pemulihan dadah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini jumlah berkenaan dianggarkan bersamaan RM35 perbelanjaan sehari bagi rawatan pemulihan seorang penagih.
Hiasan


"Jumlah ini meliputi RM2.9 juta pada tahun 2013, RM2.45 juta (2014) dan RM2.5 juta tahun lalu," katanya menjawab soalan tambahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) berkenaan kesediaan kerajaan mengubah polisi dari segi rawatan ketagihan dadah sebagai satu penyakit dan bukan sebagai satu jenayah memandangkan kos rawatan pemulihan dadah adalah tinggi.

Mengulas lanjut Nur Jazlan berkata buat masa sekarang, negara masih lagi meneruskan dasar membanteras dadah sebagai satu jenayah.

Menjawab soalan asal Khalid, Nur Jazlan berkata menurut statistik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) jumlah terkumpul penagih di negara ini sejak Januari 2010 sehingga Disember tahun lalu seramai 127,606 orang, iaitu 88,597 penagih baharu manakala 39,009 lagi adalah penagih berulang.

Katanya, untuk tempoh itu Pulau Pinang mencatatkan bilangan penagih tertinggi dengan 18,889 orang manakala dari segi pecahan etnik, penagih Melayu adalah yang tertinggi iaitu 100,240 orang.

Rujukan: Bernama

Polis Dedah Punca Sebenar Kes Murid Tahun Dua Potong Lidah Sendiri

By Hafiz.H →
Shah Alam: Tiada kejadian buli berlaku terhadap murid di sekolah di Klang yang mendakwa dipaksa menggunting lidahnya sendiri minggu lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, sebaliknya murid tahun dua itu cedera pada lidah ketika bermain gunting milik rakan sekelasnya.

Katanya, tiada sebarang bukti diperolehi sepanjang siasatan yang dijalankan sejak 25 Mac lalu bagi mengukuhkan dakwaan murid terbabit dipaksa sekumpulan pelajar menggunting lidahnya.


"Berdasarkan laporan yang dibuat guru sekolah itu turut mendapati, tiada sebarang keterangan sokongan yang boleh membabitkan pelajar lain dalam kes berkenaan.

"Kes dianggap selesai kerana murid itu bukan dibuli dan kecederaan yang dialami adalah kerana kecuaian diri sendiri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor tadi.

Abdul Samah berkata, tiada tindakan diambil selepas Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan laporan hasil siasatan.

Dalam kejadian Khamis minggu lalu, murid tahun dua mendakwa dipaksa menggunting hujung lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima murid senior ketika sesi persekolahan sedang berlangsung.

Rujukan: HarianMetro

5 Perkara Ini Akan Terjadi Jika Ibu Bapa Selalu Jerit Dan Tengking Anak

By Hafiz.H →
Mendidik dan membesarkan anak bukan satu yang mudah. Selain kasih sayang, ibu bapa juga perlukan kesabaran yang tinggi untuk berdepan dengan tingkah laku anak.
Tatkala berdepan dengan kerenah anak yang tidak berkenan di mata, kesabaran ibu bapa ada masa terhakis juga. Memukul mungkin tidak tapi ramai ibu bapa hari ini yang menjerit dan menengking anak.

Anak yang setiap hari dihadapkan dengan cara didikan ibu bapa yang menjerit dan menengking ini sebenarnya memberi kesan negatif pada perkembangan diri mereka dalam jangka masa panjang. Antaranya adalah seperti berikut.

1.Memberontak

Anak memerlukan dorongan positif dalam hidup, mereka perlu diberi peluang untuk meneroka dan mencuba perkara baru. Tegahan dan sikap ibu bapa yang selalu marah dan melarang sebenarnya akan membuat mereka tertekan secara emosional dan sampai satu tahap tak mustahil dirinya memberontak.

2. Menakutkan anak

Ibu bapa mungkin bercakap dengan anak dalam nada tinggi dengan maksud untuk memberi peringatan. Tapi sebenarnya bagi anak-anak kecil ia menjadi pengalaman yang menakutkan dan mengancam keselamatan mereka. Malah boleh menimbulkan perasaan trauma.

3. Jadi sebahagian sikap anak 

Anak meniru perbuatan orang tua mereka. Jika ibu bapa membesarkan anak dengan persekitaran penuh jeritan  maka anak juga akan dibentuk dengan sikap demikian.

Tak mustahil anak tak rasa satu kesalahan bercakap dengan ibu bapa dengan nada suara yang tinggi.


4. Hilang keyakinan diri

Akibat selalu dimarah, ditegah dan ditengking lama kelamaan keyakinan diri anak terhakis. Dia jadi rendah diri dan sentiasa takut untuk berdepan perkara baru.

5. Masalah tingkah laku

Anak yang kerap dijerit dan ditengking membesar menjadi seorang yang kasar, kurang sabar dan amarah. Mereka mungkin akan dilihat oleh orang luar sebagai bersikap kurang ajar.

