Tags:

Berbaju Melayu Bersamping, Rakyat Malaysia Pertama Dipilih Bawa Cokmar Iringi Ratu Elizabeth

By Hafiz.H Friday, March 18, 2016
Selasa lalu, telah berlangsung majlis sambutan hari jadi Ratu England, Ratu Elizabeth II ke-90 yang beralngsung di Westminster Abbey, London.
KISHVA AMBIGAPATHY membawa cokmar dalam majlis sambutan hari jadi Ratu Elizabeth II di London, baru-baru ini.
Apa yang uniknya adalah, seorang jurutera yang juga pelajar jurusan Sarjana Politik Global dari Universiti Durham, London telah dipilih sebagai pembawa cokmar mengiringi Ratu England itu.

Kishva Ambigapathy sememangnya tidak pernah menjangkakan beliau terpilih untuk turut terlibat dan menjadi orang paling penting dalam majlis diraja ini.

Beliau menyifatkan pemilihannya itu sebagai satu pengiktirafan kepada generasi muda.


Timbalan Perdana Menteri, Datuyk Seri Zahid Hamidi berjabat tangan mengucapkan tahniah kepada Kishva kerana terpilih sebagai pembawa cokmar pada majlis sambutan hari jadi Ratu Elizabeth
Kishva 26, berkata, beliau merasakan dirinya rendah diri dan dihargai kerana berpeluang membawa cokmar pada sambutan hari jadi Ratu Engaldn itu.

Katanya lagi, pemilihan ini adalah sebagai mengangkat golongan muda dalam kelompok komanwel dan setiap daripada mereka mempunyai peranan penting dan perlu dilihat.

Kishva merupakan Pengerusi Yayasan Belia Komanwel dimana beliau adalah orang penting dalam mewakili suara anak muda dari 53 buah negara Komanwel seluruh dunia.

Bila ditanya berkenaan pemakaiannya di majlis tersebut, Kishva turut menjelaskan kenapa beliau tidak mengenakan songkok sebagai pelengkap kepada pakaian rasmi orang Melayu itu, walaubagaimanapun, beliau menjelaskan dengan berpakaian baju Melayu ini, beliau telah berjaya menunjukkan identiti Malaysia dalam acara penuh istiadat ini di mata dunia. -HarianBlogger.Com

Rujukan: UtusanMalaysia

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Berbaju Melayu Bersamping, Rakyat Malaysia Pertama Dipilih Bawa Cokmar Iringi Ratu Elizabeth "