Tags:

Berdosa Keluar Dengan Lelaki Lain Meskipun Dapat Keizinan Suami

By Hafiz.H Saturday, March 26, 2016
Pasti diantara kita yang masih lagi tertanya apakah hukumnya seorang isteri itu keluar dengan seorang lelaki yang bukan mahram meskipun hanya ingin makan tengah hari bersama.

Memetik dari sebuah keratan akhbar, terdapat jawapan atas segala persoalan yang diajukan ini.

Ikuti sepenuhnya di bawah.


SOALAN

Apakah hukumnya seorang isteri keluar dengan lelaki lain tanpa mendapat kebenaran suaminya terlebih dahulu? Untuk makluman ustaz, mereka tidak melakukan maksiat, hanya ingin makan tengah hari bersama.

JAWAPAN

Berdosalah seorang isteri yang keluar dengan lelaki lain, walaupun dengan izin suaminya.

Perbuatan ini boleh menjadi sebab turunya bala atau bencana terhadap si isteri. Meskipun mereka tidak melakukan maksiat, dikhuatiri suatu hari nanti mereka akan terjerumus ke dalamnya.

Rasulullah bersabda:

"Ketahuilah, tidaklah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan yang ketiganya ialah syaitan,"

(Riwayat a;'Tirmizi)

Perbuatan membelakangkan suami amat dibenci Allah dan boleh menggugurkan hak nafkah isteri kerana telah curang. Oleh itu, kita hendaklah berlindung dengan Allah daripada dorongan nafsu untuk berbuat demikian.

Kesimpulannya, moleklah jika kita mengelakkan dari buah mulut orang atau segala kecenderungan yang akhirnya menimbulkan fitnah.

Moga menjadi panduan untuk kita semua.

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Berdosa Keluar Dengan Lelaki Lain Meskipun Dapat Keizinan Suami "