Tags:

CEO Sebuah Bank Ditahan SPRM, Dalam Akaun Ada RM6 Juta

By Hafiz.H Thursday, March 10, 2016
PETALING JAYA: Ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah bank milik kerajaan di Sabah disiasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Akhbar China Press melaporkan, siasatan itu melibatkan urusan pinjaman komersial bernilai lebih seratus juta.


Menurut laporan itu, CEO terbabit dipercayai menerima suapan untuk meluluskan pinjaman berkenaan dan dia ditahan pada Selasa lepas bersama seorang yang dipercayai orang tengah dan merupakan bekas pekerja bank.

Akaun bank kedua-dua suspek juga telah dibekukan dan siasatan mendapati suspek utama iaitu CEO dan isterinya menyimpan lebih RM6 juta dalam akaun mereka.

Turut disita oleh pihak SPRM, sebuah kereta mewah dan seutas jam tangan mewah.

Lebih banyak individu yang terlibat dalam kes itu dijangka akan ditahan dalam masa terdekat.

Rujukan: Freemalaysiatoday

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " CEO Sebuah Bank Ditahan SPRM, Dalam Akaun Ada RM6 Juta "