Anda Takkan Kurus Jika Buat 5 Perkara Ini Lepas Makan

By Hafiz.H Monday, March 7, 2016
Lima perkara ini sebenarnya selalu kita buat. Tapi ramai tak tahu ia sebenarnya menyebabkan tubuh lambat kurus walau sudah mengurangkan kuantiti makanan.
Ini juga faktor lemak di bahagian perut makin bertimbun dan tubuh rasa lemah lemau. Jadi lepas ini selesai makan 5 perkara ini jangan lagi anda lakukan. Pantang!

1. Buka butang seluar atau tali pinggang

Bila kenyang, perut rasa besar. Ramai yang akan membuka sedikit ikatan di pinggang kononnya untuk rasa lebih selesa. Tapi awas ya, tindakan ini akan membuat otot perut anda kendur dan perut makin buncit. Sebaiknya biarkan saja ikatan pinggang kerana lama kelamaan rasa perut yang penuh itu akan reda.


2. Tidur
Perut yang kenyang memang buat mata mengantuk tapi tahan dulu. Tidur setelah makan akan memperlambat proses pencernaan malah boleh mengakibatkan perut kembung. Anda boleh tidur tapi paling kurang dua jam selepas makan agar proses pencernaan berjalan normal.

3. Mandi
Elakkan kebiasaan mandi selepas makan.Perkara ini selalu dipesan oleh orang-orang tua kita. Mandi selepas makan akan menurunkan suhu tubuh sekali gus menurunkan proses metabolisme.

Ia turut melambatkan proses pencernaan yang berisiko untuk menggemukkan tubuh. Oleh itu ambil masa beberapa jam sebelum mandi setelah makan.

4. Senaman berat

Menyesal makan banyak, ada  yang terus buat senaman berat dengan harapan lemak yang diambil tadi. Hati-hati ya melakukan senaman berat selepas makan boleh meningkatkan suhu dalam tubuh dan tekanan darah. Ia akan menyebabkan sakit perut dan kekejangan.

5. Merokok
Ini ketagihan biasa kaum lelaki. Merokok selepas makan akan meningkatkan kadar asid dalam tubuh. Bila kadar asid tinggi proses pencernaan akan terganggu lantas turut menyebabkan risiko penambahan berat badan.

Rujukan: Vanillakismis

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Anda Takkan Kurus Jika Buat 5 Perkara Ini Lepas Makan "