Ibu bapa sudah tentu tidak mahu anak berakhir dengan semua sikap negatif ini, jadi sebaiknya hentikan kebiasaan sukar menjerit dan menengking anak. Sentiasa ingat kesan ini setiap kali hendak bersuara pada anak.

Rujukan: Vanillakismis

Buli Lagi: Pelajar Melecur Akibat Diseterika Senior

By Hafiz.H → Wednesday, March 30, 2016
JEMPOL - Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah berasrama di sini melecur dibahagian perut selepas ditekap seterika oleh pelajar senior di sekolah sama Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Noorzainy Mohd Noor berkata, insiden pada Ahad lalu sekitar jam 11 malam ketika mangsa bersama 4 lagi rakannya termasuk senior berkenaan berada di sebuah bilik di asrama itu.


"Mereka berada di bilik tersebut untuk memotong rambut namun berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan pelajar senior berusia 15 tahun itu.

"Pelajar senior itu dipercayai bertindak menolak mangsa sehingga terkena seterika dalam bilik berkenaan, lalu terkena siku mangsa.

"Mangsa memberitahu bahawa seterika itu panas, walau bagaimana pun pelajar senior itu mendakwa mangsa menipu dan bertindak meletakkan seterika itu di bahagian perut mangsa sehingga melecur,"katanya selepas mengesahkan laporan berkenaan, hari ini.

Noorzainy berkata, walau bagaimanapun mangsa telah dibawa mendapatkan rawatan susulan di klinik oleh pihak sekolah namun dibawa semula ke klinik berdekatan pada keesokan harinya dan mendapat surat cuti sakit selama tiga hari.

"Ibu mangsa yang mengetahui kejadian itu mengambil keputusan untuk berbincang mengenainya dengan pihak sekolah yang mana pihak sekolah mencadangkan agar pelajar senior itu dimeritnya dipotong.

"Namun keputusan itu tidak dipersetujui keluarga mangsa lalu membuat laporan polis pada jam 5.43 kelmarin yang mana polis membuka siasatan di bawah Seksyen 324 KK kerana mendatangkan kecederaan menggunakan objek.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dan beberapa tindakan telah diambil bagi melengkapkan siasatan," katanya.

Rujukan: SinarHarian

Yuna Dibayar RM80,000 Untuk Nyanyi 1 Lagu?

By Hafiz.H →
"Nyanyi dengan suara malas camtu pun boleh dapat RM80,000? Biar betul?!" demikianlah pandangan yang dilontarkan oleh seorang forumer di mForum Cari.

Menurut forumer Cabai99, dia terkejut bilamana mendapat tahu penyanyi Yuna menerima bayaran RM80,000 untuk nyanyikan sebuah lagu.

"Terperanjat saya dengar payment yang Yuna dapat. Satu lagu dia dapat RM80,000! Pada saya, tak berbaloi langsung harga dengan suara begitu.

"Shila Hamzah pula saya dengar dapat RM50,000 untuk satu lagu. Tetapi sekurang-kurangnya dia femes juga di China. Yang Yuna ini, macam suam-suam kuku saja," katanya.


"The fact yang dia dapat RM80,000 untuk satu lagu itu membuktikan bahawa dia bukan suam-suam kuku. Dia dah collab dengan Pharrel dan berduet dengan Usher. Belum ada lagi artis Malaysia yang mencapai tahap itu.

"Memanglah dia tidak sepopular Rihanna, tetapi dia dah break the market di tahap ramai penyanyi-penyanyi dari US sendiri pun hanya mampu bermimpi saja nak buat," kata forumer Santeira.
Sesetengah pula berpandangan bahawa, biarpun gaya 'selamba' menyanyikan lagu, namun liriknya yang begitu puitis menjadi tarikan pada pendengarnya. Mungkin lirik sebegitu tidak mendapat tempat di Malaysia, namun ia berjaya menawan hati golongan pendengar dari negara US atau Europe.

Apa-apa pun, sudah tertulis itu semua ada rezeki Yuna dan berbaloi dengan hasil usahanya selama ini.

Rujukan: Pixelmedia

Cikgu Sanggup Buat Simulasi Penyiasatan, Galakkan Murid Minat Membaca

By Hafiz.H →
Simulasi penyiasatan di dalam kelas.

SUBJEK: English
TOPIK: Be Safe
TAHUN: Year 4
LANGKAH: Pre-Reading

Untuk membawa pelajar membaca cerita penyiasatan adalah agak susah walaupun ceritanya pendek. Ini disebabkan cerita-cerita penyiasatan mempunyai laras bahasa bersifat investigatif, susah untuk pelajar.

Keadaan bertambah lebih susah jika ada pelajar yang selalu tertinggal dalam membaca, mereka akan cepat mengalah dan hilang minat.

Jadi, apa kata kita buat simulasi penyiasatan ringkas. Tujuannya adalah untuk menaikkan sifat ingin tahu pelajar dan menyediakan mereka untuk membaca.

