Cara Yang Betul Minum Lebih Banyak Air Ketika Musim Panas

By Hafiz.H Monday, March 21, 2016
Cuaca panas ketika ini sememangnya sangat memudaratkan kepada tubuh badan manusia, ditambah pula suhu semasa yang hampir mencecah 40 darjah celcius berkemungkinan bila-bila sahaja akan tercetusnya gejala strok haba yang boleh membawa maut.

Dan disebabkan itulah orang ramai dinasihatkan agar mengehadkan aktiviti luar dan perbanyakkan pengambilan air dalam seharian.

Antara golongan yang berisiko menjadi mangsa cuaca panas adalah mereka yang terbabit dengan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang ahli sukan, tentera dan polis.

Untuk info, mereka yang berusia lebih 40 tahun berisiko 10 kali ganda menjadi mangsa cuaca panas manakala kanak-kanak 5 tahun kebawah juga berisiko berdepan keadaan yang sama.

Bagi mereka yang menghidap sebarang penyakit seperti darah tinggi, jantung dan kencing manis juga adalah dinasihatkan untuk berjaga-jaga.
Antara simptom yang dapat dikenal pasti pada tubuh badan kesan cuaca panas ini adalah:

Sering sakit kepala, kerap berlaku keletihan, hilang fokus dan kerap pening.

Ada juga sesetengah mereka yang mengalami simptom muntah dan otot-otot badan berasa lemah dan kejang.

Oleh itu pengambilan air kosong yang mencukupi adalah asas paling utama dalam mengelak dari berlakunya sebarang keadaan yang tak dijangka ketika musim panas dan kering ini.

1.Kaedah paling mudah.

Sehari ada 24 jam dan waktu yang diperuntukkan anda sepanjang melakukan aktiviti adalah sekitar 14 jam, dan selebihnya adalah peruntukan untuk anda rehat dan tidur.

Maka, luangkan setiap jam dengan meminum segelas air kosong.

Setiap kali bangun dari tidur, minumlah segelas air dimana setiap kuantiti gelas tersebut adalah 400ml.

2. Muatnaik aplikasi atau setkan alarm untuk mengingatkan anda minum air.
Mudah sahaja, banyak aplikasi yang boleh dimuatkan di telefon pintar anda seperti aplikasi drink water dimana ia dapat memngingatkan anda untuk minum air tepat pada waktunya.

Aplikasi ini disertakan dengan berapakah ukuran berat badan dan banyak manakah air yang perlu diminum sehari bergantung pada berat badan anda.

Pilihlah salah satu aplikasi ini untuk memudahkan anda minum air setiap hari.

Untuk info kiraan bagi setiap berat dan air yang perlu diambil adalah 1 liter air untuk berat 25kg.

Jadi jika berat anda 75kg, kadar air kosong yang perlu setiap hari adalah 3 liter!

3. Minum air setiap jam

Bermula dari bangun tidur hinggalah ke bilik tidur masa anda ada adalah 14 jam sehari, apa salahnya luangkan setiap 1 atau setengah jam dengan segelas atau setiap 400ml air kosong.

Jangan minum sekaligus dalam satu-satu masa kerana tindak balas air tidak sampai ke seluruh tubuh dan akan membuatkan anda kerap ingin buang air.

Minum dengan perlahan-lahan selama setengah atau 1 jam mengikut keselesaan dan kesesuian anda.


4. Minum air lepas solat. 
Ini adalah kaedah yang sama seperti alarm atau aplikasi water anda.

Bezanya, sediakan botol air atau gelas besar yang mampu mengisi 500ml air kosong.

Mualakn dengan minum segelas air selepas solat subuh.

1 gelas air selepas sarapan pagi.

1 gelas air selepas solat zohor.

1 gelas air selepas solat asar.

1 gelas air selepas solat maghrib dan 1 gelas lagi selepas solat isyak.

Jadi 500ml darab dengan 6 aktiviti solat anda termasuk sarapan pagi menjadikan tubuh anda menerima 3liter air kosong sehari.

5. Buat Jadual minum air.
Sediakan checklist setiap hari berapakah pengambilan air yang berjaya diminum anda setiap hari.

Ini juga penting kerana dengan adanya jadual sebegini dapatlah anda meningkatkan lagi pengambilan air dari hari ke hari.

6. Sediakan satu botol air untuk bekal di dalam kereta
Setelah selesai tugasan harian, pastinya anda akan berdepan dengan kesesakan lalulintas yang sangat memenatkan.

Pastinya, bawalah sekurang-sekurang sebotol air untuk bekal di dalam kereta anda.

Minum air ketika di dalam kereta sekurang-kurangnya dapat meredakan tekanan dan stress ketika berhadapan dengan kesesakan lalulintas. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Cara Yang Betul Minum Lebih Banyak Air Ketika Musim Panas "