8 Petanda Rumah Dimasuki Makhluk Halus Atau Jin

By Hafiz.H Wednesday, March 2, 2016
Bagaimana nak merawat atau menghindar gangguan makhluk halus (jin) di tempat kediaman anda?
Hiasan
1. Tanda-tanda rumah yang diganggu makhluk jin
2. Sentiasa kedengaran seperti bunyi guli bertaburan.
3. Nampak kelibat lintasan di tempat kediaman.
4. Sering kotor berdebu tanpa sebab. Kadang-kadang ada bau yang tidak menyenangkan.
5. Sering ditindih ketika tidur.
6. Panas atau sentiasa rimas kalau berada di rumah.
7. Anak kecil kita sentiasa menangis di dalam rumah.
8. Hilang barang atau duit.
9. Bunyi-bunyi yang aneh seperti memanggil nama atau tangisan.


Bagaimana merawat rumah tersebut?

1. Jangan biarkan rumah seperti kubur. Maknanya sepi dan gelap. Dengarkanlah atau baca ayat-ayat suci Al-Quran sentiasan dan amalan berzikir di rumah.
2. Sentiasa terkena cahaya di ruang bilik dan ruang tamu. Jangan biarkan cahaya matahari tidak memasuki rumah di siang hari.
3. Amalkan sembahyang berjemaah.
4. Jaga kebersihan rumah lebih-lebih lagi di ruang bilik dan tandas.
5. Jangan lupa sekurang-kurangnya baca ayat Qursi, 3 Qul dan surat At Tariq ayat 4. Apabila balik ke rumah, sentiasa memberikan salam lebih-lebih lagi jika balik lewat malam atau balik dalam keadaan kotor atau letih. Sebaik-baiknya mandi terus selepas balik, jangan terus tidur.
6. Amalkan makan berkeluarga dan membaca doa sebelum makan.
7. Perbanyakan bacaan 3 Qul.

Cara rawatan atau menghindarkan gangguan makhluk halus ini di dalam rumah, bacakan ayat-ayat ruqyah dan dengarkan azan sentiasa di rumah. InshaAllah.

Dipetik dari Facebook: Ustaz Sharhan Shafie

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 8 Petanda Rumah Dimasuki Makhluk Halus Atau Jin "