Sila ikuti gambar berikut:


1. Buat aktiviti ini apabila waktu-waktu sebelumnya murid-murid menjalankan PnP di tempat lain. Sebelum mereka kembali ke kelas, sediakan kelas seperti di tempat kejadian jenayah. (rujuk gambar). Mohon supaya elakkan perkara-perkara yang berunsur ganas. Tekankan kepada penyiasatan.
2. Guru berpakaian seperti detektif untuk meransang lagi suasana penyiasatan. Role modelling adalah perlu. Di sepanjang kelas, murid akan memanggil guru sebagai detektif. (saya ada jaket, magnifying glass, plastic untuk evidence, top. Sila PM kalau nak pinjam apa-apa)
3. Bagi langkah induksi, detektif meminta pelajar untuk cuba menyelesaikan sendiri kes tersebut sendiri melalui pemerhatian.
4. Darpada pemerhatian plajar-pelajar tadi, detektif "tanya apa yang kamu boleh nampak?". Pelajar akan cakap yang mereka nampak cebisan kain yang ada kesan darah dan nota di balik tangan si mati. (PM saya kalau nak pinjam tangan mannequin itu.)
5. Detektif simpan cebisan kain itu dulu dan fokus kepada nota. Dalam nota tersebut ada kod, r 4 9 y 12 4 11, = Bulan dlm bhsa Melayu, jadi nombor-nombor itu adalah bulan, 4 = April, 9 = September, 12 = December dll. Jika digabung menjadi 'Rasydan' dan = adalah buku, bermaksud, di dalam beg Rasydan ada sebuah buku yang mengandungi clue seterusnya. Sebelum kelas lagi, guru sudah masukkan buku dalam beg Rasydan, kod di buat berdasarkan nama murid.
6. Dalam beg Rasydan, ada buku yang mempunyai secret compartment untuk sembunyi satu lagi clue. (boleh PM saya kalau nak pinjam buku ni)
7. Nota di dalam buku itu ditulis dalam keadaan terbalik. Jadi untuk membacanya, perlu cermin. Kalau tak ada, guna kaca dan kertas hitam untuk jadi cermin. Contoh di sini adalah 'Under Aqilah's table'. Pastikan murid tidak berebut dan tidak bertindak terburu-buru serbu meja Aqilah.
8. Di bawah meja Aqilah, ada senjata pembunuh. Padanya terdapat cap jari. Detektif kemudian meminta semua pelajar tunjukkan jari. Kelihatan salah seorang dari mereka ada tanda hitam. Sebelum kelas beemula, minta seorang pelajar untuk jadi pesalah. Jarinya diletakkan tanda hitam awal-awal lagi. (Pisau bukan pisau betul)
9. Panggil yang berlakon menjadi pesalah ke hadapan, dan minta dia mengaku. Dia takkan memgaku, jadi kita ambil bukti pertama tadi, cebisan kertas yang ada cap tangan, dan ukur kan saiz,. Yang ini pun dibuat dan diukur sebelum kelas lagi.
Nota tambahan:

1. Jangan ambil masa lebih dari 15 minit. Sebab berlakon bukanlah fokus kita. Fokus kita adalah membaca.

2. Ambil kesempatan memperkenalkan perkataan baaru seperti evidence, clue, magnifying glass dan lain-lain.

3. Bila pelajar sudah menunjukkan minatnya dengan simulasi penyiasatan, inshaAllah mereka akan termotivasi untuk membaca cerita penyiasatan anda.

4. Sentiasa inculcate moral value dan tips-tips keselamatan sebab inilah point utama topik ini.

5. Nak beri whole lesson interesting, jangan beri bahagian konklusi cerita penyiasatan anda kepada pelajar. Biar mereka meneka dan membuat penyiasatan sendiri.

6. Walaupun detektif selalu hisap rokok paip, jangan sesekali guna dalam kelas. Bimbang ia akan memberi pengaruh yang tidak baik pula. Hahaha!

Ini hanya sekadar cadangan saja. Cikgu-cikgu bolehlah tambah, tolak, edit untuk pengajaran yang lebih baik. Selamat mencuba gaiss! Allah bagi idea, kita share.

Perkongsian menarik ini telah dikongsikan seorang guru yang menggunakan nama pena beliau di Facebook sebagai  Little Chuckee, semoga idea kreatif ini bermanfaat dan mengubah cara pembelajaran dan pengajaran di kalangan guru amnya.

Pemandu Teksi Mogok Tutup Jalan, Bantah Servis Uber Dan Grabcar

By Hafiz.H → Tuesday, March 29, 2016
Kuala Lumpur: Kira-kira 100 pemandu teksi menunjukkan protes dengan sengaja menutup Jalan Bukit Bintang, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi.
Difahamkan protes berkenaan dilakukan bagi membantah perkhidmatan Uber dan Grabcar.

Bagaimanapun, perhimpunan dilakukan itu tanpa permit sah dan memaksa polis mengambil tindakan kerana teksi yang di parkir oleh pemandu berkenaan menghalang laluan orang ramai serta menyebabkan keseksakan lalu lintas.


Kira-kira lapan pemandu teksi ditahan polis Dang Wangi selepas gagal mengikut arahan untuk bersurai.

