Tags:

Deadpool Dikesan Jual Sandwich Tepi Jalan (Gambar)

By Hafiz.H Thursday, March 3, 2016
KOTA KINABALU: Mengambil inspirasi daripada peniaga nasi lemak Spiderman di Kelantan, seorang pemuda di sini menggunakan adiwira Deadpool bagi menarik perhatian pelanggan. 
Malfil Yusof, 28, yang berniaga sandwich telur dan tuna serta kopi di tepi Jalan Sulaman di sini sejak dua minggu lalu, menyasarkan pengguna laluan berkenaan menghala ke bandar raya Kota Kinabalu.

Katanya, beliau hanya menggunakan konsep itu dengan bantuan rakan yang mengenakan kostum berkenaan sekali sekala, bermula semalam demi mencari pelanggan baharu, selain memperkenalkan menu disediakan.
KEHADIRAN adiwira Deadpool menarik perhatian pengguna jalan raya untuk membeli sandwich dan kopi yang jual oleh Malfil dan Rizal di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu.


Sama seperti peniaga nasi lemak Spiderman di Kelantan, Malfil berkata, cubaan beliau tidak sia-sia kerana pelanggan tidak putus-putus singgah di gerainya dan ramai yang mahu bergambar.

"Perniagaan ini diilhamkan bersama adik tiri saya selepas melihat konsep menjual menu sarapan di tepi jalan sesak oleh seorang pemuda di Sandakan. Bagaimanapun, idea menggunakan kostum Deadpool datang daripada pelanggan.

"Secara kebetulan saya mengenali seorang rakan yang sering mengadakan pertunjukan menggunakan pelbagai kostum adiwira, jadi kami minta bantuan beliau untuk jadi Deadpool semalam dan tak sangka impaknya begitu besar," katanya ketika ditemui BH, pagi tadi.

Malfil berkata, beliau dan adiknya menjual sandwich dengan harga RM1.50 sebungkus dan kopi RM1 secawan.

"Kami hanya menjual 100 sandwich setiap hari bermula jam 6.30 pagi dan habis dalam tempoh 30 minit hingga sejam," katanya yang merancang membawa rakannya menggunakan kostum Batman pula selepas ini.

Sementara itu, adik tirinya, Rizal Aidala, 26, berkata mereka juga merancang memberikan kopi secara percuma kepada pelanggan setiap Jumaat bermula esok.

"Keuntungan yang diperoleh memang tidak banyak, namun kami bersyukur kerana matlamat kami ialah berniaga sambil beramal," katanya. -HarianBlogger.Com

Rujukan- BeritaHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Deadpool Dikesan Jual Sandwich Tepi Jalan (Gambar) "