Tags:

Denmark Tempat Pertama Negara Paling Bahagia Untuk Didiami

By Hafiz.H Thursday, March 17, 2016
Menurut satu laporan yang dikeluarkan semalam menyenaraikan negara Denmark menduduki tempat pertama sebagai sebuah negara paling bahagia untuk didiami.

Laporan tersebut yang dikeluarkan dari sebuah institusi di Universiti Coulumbia itu turut menyenaraikan beberapa negara lain yang tersenarai sebagai negara paling bahagia untuk didiami.

Manakala dalam laporan tersebut juga turut mendedahkan negara-negara yang berada di senarai terbawah.
COPENHAGEN, ibu negara Denmark.
Antara negara yang tersenarai 10 paling bawah dalam kedudukan negara paling bahagia pula ialah Madagsacar, Tanzania, Liberia, Guinea, Rwanda, Benin, Afghanistan, Togo, Syria dan Burundi.

Amerika Syarikat menduduki tangga ke 13 dalam senarai negara paling bahagia di dunia diikuti United Kingdom di tangga ke23, Perancis, 32 dan Itali 50.

Dalam pada itu, negara Switezerland pernah menduduki tangga pertama negara paling bahagia di dunia, dan kini setelah kedudukan tersebut di ambil oleh Denmark, Switzerland jatuh satu anak tangga menjadikan negara itu memegang kedudukan di tangga kedua negara paling bahagia.


Uniknya negara Costa Rica menduduki tempat ke 14 selepas Amerika Syarikat kerana negara terbabit tidak kaya tetapi mampu mengekalkan keharmonian rakyatnya.

Berbanding Amerika Syarikat yang jauh 50 tahun lebih maju dari negara lain dan adalah sebuah negara yang kaya tetapi semakin merosot dalam konteks mengekalkan keharmonian dan kebahagian di kalangan rakyatnya. - HarianBlogger.Com

Rujukan: HarianMetro

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Denmark Tempat Pertama Negara Paling Bahagia Untuk Didiami "