Keadaan lalu lintas kembali kembali tenang selepas semua pemandu teksi berkenaan bersurai, kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Rujukan: HarianMetro

Doktor OKU Guna 30 Bangku Kayu Sebagai ‘Kaki’ Untuk Berkhidmat Dari Rumah Ke Rumah

By Hafiz.H →
Doktor adalah salah satu pekerjaan yang sangat mulia. Kerja tak kira masa, cuba sehabis baik untuk merawat pesakit dan tak kira di mana jua mereka berada. 
Seorang doktor wanita Li Juhong, 37 tahun dari Chongqing yang hilang kedua kakinya akibat kemalangan jalan raya semasa berumur 4 tahun tidak pernah jadikan itu sebagai alasan untuk tidak berbakti kepada masyarakat. Selama 15 tahun, beliau bergerak menggunakan kerusi kayu yang dijadikan sebagai ‘kaki’ untuk berjalan dari satu rumah ke rumah di sebuah kampung.


Setelah apa yang terjadi kepadanya, beliau mengambil keputusan untuk menjadi seorang doktor supaya boleh membantu orang sakit yang lebih memerlukan. Selepas kehilangan kakinya pada 1983, Li mula berlatih berjalan menggunakan kerusi kayu. Hingga sekarang sudah 30 buah kerusi Li gunakan.

Kadangkala, suaminya yang akan mendukung Li dan bawanya melawat pesakit di seluruh kampung. Begitulah pengorbanan seorang doktor yang komited dengan kerja dan tanggungjawab. Walaupun  keadaannya begitu, beliau tak menunggu pesakit untuk datang kepadanya, tapi beliau sendiri yang pergi ke rumah pesakit.

Rujukan: Sinar

Terkini: Pesawat Egyptair Dirampas

By Hafiz.H →
GREECE: Sebuah pesawat domestik Egyptair dari Iskandariah ke Kaherah dirampas hari ini dan dipaksa untuk mendarat di Cyprus, lapor radio tempatan. 
Sebuah pesawat domestik Egyptair dari Iskandariah ke Kaherah dirampas hari ini dan dipaksa untuk mendarat di Cyprus.


Perbadanan Penyiaran Cyprus melaporkan terdapat 55 orang penumpang dan tujuh anak kapal dalam penerbangan itu.

Terdahulu, laporan menyatakan 80 hingga 81 penumpang berada dalam pesawat berkenaan.

Sekurang-kurangnya seorang lelaki dalam pesawat berkenaan dipercayai bersenjata.

Difahamkan rampasan berlaku di wilayah maklumat penerbangan Cyprus dan penerbangan itu dilencongkan ke Larnaca. Pesawat berkenaan adalah Airbus A320.

Rujukan: BeritaHarian Perbadanan Penyiaran Cyprus melaporkan terdapat 55 orang penumpang dan tujuh anak kapal dalam penerbangan itu.

Terdahulu, laporan menyatakan 80 hingga 81 penumpang berada dalam pesawat berkenaan.

Sekurang-kurangnya seorang lelaki dalam pesawat berkenaan dipercayai bersenjata.

Difahamkan rampasan berlaku di wilayah maklumat penerbangan Cyprus dan penerbangan itu dilencongkan ke Larnaca. Pesawat berkenaan adalah Airbus A320.

Rujukan: BeritaHarian

Betul Ke Pengantin Ini Naik Bas Dari Baling Ke Kulim Untuk Hadir Majlis Perkahwinan?

By Hafiz.H →
Kalau anda perhatikan, sekarang sudah terlampau banyak kisah-kisah perkahwinan yang serba sederhana dikongsikan dan viral di laman sosial Facebook.

Selalunya perkara yang sering menjadi highlight kisah-kisah sebegini adalah seperti wang hantaran yang rendah, hantaran perkahwinan yang biasa-biasa, pelamin dan baju pengantin yang simple dan macam-macam lagi.

Mungkin niat page yang berkongsi kisah tersebut adalah untuk menjadikan mereka contoh buat pasangan yang ingin berkahwin. Namun, baru-baru ini page yang bernama Balingviral dikatakan telah mengeluarkan fakta salah mengenai sebuah perkahwinan pasangan pengantin di Kedah yang 'kononnya' sangat sederhana.

Segalanya bermula apabila page tersebut membuat satu post di laman Facebook berbunyi...

HOT PENGANTIN NAIK BAS AWAM ( KBRT )

Kesederhanaan dalam majlis perkahwinan yang jarang dilakukan oleh pasangan pengantin masa kini. Naik bas awam saja untuk meneman dari Kulim ke baling. Baju simple design sendiri, tiada pelamin indah dan kenduri kampung yang sangat sederhana berbumbungkan tarpan sahaja.
Memperlihatkan post berkenaan, ramai netizen memberi komen dan memuji pasangan pengantin tersebut yang kononnya hanya bersederhana di hari perkahwinan mereka. Ini antaranya:
Bagaimanapun, nampaknya pengantin perempuan agak kurang senang dengan kisah mereka yang disebarkan itu dan mengatakan banyak fakta silap yang disebarkan page tersebut.


