Tags:

Calon STPM, MUET Dilarang Bawa Jam Tangan Ke Dewan Peperiksaan

By Hafiz.H Saturday, March 19, 2016
KUALA LUMPUR: Calon peperiksaan mulai Penggal 2 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 dan ujian Malaysian University English Test (MUET) sesi Julai 2016 dilarang untuk memakai serta membawa masuk jam tangan ke dalam bilik atau dewan peperiksaan. 

Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Dr Jamil Adimin berkata, larangan membawa atau memakai jam tangan ke dewan dan semasa menduduki peperiksaan bertujuan mencegah kes salah laku dalam kalangan calon.

Beliau berkata, berikutan terdapatnya alat perhubungan dan kamera yang menyerupai jam tangan mutakhir ini, calon dilarang untuk memakai atau membawa masuk ke dalam dewan peperiksaan.
MAJLIS Peperiksaan Malaysia melarang calon peperiksaan membawa masuk jam tangan ke dalam bilik atau dewan peperiksaan semasa menduduki peperiksaan bagi mencegah kes salah laku berikutan alat perhubungan dan kamera menyerupai jam tangan. - Foto Asyraf Hamzah (BeritaHarian)


"Sehubungan itu, calon boleh merujuk pada jam dinding yang disediakan di bilik atau dewan peperiksaan sepanjang peperiksaan berlangsung," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau mengesahkan kebenaran peraturan itu, ketika diminta mengulas lanjut berhubung surat pekeliling berkenaan yang tersebar di dalam media sosial.

Jamil berkata, tindakan melarang calon peperiksaan memakai atau membawa jam tangan adalah atas pelbagai sebab termasuklah kecanggihan teknologi atau gajet itu yang boleh menghubungkan dunia luar sewaktu peperiksaan sedang dijalankan.

"Bagi mengelakkan perkara salah laku calon, larangan membawa masuk jam tangan ke dalam dewan peperiksaan adalah tepat," katanya yang surat pekeliling itu sudah diedarkan sejak minggu lalu.

Jamil berkata, beberapa badan peperiksaan besar lain di dunia sudahpun melaksanakan peraturan yang sama.

Beliau berkata, kegagalan calon mematuhi peraturan itu boleh menyebabkan mereka didakwa melakukan salah laku dalam peperiksaan mengikut takrifan yang tertulis pada Kaedah 3 dan Kaedah 4, dalam Kaedah-kaedah Majlis Peperiksaan Malaysia (Tatacara Dalam Kes Salah Laku) 1986 bagi Undang-Undang Malaysia, Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 (Akta 225).

Rujukan: BeritaHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Calon STPM, MUET Dilarang Bawa Jam Tangan Ke Dewan Peperiksaan "