3 Cara Langsaikan Hutang Rumah Dalam Tempoh 9 Tahun

By Hafiz.H Monday, March 28, 2016
Pasti ada diantara kita yang membeli rumah dengan kadar tempoh pembayaran memakan masa selama 20 hingga 30 tahun.

Tapi tahukah anda disebalik tempoh yang begitu panjang itu, kita sebenarnya mampu memendekkan tempoh pembayaran tersebut sehingga 9 tahun.

Ya, perkara yang dianggap mustahil ini telah dijawab oleh seorang blogger hartanah yang lebih dikenali sebagai Abang Ensem di laman sosial beliau.

Ikuti sepenuhnya perkongsian bernilai ini di bawah:


3 Cara Langsaikan Hutang Rumah Dalam 9 Tahun.

 Aku mempunyai sebuah unit apartmen kos sederhana di Shah Alam yang dibeli pada tahun 2007. Harganya RM75,000 manakala jumlah pinjamannya pula RM67,500. Instalmen bulanannya pula adalah sebanyak RM377 untuk tempoh pinjaman selama 30 tahun.

Rumah itu pada asalnya disewakan pada kadar RM700 sebulan sebelum dinaikkan menjadi RM800 selepas 5 tahun menjadi milik aku. Hasilnya, aku memperolehi lebihan sewa antara RM323 ke RM423 setiap bulan.

Awal bulan ini pinjaman yang masih berbaki 21 tahun itu telah aku langsaikan. Ramai rakan-rakan rapatku yang terkejut apabila mendengarnya dan mereka meminta aku berkongsi akan cara yang aku praktikkan bagi mempercepatkan pelangsaian tersebut.

Cara aku mudah,

1. Bayar lebih tiap-tiap bulan

Biasanya aku akan membayar 'extra' setiap bulan. Jika instalmennya RM377, akan aku genapkan menjadi RM400. Jadi, lebihan sebanyak RM23 itu akan dikira sebagai instalmen bulan berikutnya. Ini akan mempercepatkan pinjaman aku kerna instalmen aku sering terkedepan pada setiap bulan.

2. Bayar 'lump sum' tiap-tiap tahun

Seperti yang dinyatakan di atas, aku mempunyai lebihan sebanyak antara RM323 ke RM423 setiap bulan. Lebihan itu aku kumpul selama setahun dan pada setiap tahun, amaun terkumpul tersebut akan di'bayar pukal' (lump sum payment) ke atas 'amaun pokok' (principal amount) pinjaman tersebut. Ini secara langsung akan mengurangkan kadar faedah yang dicaj dan secara tidak langsung akan mempercepatkan penyelesaian hutang (boleh rujuk ebook 'Nota Hartanah Abang Ensem' di bawah tajuk "Laju-Laju Langsai Hutang" untuk lebih memahami konsepnya).

3. Pengeluaran KWSP

Jika amaun pukal dianggap kecil, maka cara ketiga ini menjadi penyumbang terbesar mempercepat pelangsaian hutang. Memandangkan rumah ini dibeli dengan menggunakan modal dari pengeluaran KWSP, maka setiap 3 tahun aku akan mengeluarkan baki akaun 2 aku untuk pengurangan baki pinjaman (principal amount) dan pada setiap pengeluaran, amaun yang terlibat agak besar juga jumlahnya. Apabila amaunnya besar, maka sekali lagi pelangsaian hutang akan menjadi jauh lebih cepat dari yang sepatutnya.

Itulah 3 cara yang aku praktikkan di dalam menyingkatkan pinjaman aku dari 30 ke 9 tahun dan sayugia diingatkan, ketiga-tiga cara ini amat bersesuaian dengan pakej pinjaman yang aku ambil ketika itu.

Jika anda ingin turut mempraktikkannya, nasihat aku, sila semak klausa yang tertulis di dalam Loan Agreement/Offer Letter anda terlebih dahulu atau pun bertanyakan terus kepada pihak bank agar ianya berbaloi untuk dilakukan.

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 3 Cara Langsaikan Hutang Rumah Dalam Tempoh 9 Tahun "