Tags:

Harga daun ketum naik ekoran cuaca panas di Perlis

By hasr Thursday, March 17, 2016

Ekoran harganya di pasaran semakin meningkat dan mendapat permintaan tinggi di negara jiran, kegiatan penyeludupan daun ketum menjadi semakin berleluasa. Gambar hiasan. Kredit gambar Gogle.com
Cuaca panas yang melanda Malaysia ketika sekarang telah menyebabkan harga daun ketum yang diseludup keluar dari negeri Perlis ke Thailand telah meningkat.

Menurut laporan dari portal Kosmo!, Komander Agensi Keselamatan Sempadan (Aksem) Perlis, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, berdasarkan maklumat yang diterima beliau, harga daun ketum di Thailand telah meningkat dari 80 sekiligram ke 120 sekilogram.

Dengan kegiatan penyeludupan yang berlaku hampir setiap melalui Padang Besar menunjukkan betapa daun ketum mendapat permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.


“Jumlah penyeludupan daun ketum yang banyak itu melebihi permintaan di Thailand sendiri dan mungkin daun itu diproses untuk pasaran antarabangsa seperti Indonesia, Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

“Kini, harga daun ketum di Thailand meningkat sekali ganda iaitu RM120 ekoran musim panas yang menyebabkan daun ketum berkurangan berbanding biasa,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Daun ketum di Malaysia sebelum ini dijual dengan harga RM40 sekilogram kini mencecah RM60 sekilogram.

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Harga daun ketum naik ekoran cuaca panas di Perlis "