Hakikatnya, perkahwinan pasangan pengantin yang bernama Abi Nubli dan Isma Amira ini amat meriah meskipun tidak sampai ke tahap mewah.

Apa yang melucukan ialah pakaian pengantin yang dikatakan simple tersebut adalah daripada butik kepunyaan pengantin berkenaan. Jadi tidak hairanlah jikalau pakaian itu dijahit oleh pengantin sebab dia sendiri 'tauke' butik terbabit. Malah pelamin yang dikatakan tiada itu pun sebenarnya memang ada dan sangat cantik.
Malah, gambar-gambar mereka yang kelihatan berada di dalam bas tersebut sebenarnya merupakan sesi fotografi buat perkahwinan mereka semata-mata.
Tetapi selepas membuat 'penyiasatan' kami temui post pengantin berkenaan yang kami rasa mungkin menjadi penyebab Balingviral tersalah faham.
Bagi kami, terpulang kepada setiap individu untuk mengadakan majlis perkahwinan lagu mana sekalipun, yang penting dengan cara betul dan tidak membebankan.
Apa-apa pun, nilai positif yang diambil daripada gambar-gambar fotografi pasangan ini adalah patut dijadikan ikutan bakal pengantin di luar sana. Kita pun sedia maklum, agama Islam juga menggalakkan perkahwinan yang sederhana dan mudah. Lakukan kerana Allah, insha Allah berkat.

Kredit: Says

Kes Dipukul Kerana Wang Hantaran, Ini Keterangan Dari Pengantin Lelaki

By Hafiz.H →
Di bawah adalah laporan polis yang dibuat oleh pengantin lelaki berhubung dakwaan dirinya dipukul oleh keluarga pihak perempuan dalam kejadian di masjid Al-Khadijah Pantai Dalam K.L

Semoga dijadikan tauladan dan pengajaran kepada seluruh pembaca di luar sana...

Ikuti sepenuhnya keterangan di bawah:


PANTAI RPT: 3034/16
TARIKH: 26/03/2016@1734 HRS
PENGADU: Nor Izzat Bin xxxxxxx
KP: 890916-14-xxxx
KERJA: Pengawal Keselamatan
TEL: 012-684xxxx
ALAMAT: Jln 62, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor

KETERANGAN REPOT:

Pada 26/03/2016 Jam lebih kurang 1517 hrs, Semasa saya melangsungkan akad nikah di Masjid Al-Khadijiah Kg. Pantai Dalam, KL semasa akad nikah tersebut pihak perempuan tidak mahu meneruskan majlis berikut kerana baki wang hantaran belum di beri. Sewaktu mahu beredar, abang saudara tunang saya tidak puas hati dengan keadaan tersebut.

Selepas itu, mereka tidak bersetuju untuk melangsungkan akad nikah tersebut dan wang yang saya berikan kepada mereka untuk majlis tersebut sebanyak RM11,000.00. Selepas abang saudara tudang saya buat bising dalam majlis tersebut saya terus keluar dari masjid itu dan abang saudara dia telah menumbuk muka saya. Tiba-tiba datang lagi (2)(L) Melayu dipercayai saudara tunang saya dari arah belakang telah memukul saya.

Rombongan saya juga dipukul semasa cuba meleraikan pergaduhan tersebut iaitu Mohammad Eszuan (920621-14-xxxx), Muhammad Hafiszan (880912-56-xxxx), Mohd Azree Hazwan (910916-10-xxxx). Kereta rombongan saya juga mereka pukul dan ada kesan kemek. Tujuan saya buat repot untuk mina gantirugi kesemua perbelanjaan majlis nikah tersebut kerana majlis tersebut telah saya gunakan duit sendiri. Sekian laporan saya.

PERBUATAN POLIS:

Telah memaklumkan kepada KPB Pantai, ASP Ezral Ezwani Ab Malik dan arahan KPB Pantai Kes di rujuk kepada pegawai penyiasat jenayah Balai Pantai, Insp Fitri untuk siasatan lanjut kerana terdapat unsur-unsur kekerasan.

Ditumbuk Kerana Tak Cukup Duit Hantaran, Ini Penjelasan Dari Pihak Perempuan

By Hafiz.H → Monday, March 28, 2016
Susulan berita yang didakwa oleh sebuah akhbar semalam mengenai seorang pengawal keselamatan telah ditumbuk oleh ahli keluarga sebelah pihak wanita yang ingin dinikahinya, hari ini beberapa individu yang berada di tempat kejadian tampil mendedahkan perihal kejadian sebenar.
Wanie Azwani di dalam garis masa Facebooknya memberi penjelasan. Dia adalah salah seorang ahli keluarga sebelah pihak wanita mendedahkan punca kejadian sebenar.

"Salam, saya selaku wakil dan ahli keluarga pihak pengantin perempuan (kakak sepupu) tidak mahu commnet atau bercerita panjang. Yang mana tidak tahu punca sebenar, janganlah menabur fitnah dan salahkah pihak perempuan. 

