Tags:

Anak ‘Raja Gula Malaysia’ Berniaga Baju Terpakai

By Hafiz.H Monday, March 21, 2016
Sungguhun digelar 'Raja Gula' Malaysia, dengan kekayaannya berjumlah 11.3 billion USD pada tahun ini, tetapi semua itu tidaklah 'bermakna' buat anak perempuan taikun terkaya di Malaysia ini.
Dalam laporan FreeMalaysiatoday mendedahkan, anak perempuan kepada Tan Sri Robert Kuok hanya sekadar berniaga pakaian berjenama terpakai secara atas talian.

Yen, 26 dalam temubual bersama wartawan berkata, dia sama sekali tidak mengharapkan kekayaan dari bapanya, malah keluarga mereka tidak menggalakkan dia mengecapi kemewahan bapanya sebaliknya mendidiknya dengan cara hidup yang tegas.

Yen mengakui keluarganya amat tegas lebih-lebih lagi soal kewangan. Ketika di bangku sekolah, dia menyatakan wang saku rakannya lebih banyak dari perbelanjaan yang disediakan oleh keluarga untuknya.


Laman Guiltless.com adalah laman web yang dikendalikan oleh Yen dimana menjual pakaian-pakaian berjenama tetapi terpakai.

Dia turut menceritakan pengalamannya ketika melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat suatu ketika dulu dimana dia sering bertukar pakaian dengan kawan-kawannya dan dari situlah dia mendapat inspirasi untuk menjalankan perniagaan pakaian terpakai.

Yen turut menceritakan cara bapanya (Robert Kuok) mendidiknya, dia memberitahu bapanya tidak pernah langsung mengharapkan dia mendapat keputusan A dalam peperiksaan tetapi hanyalah mahukan dia memperluaskan pengalaman dan pandangan di tempat orang,

Sejak kecil lagi, bapanya pernah berpesan bahawa dia tidak mahu menjadikan Yen 'Puteri Keluarga Berada'. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Anak ‘Raja Gula Malaysia’ Berniaga Baju Terpakai "