Tags:

7 Murid Sekolah Termakan Kaca Ketika Nikmati Mi Goreng RMT

By Hafiz.H Wednesday, March 2, 2016
Dikatakan seramai 7 orang murid dari sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil telah dikejarkan ke hospital akibat termakan mi goreng yang mengandungi kaca.

Kejadian ini berlaku pada rabu minggu lepas di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJKT) Nigel Gardner.
Muka depan akhbar Tamil Makkal Osai melaporkan tujuh murid SJKT ladang Nigel Gardner menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh selepas termakan mi goreng mengandungi kaca pada Rabu lalu. Gambar Malaysiagazette.
Dalam laporan dari akhbar Makkal Osai, serpihan kaca halus itu dikatakan ditemui dalam makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang disediakan sebagai sarapan untuk murid-murid di sekolah itu.

Menurut dari akhbar tersebut, seorang murid telah menjumpai serpihan kaca halus di dalam mee goreng yang disediakan oleh pihak kantin. Lalu, kejadian tersebut telah dilaporkan kepada pengusaha kantin dan guru sekolah.

Pada keeseokan hari, didapati beberapa murid sekolah berkenaan dikatakan mengalami muntah-muntah dan ada yang pengsan sekaligus ibu bapa yang menyedari insiden itu membawa anak mereka ke hospital.


Antara murid yang ditempatkan di wad hospital. -Gambar Malaysiagazette
Kesemua murid terbabit yang menjalani pemeriksaan di hospital telah disahkan terdapat serpihan kaca di dalam perut mereka.

Difahamkan pada hari sama kejadian, seramai 20 lagi pelajar sekolah berkenaan turut dibawa ke hospital untuk rawatan.

Menurut laporan terkini, keadaan kesemua mangsa beransur stabil. -HarianBlogger.Com

Rujukan: Malaysiagazette

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 7 Murid Sekolah Termakan Kaca Ketika Nikmati Mi Goreng RMT "