"Di sini, cukup saya tunjukkan kenyataan dari Imam masjid itu sendiri yang menjadi saksi utama menikahkan pasangan dan juga berada di tempat kejadian serta melihat sendiri apa yang berlaku dari awal hingga akhir kejadian. Itu saja yang saya mahu sampaikan," Katanya.

Dalam pada itu seorang lagi individu penting ketika majlis itu turut tampil memberi penjelasan agar isu ini tidak menimbulkan fitnah dikalangan mereka yang tidak tahu kejadian sebenar.

Seorang individu yang dikatakan imam masjid Jamek al Khadijah tampil bersuara;

Hari ini, sibuk berita di Kosmo! tentang gaduh di Masjid Khadijiah. Ramai orang bertanya pada saya, jadi penjelasan yang saya buat bukan gaduh kerana isu tak bayar wang baki hantaran. Tetapi gaduh kerana sebelah lelaki cakap kurang ajar apabila pihak perempuan bertanya baki wang hantaran. 

Sudah menjadi satu tanggungjawab pihak perempuan meminta baki wang hantaran kerana sudah berjanji untuk bayar bakinya pada hari nikah. Kerana menurut Islam, berjanji itu hutang. 

Pergaduhan ini terjadi kerana pihak lelaki yang memulakan dengan bercakap kurang sopan dan cabar pihak lelaki. 

Saya harap kenyataan saya betul kerana nak menjaga maruah Yazid kerana Yazid di bawah kariah saya, Shahrul. Sepatutnya yang selesaikan kes ini, Rashid Janggut kerana dia dilantik sebagai jurucakap (orang tengah). Kalau dia bertindak dan pandai menyelesaikan masalah ini, saya rasa takkan jadi cerita ini. Terima kasih.


Turut tersebar video pergaduhan antara kedua pihak di media sosial itu menimbulkan pelbagai perdebatan dan spekluasi di kalangan netizen.

Walaubagaimanapun orang ramai dinasihatkan agar tidak meletakkan sebarang spekulasi atau tohmahan yang berlebihan kepada kedua-dua belah pihak kerana akan memberi tekanan kepada keluarga yang terlibat dalam pergaduhan yang berlaku di sebuah masjid dalam daerah Kuala Lumpur itu. -HarianBlogger.Com

(Video) Pengantin Ditumbuk, Tak Dibenar Akad Nikah Lepas Tak Cukup Duit Hantaran RM15,000

By Hafiz.H →
KUALA LUMPUR – Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya punah selepas dia ditumbuk oleh ahli keluarga wanita terbabit dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam di sini kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid tersebut kerana tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah gara-gara tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

Menurut sumber, ahli keluarga mangsa sebelum ini sudah bersetuju untuk membayar jumlah hantaran RM15,000 ketika mereka datang merisik pada Januari lalu.

“Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak perempuan meminta sejumlah RM15,000.

gaduh kawin
[Video] Rakaman ketika kejadian dua keluarga pengantin bergaduh di dalam masjid di Pantai Dalam, Kuala Lumpur kelmarin. Imej telah dikaburkan. http://ow.ly/3zrXJZ
Posted by Kosmo Online on Sunday, March 27, 2016
“Pengantin lelaki yang bersetuju dengan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Difahamkan, pengantin lelaki berusia 27 tahun itu hanya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan.

Pengawal keselamatan itu dikatakan sudah bercinta dengan kekasihnya yang berusia 21 tahun sejak tiga tahun lalu.

Menurut sumber itu lagi, pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung, bagaimanapun pihak pengantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi mangsa tidak membayar baki RM5,000.

“Tidak bersetuju dengan permintaan itu, pengantin lelaki bersama keluarganya memutuskan untuk meninggalkan majlis akad nikah sebelum dia ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan,” ujarnya.

Kata sumber itu, keadaan di pekarangan masjid kemudian bertukar kecoh apabila berlaku aksi memaki hamun dan pergelutan antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.

Rujukan: Kosmo

9 Pekataan Ini Jangan Sesekali Disebut Bila Gaduh Suami Isteri

By Hafiz.H →
Lumrah apabila hidup berumahtangga, betullah kata orang tua-tua, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Dibawah ada menyenaraikan beberapa perkara yang perlu dielakkan suami isteri apabila berdepan dengan konflik perselisihan faham.

Moga ianya bermanfaat untuk anda melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan tercinta.

1. Ceraikan Saya

Ini adalah perkataan 'keramat' yang selalu dilepaskan para isteri ketika berhadapan dengan pertelingkahan dengan si suami.

Seeloknya, moleklah jika bertenang, menarik nafas sedalamnya agar emosi yang dipendam itu lenyap seketika. Ingat, kerana satu perkataan ini sahaja mampu membuatkan anda menyesal seumur hidup.

2. Saya Tak Marah 

Selalunya perkataan yang keluar dari mulut adalah tidak sama dengan kelakuan dan gerak geri kita. Jika mulut katakan tidak marah pada pasangan, mengapa menghempas pintu dengan kuat sekali.

