Tags:

54,867 Graduan Tidak Bekerja Dalam Tempoh Tiga Bulan Sebelum Konvokesyen Tahun Lepas

By Hafiz.H Thursday, March 17, 2016
KUALA LUMPUR, 17 Mac - Seramai 54,867 graduan masih belum bekerja dalam tempoh tiga bulan sebelum konvokesyen berdasarkan Sistem Kajian Pengesanan Graduan yang dijalankan tahun lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata jumlah itu mewakili 23.9 peratus daripada jumlah keseluruhan 229,568 graduan yang dikaji sepanjang 2015.


"Bagaimanapun, kajian di peringkat antarabangsa adalah lebih panjang iaitu tempoh setahun sebagai penanda aras kebolehpasaran. Jumlah yang bekerja akan lebih meningkat sekiranya tanda aras satu tahun turut digunakan," katanya ketika menjawab soalan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) di sini, hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) berhubung isu ramai graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang masih belum ditempatkan di sekolah, Idris berkata graduan berkenaan tidak tertakluk kepada perjanjian bahawa mereka akan diserap masuk ke dalam sistem persekolahan di bawah Kementerian Pendidikan.
Hiasan
"Sejak dahulu lagi tiada perjanjian bahawa mereka akan diserap ke dalam sistem persekolahan. Kita kena rujuk KPM tentang pendirian mereka berhubung isu ini," katanya.

Rujukan: SinarHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 54,867 Graduan Tidak Bekerja Dalam Tempoh Tiga Bulan Sebelum Konvokesyen Tahun Lepas "