Tags:

Cikgu Lumur Makanan Ke Muka Murid OKU Kerana Lambat Makan

By Hafiz.H Thursday, March 10, 2016
SEREMBAN – Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akan menyiasat kes seorang murid OKU yang dilumur mukanya dengan makanan di kantin sebuah sekolah di Sikamat, di sini.
Luahan hati ibu yang mendakwa muka anaknya dilumur makanan menjadi viral di Facebook.
Pengarahnya, Rusni Ab Jalil, berkata, pihaknya akan menyiasat kes tersebut secara terperinci dan tindakan akan diambil sekiranya benar berlaku.

“Kita masih menyiasat kes ini dan tindakan akan dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya ringkas di sini, hari ini.


Semalam, seorang ibu kepada murid OKU yang mengalami masalah autisme mendakwa guru sekolah tersebut melumurkan makanan di muka anaknya di hadapan murid lain di sekolah.

Ibu murid tersebut mendakwa guru berbuat demikian kerana mahu mendisiplinkan anaknya berikutan lambat menghabiskan makanan pada waktu rehat.

Luahan hati ibu tersebut mendapat simpati netizen dan menjadi viral di laman Facebook.

Rujukan: SinarHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Cikgu Lumur Makanan Ke Muka Murid OKU Kerana Lambat Makan "