Jangan nafikan apa yang anda rasai sebolehnya katakanlah anda sedang marah terhadap pasangan agar pasangan tahu.

3. Awak ni kan macam ayah/mak awak jugak

Elakkan untuk memperlekehkan atau mempertikaikan pasangan anda dengan menyatakan dia seperti ibu atau bapanya.

Amat dibimbangi kata-kata ini akan membuatkan pasangan berasa 'down' tertekan dan lebih teruk lagi pasangan anda akan mengadu pada ibu bapanya, siapa tahu.

4. Awak ni.. (diikuti kata-kata kutukan)

Memang dalam kehidupan berumah tangga, pasti ada pasangan yang bersikap masih lagi terbawak -bawak sikapnya ketika bujang dahulu. Ini sering kali berlaku pada golongan suami kerana masih lagi mempunyai sifat malas seperti lewat bangun tidur, tidak letakkan baju kotor di tempat sepatutnya pastinya mengundang rasa ketidakpuashatian si siteri.

Ada sesetengah isteri yang kerap membanding-bandingkan suami orang lain dengan suami mereka. Memuji suami rakan yang jauh lebih baik dari suami mereka mengundang rasa tidak selesa dikalangan suami. "Awak ni tak macam suami liza tu..."

Bukan sahaja menyakitkan hati si suami, malah suami berasa tidak dihargai. Atasilah dengan komunikasi yang baik, bagi perhatian dan teguran secara berhemah.

Jangan mulakan dengan membandingkan suami dengan orang lain.

5. Tengok anak-anak dah nangis.

Seringkali menyalahkan pasangan dengan menuduh suamilah punca perbalahan hingga anak-anak yang melihat takut dan menangis.

Amaran! Jangan sesekali bergaduh di depan anak-anak. Elakkan perkara ini berlaku.


6. Awak selalu saja lambat, tak pernah nak tolong.

Kata-kata ini menggambarkan bahawa anda sama sekali tidak yakin dengan kemampuan isteri/suami dalam segala hal. Sering kali merendah-rendah kemampuan yang pasangan ingin tunjukkan dan langsung tidak memberi semngat kepadanya untuk berubah menjadi lebih baik.

Ubah persepsi ini, sabar dan menerima kekurangan pasangan, jadikanlah kelemahan yang ada pada pasangan sebagai kekuatan untuk dirinya lebih berusaha untuk berubah ke arah kebaikan.

7. Semua ini salah awak

Apabila pertelagahn berlaku, seringkali kita lihat suami/isteri akan menyalahkan pasangan masing- masing.

Daripada kita sibuk menyalahkan kesalahan pasangan, apakah lebih baik kaji dan lihat sendiri kesalahan diri.

Kadangkala seringkali tidak mengaku kesalahan diri adalah punca utama konflik rumahtangga.

8.Awak tak sayangkan saya lagi

Situasi ini kerap berlaku pada si isteri.

Merasakan diri tidak dihargai dan seringkali berasa suami tidak lagi endahkan dirinya.

Jangan begitu, jangan menuduh suami dengan ungkapan sedemikian, mungkin cara suami menunjukkan rasa sayang terhadap isteri adalah dengan cara yang kita seringkali tidak sedar.

9 Patutlah orang asyik ingatkan saya pasal ini tentang awak.

Setelah anda melafazkan untuk menerima sebagai isteri/suami dalam hidup anda, jangan sesekali merasa menyseal diatas pilihan itu. Itulah jodoh anda yang telah ditetapkan olehNya.

Terimalah segala kekurangan yang ada pada pasangan.

Mengapa perlu lagi dengar cakap-cakap orang tentang pasangan anda. Dan jangan tunjukkan kekesalan memilih dirinya sebagai pasangan hidup.

Mengapa perlu libatkan orang lain dalam konflik rumahtangga anda?

Seeloknya berbincanglah dengan rasional, jangan bawa emosi ketika berbincang.

Jika terlalu marah moleklah jika suami keluar terlebih dahulu kerana dengan cara itu si isteri akan berasa lebih tenang.

Ingat semula segala pengorbanan, penghargaan dan penerimaan yang dilakukan oleh pasangan kita.

Jika berjauhan walau seketika dengan pasangan anda, pasti akan timbul bibit-bibit kerinduan terhadap pasangan. -HarianBloger.Com

Rujukan:Vanillakismis

3 Cara Langsaikan Hutang Rumah Dalam Tempoh 9 Tahun

By Hafiz.H →
Pasti ada diantara kita yang membeli rumah dengan kadar tempoh pembayaran memakan masa selama 20 hingga 30 tahun.

Tapi tahukah anda disebalik tempoh yang begitu panjang itu, kita sebenarnya mampu memendekkan tempoh pembayaran tersebut sehingga 9 tahun.

Ya, perkara yang dianggap mustahil ini telah dijawab oleh seorang blogger hartanah yang lebih dikenali sebagai Abang Ensem di laman sosial beliau.

