Tags:

Datin Seri Rosmah Kongsi Kisah Hidup, Hairan Suami Terlampau Penyabar

By Hafiz.H Wednesday, March 23, 2016
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam satu temu bual semalam berkongsi kisah hidup yang tidak pernah diungkap sebelum ini.

Beliau yang menjadi tetamu dalam program bual bicara Langit Biru di Radio Bernama sempat bercerita bahawa  terpaksa melupakan cita-cita selepas mengahwini Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walau bagaimanapun, isteri kepada pemimpin nombor satu negara ini berkata, beliau reda dengan ketentuan takdir itu.


"Sudah pasti saya mahu menjadi orang yang berjaya dalam bidang yang diceburi ketika itu. Ibu bapa sokong saya belajar sebaik mungkin, setinggi-tinggi yang boleh dan tentunya mahu melihat anak perempuannya ini jadi yang berjaya.

"Tapi apabila saya kahwin dengan Datuk Seri Najib banyak yang saya tak dapat buat dan tidak mungkin saya buat. Sebagai isteri pemimpin negara, saya redalah. Bak kata orang putih 'destiny'...ditakdirkan berkahwin dengan pemimpin negara," katanya.

Melalui bual bicara selama 30 minit itu juga, Rosmah berseloroh tentang sikap suaminya yang terlampau penyabar malah menurutnya, sikap itu boleh disaksikan seluruh rakyat Malaysia.

"Saya sebagai isteri, hairan macam mana beliau boleh sabar, terlampau sabar.

"Tapi macam beliau kata, jangan 'cross the line'. Di rumah, saya dan anak-anak selalu pastikan bahawa kami tidak melampaui batasan itu.

"Agaknya kalau saya dan anak-anak 'cross the line'. Tak tahulah macam mana beliau respons," ujarnya ketika ditemu ramah dalam program baru Langit Biru terbitan Biro Tatanegara (BTN) dan Bernama Radio.

Rujukan: SinarHarian

Dipetik dari: Vanillakismis

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Datin Seri Rosmah Kongsi Kisah Hidup, Hairan Suami Terlampau Penyabar "