7 Tanda Tahap Kolesterol Anda Tinggi, Jaga-jaga!

By Hafiz.H Monday, March 14, 2016
Cuba tengok wajah sendiri ada tak bintik-bintik putih kecil yang timbul sekitar mata? Atau benjolan warna kuning pada hujung kelopak mata. Kalau ada jaga-jaga, kemungkinan besar tahap kolesterol anda tinggi.
Ini bahaya untuk kesihatan sebab kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan penyakit jantung dan serangan strok. Sekarang dua penyakit ini  sudah dihidapi ramai golongan muda, dalam lingkungan usia 30-an pun sudah  ada yang mengalaminya.

Tapi selain dari ciri yang disebutkan tadi, ada 6 lagi tanda yang menunjukkan tahap kolesterol anda tinggi. Kalau rasa simptom di bawah ini ada pada diri atau pun pasangan cepat cepatlah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan sebelum terlambat.

1. Kaki sering berasa kebas

Ia terjadi kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.

2. Mudah letih dan cepat mengantuk 

Peningkatan kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini
menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.


3. Senak dada sebelah kiri
Ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau tinggi.

4. Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher

Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah
ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

5. Kaki membengkak 

Ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

6. Timbul bintik-bintik putih (biji lemak)
Ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar  trigliserida yang tinggi.

7. Tanda kuning muda

Pada tengah atau hujung kelopak mata - merupakan mendapan kolesterol, ada juga yang mengalami benjolan pada
padat siku, tumit atau lutut.

Selalunya kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan pemakanan yang berlemak. Sekiranya tanda-tanda dah mula dirasai jaga pemakanan dan agak malang kalau dah tahu petanda ni tapi diabaikan atau tak berjumpa doktor.

Rujukan: Vanillakismis

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 7 Tanda Tahap Kolesterol Anda Tinggi, Jaga-jaga! "