Ikuti sepenuhnya perkongsian bernilai ini di bawah:


3 Cara Langsaikan Hutang Rumah Dalam 9 Tahun.

 Aku mempunyai sebuah unit apartmen kos sederhana di Shah Alam yang dibeli pada tahun 2007. Harganya RM75,000 manakala jumlah pinjamannya pula RM67,500. Instalmen bulanannya pula adalah sebanyak RM377 untuk tempoh pinjaman selama 30 tahun.

Rumah itu pada asalnya disewakan pada kadar RM700 sebulan sebelum dinaikkan menjadi RM800 selepas 5 tahun menjadi milik aku. Hasilnya, aku memperolehi lebihan sewa antara RM323 ke RM423 setiap bulan.

Awal bulan ini pinjaman yang masih berbaki 21 tahun itu telah aku langsaikan. Ramai rakan-rakan rapatku yang terkejut apabila mendengarnya dan mereka meminta aku berkongsi akan cara yang aku praktikkan bagi mempercepatkan pelangsaian tersebut.

Cara aku mudah,

1. Bayar lebih tiap-tiap bulan

Biasanya aku akan membayar 'extra' setiap bulan. Jika instalmennya RM377, akan aku genapkan menjadi RM400. Jadi, lebihan sebanyak RM23 itu akan dikira sebagai instalmen bulan berikutnya. Ini akan mempercepatkan pinjaman aku kerna instalmen aku sering terkedepan pada setiap bulan.

2. Bayar 'lump sum' tiap-tiap tahun

Seperti yang dinyatakan di atas, aku mempunyai lebihan sebanyak antara RM323 ke RM423 setiap bulan. Lebihan itu aku kumpul selama setahun dan pada setiap tahun, amaun terkumpul tersebut akan di'bayar pukal' (lump sum payment) ke atas 'amaun pokok' (principal amount) pinjaman tersebut. Ini secara langsung akan mengurangkan kadar faedah yang dicaj dan secara tidak langsung akan mempercepatkan penyelesaian hutang (boleh rujuk ebook 'Nota Hartanah Abang Ensem' di bawah tajuk "Laju-Laju Langsai Hutang" untuk lebih memahami konsepnya).

3. Pengeluaran KWSP

Jika amaun pukal dianggap kecil, maka cara ketiga ini menjadi penyumbang terbesar mempercepat pelangsaian hutang. Memandangkan rumah ini dibeli dengan menggunakan modal dari pengeluaran KWSP, maka setiap 3 tahun aku akan mengeluarkan baki akaun 2 aku untuk pengurangan baki pinjaman (principal amount) dan pada setiap pengeluaran, amaun yang terlibat agak besar juga jumlahnya. Apabila amaunnya besar, maka sekali lagi pelangsaian hutang akan menjadi jauh lebih cepat dari yang sepatutnya.

Itulah 3 cara yang aku praktikkan di dalam menyingkatkan pinjaman aku dari 30 ke 9 tahun dan sayugia diingatkan, ketiga-tiga cara ini amat bersesuaian dengan pakej pinjaman yang aku ambil ketika itu.

Jika anda ingin turut mempraktikkannya, nasihat aku, sila semak klausa yang tertulis di dalam Loan Agreement/Offer Letter anda terlebih dahulu atau pun bertanyakan terus kepada pihak bank agar ianya berbaloi untuk dilakukan.

Kes Buli & Kena Paksa Potong Lidah: Lidah Dipotong Tidak Akan Tumbuh Semula

By Hafiz.H → Saturday, March 26, 2016
KLANG: Murid lelaki Tahun Dua yang lidahnya dipotong sekumpulan murid lain perlu menjalani rawatan susulan setiap minggu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), dekat sini, bagi memastikan keadaan luka itu pulih sepenuhnya. 
Ketika ini, keadaan lidah Muhammad Alif Shukran Alias, 8, mengalami sedikit kecacatan dan bahagian yang terpotong sedikit itu tidak akan tumbuh kembali seperti asal. Ibunya, Siti Nur Huda Ibrahim, 29, berkata, doktor mengesahkan luka pada lidah anak sulungnya itu tidak serius namun perlu mendapatkan rawatan kerana bimbang dijangkiti kuman.

Katanya, doktor memaklumkan anaknya bernasib baik kerana hanya sedikit sahaja bahagian lidah yang cedera.


Sekiranya lidah terbabit dipotong lebih besar, berkemungkinan anaknya itu akan pelat.

"Setakat ini keadaannya stabil walaupun masih terkejut dengan kejadian itu. Shukran hanya diberikan makanan lembut dan perlu menggunakan penyedut minuman untuk minum kerana bahagian depan lidahnya dijahit.

"Saya agak terkilan juga dengan kejadian ini. Bagaimanapun saya dan suami menyerahkan perkara ini kepada pihak polis," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti murid yang didakwa terbabit dalam kes itu.

Dalam kejadian Khamis lalu, Muhammad Alif Shukran dikatakan ditahan lima murid tahun tiga di sekolahnya ketika berada di tandas sekolah sebelum lidahnya digunting.

Rujukan: Berita Harian