Tags:

(Gambar) Foto Pengawal Bersenjata Kawal Ketat Sultan Kelantan Jadi Viral

By Hafiz.H Tuesday, March 15, 2016
KELANTAN - Di Malaysia, sering kita lihat raja-raja dan pemerintah negeri dikawal ketat ketika menghadiri acara-acara rasmi.

Namun, baru-baru ini beberapa gambar dari Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan yang menunjukkan Sulatn Kelantan, Sultan Muhammad V dikawal ketat oleh beberapa pengawal peribadi yang segak bergaya serba hitam viral di laman sosial.
Gambar yang diambil ketika baginda mencemar duli di Kompleks Darulnaim, Kota Bharu menunjukkan Sultan termuda di Malaysia itu mengenakan baju Melayu songket diraja manakala pengiringnya mengenakan sut hitam dan songkok serta membawa senjata jenis ‘carbine’ dan submachine gun’, lapor sebuah portal berita tempatan.

Golongan raja-raja sebelum ini biasa dilihat diiringi pegawal keselamatan, namun pegawal kesalamatan yang lengkap bersenjata sedimikian kelihatan luar biasa bagi kebanyakkan rakyat Malaysia.


Walaupun begitu, menurut laporan media, baginda kerap menggunakan khidmat keselamatan yang lengkap bersenjata ketika menjalankan tugas di upacara awam dan majlis makan malam di luar dan sekitar negeri Kelantan.

Sekretariat Informasi Kerajaan Negeri Kelantan melaporkan insiden berkenaan dengan berkongsi gambar-gambar dari Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan di laman sesawangnya.

Laporan berkenaan turut menyatakan Tuanku Muhammad Faris Petra mengambil langkah berjaga-jaga setelah menaiki takhta Sultan Kelantan pada tahun 2010 sekaligus menjadi sultan termuda di Malaysia ketika itu.

Rujukan: SuaraTV

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " (Gambar) Foto Pengawal Bersenjata Kawal Ketat Sultan Kelantan Jadi Viral "