Tags:

Bapa Ugut Bunuh Anak Guna Pedang Samurai Jika Enggan Turuti Kemahuannya

By Hafiz.H Thursday, March 17, 2016
Kerana enggan menuruti kemahuannya seorang tentera tergamak merogol anak kandungnya sendiri dengan mengugut ingin membunuh mangsa dalam kejadian di Johor Bahru semalam.

Mangsa gadis berusia 17 tahun yang tinggal bersama ibunya di Selangor dikatakan datang ke Johor Bahru untuk mengubati penyakit 'epilepsi'.

Menurut laporan dari SinarHarian, mangsa telah bermalam di kediaman suspek di Taman Desa Tebrau Johor Bahru.
Hiasan


Ibunya dan suspek telah berpisah sejak tahun 2006 dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

Bagaimanapun, suspek berusia 43 tahun itu telah ditahan oleh pihak polis sebaik dia datang menyerah diri di balai polis kira-kira jam 7.30 malam semalam.

Menurut kronologi kes, mangsa tiba di Johor Bahru pada 11 Mac lalu.

Pada 14 Mac, suspek telah membawa mangsa bersia-siar di sekitar Bandaraya Johor Bahru dan pulang semula ke rumah sewanya kira-kira 12.30 malam pada 15 Mac.

Tambah laporan polis, suspek dikatakan telah mengamuk kerana mabuk dan tiba-tiba bertindak memeluk dan mencium mangsa.

Polis berkata, mangsa bertindak ingin melarikan diri dan suspek mencapai sebilah pedang samurai dan mengugut untuk membunuh mangsa jika mangsa bertindak melawannya.

Mangsa yang ketakutan terpaksa mengikut kehendak nafsu suspek.

Keesokan pagi, mangsa menghubungi ibunya di Selangor dan ibunya bergegas datang untuk membawa mangsa membuat laporan polis.

Supek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 376A/377C Kanun Keseksaan. -HarianBlogger.Com

Rujukan: SinarHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Bapa Ugut Bunuh Anak Guna Pedang Samurai Jika Enggan Turuti Kemahuannya "